Tanpamu Ku Sepi

Thursday, March 30, 2006


Semalam dah tulis dah entry nie… Biasalah den slalu kalau tulis something den buat kat sheet excel dulu. Ialah takut2 boss jeling2…tak le nampak sangat tak buat kerja…he..he..he…. Pas tuh buleh gak guna Spelling Check bila2 perlu tuh..he…he..he.. Actually nak tulis satu kisah lama....sbb dah lama jugak tak menulis kisah2 'back to the future'. Ari tuh letak gambar hiasan (Waheeda) ada yg ingatkan gambar my wife (amin...ha..ha...ha...). So nak tulis sikit citer about me & my wife.

Well…lepas frust menonggeng dgn Y dulu… Pernah juga cubak2 main cinta 2 kali. Sorang dgn budak Perlis yg baru jadi pegawai BPR and then lepas tuh dgn budak UKM yg berasal dari Seremban. Malangnya kedua2nya HAMPA BELAKA…. Tuh yg susah jadi JIE nie….bila syiok kat orang, orang tuh tak syiok kat den....bila orang tuh syiok kat den, den pulak tak terbuka hati. Akhirnya den rasa sgt 'PENAT' ....thus decide biarlah cinta yg dtg mencariku selepas ini.

Berkenalan dgn DIA since her best prend dulu bercouple dgn a guy yg masuk geng BAKOB. Mereka best friend since UIA sampai lah grad and jadi peguam. So bila dah jadi geng nie, banyak ler aktiviti2 berkumpulan yg dilakukan dgn outing ker Genting laa, Cameron laa, camping laaa, konvoi dsb. Most of the girls dlm BAKOB dah berpacaran kecuali DIA thus bila2 buat aktiviti den yg prihatin nie tak nak ler DIA rasa left out & alone gitu.

Thus I let myself jadi kawan baik dgn DIA…biasalah org suka berkawan2 nie…… Tapi so far takde lah perasaan yg berbunga2 gitu. Slalu bergayut & hang out bersama2 but again just a friend aja. Masa tuh mmg tak dpt bayangkan kalau DIA jadi my wife sbbnya kalau bersembang dlm fhone...kalau argue musti masing2 tak mau kalah...tau lah awak tu lawyer. DIA juga masa itu terbabit dlm 'pementasan drama' dgn abg AT dulu.

Until one day tetiba DIA dimasukkan ke GH. At the time tak dpt pasti lagi sakit sbb apa thus bila kawan2 tanya…dpt jawapan 'sakit hati' (means sakit di bahagian hati. Udah…budak BAKOB mmg tahu den paling rapat dgn DIA pun tanya den 'Wei…apa ko dah buat kat dia sampai dia tuh sakit hati?'... Apo pulak den???? Bila refer ker IJN baru lah disahkan rupanya ada ketumbuhan di jantung DIA. Akhirnya DIA dioperate utk bunag ketumbuhan itu & dirawat di IJN. Masa DIA kat IJN ler baru den merasakan kehilangannya…CHEWAHHH…. Rasa cam tak best pulak rasa…cam tak 'lengkap'. Masa2 bujang mmg suka layan filem2 romantik comedy sbb suka kumpul kata2 hikmah yg power. Maka terlintas satu ayat dari film Jerry Maguire "You Complete Me". Lepas operate (still kat IJN) kami luahkan perasaan memasing thru sms....he..he..he.... Lepas IJN berpacaran sebulan dua, tak lama lepas tuh bertunang and selepas genap setahun kenal...akhirnya tamat lah zaman bujangku...hu. ...hu..hu...hu... Kata orang2 tua tuh...kalau dah JODOH...tuhan akan permudahkan jalannya....

So pada mereka2 yg masih memburu cinta itu…Sebagai Dr. Loba-Loba den nak berkongsi :
i. Jgnlah terlalu sibuk mencari CINTA, biarkan CINTA yg datang mencari anda
ii. Betul lah kata2 Jerry Mcguire tuh 'You Complete Me' sbb Dr. Fadhillah pun ada kata pasangan suami isteri adalah saling lengkap melengkapi
iii. Sekiranya ada JODOH, JODOH itu KUAT…insyallah tuhan akan permudahkan

Wednesday, March 29, 2006


Sori ler citer Idayu lagi. Cuma minggu nie den dah stop mengundi lagu2 Idayu kat carta2 radio. Bukannya 'berpaling arah' cuma my 1st intention dulu just utk berusaha perdengarkan lagu Kasih Yg Terpisah supaya keluar radio so that org2 M'sia buleh listen & then they will decide lagu tuh layak tak bertahta dihati mereka. Bila lagu KYT dah berjaya masuk carta lagu paling fofuler kat M'sia last 2 weeks and last week perbaiki kedudukannya...thus I can rest now. Cuma nak vote lagu nie kat web MM21 pulak laa nie.

Yg lecehnya undian kat web MM nie kena gunakan different name & bio setiap kali vote. So nak menyamar banyak2 ID yg den belum sempat & rajin lagik. Siapalah akan jadi manga nanti agaknya. BTW ada member forumers (peminat Idayu jugak) terjumpa dgn Idayu last week. Dgn TERKETAR2nya mamat tu berjumpa Idayu, amik gambar & bertanya perkembangan semasa. Rupanya Idayu skg tgh rakam lagu2 utk album solo beliau. Yup mmg under Luncai Emas seperti yg digembar-gemburkan tapi rasanya LE tuh utk edaran saja kot. So far dah rakam 5 lagu ciptaan Hazami.

Mamat interviewer tu pun tanya naper tak duk under Ning like Nikki (since both using whistling technique) Idayu said Ning adalah 1st prodoction house yg approach dia...but since dia dah contract dgn Meastro maka ianya payah sikit ler. Peh.....seronot sungguh den dengar cite nie... alhamdulillah.

Monday, March 27, 2006

Hari ini kat kilang buleh katakan semua tgh huru-hara. Begitulah keadaannya bila President Samsung Corning dari Korea nak dtg esok. Mmg dia akan buat yearly visit kat 'kilang2 kesayangan'nya nie. Persiapan2 biasa seperti touch-up mana2 painting yg dah terjejas, housekeeping dlm kilang & kawasan compund, presentation materials, sewa kenderaan (Merz C Class Mata Belalang - RM1,200 sehari with driver) serta transportation utk 'balaci2' yg turut mengiringi beliau.

Perkembangan dirumah pulak, skg tgh adjust lidah sbb tukar 'gelaran' anakanda sulung dari 'adik' kepada 'kakak'…. Yea lah persediaan sekirannya dikurniakan rezeki anak kedua nanti. Memula mmg sokmo tersasul….dah seminggu ++ nie….okey sikit biarpun sometime separa terbabas jua....e.g

"KAKAK…..tolong ler jangan sepah2 majalah tuh DIK…."

He..he..he.. Tah hapa2…. Itulah yg dikatakan 'subconscious mind' kata org Jaworld tuh…he..he..he..

Mungkin anak den tuh 'tahu' yg bila2 masa beliau akan jadi kak long…. Start last week dia dah tak mintak lagi susu 'mahal' ISOMIL. Actually dah banyak kali cuba tukar susu…beside of the harga…tgk badan dia pun susah nak 'naik'…nak ler cuba susu lembu pulak sbb most yg guna susu lembu nie badan montok2 belaka...he.he..he.... Tapi memanjang fail.... Ada yg berjaya masuk perut...lepas tuh mula lah ruam2 merah kat mulut & pastu sakit perut....alergik. Yg lagi hebat tuh...belum pun lepas kerongkong...baru cecah lidah dah 'UUUWWEEEKKKK...'. Las time try susu chocolate Dutch Lady 1,2,3 perasa chololate sbb my daughter nie mmg 'hantu' chocolate... Tapi sekali bancuh pun susah nak abih.

Last 2 weeks cuba2 Dumex Dugro perisa chocolate. Beli sepaket jer, try kat rumah takut membazir cam yg lepas2….Lepas beberapa hari dia dah pandai mintak "nak lo" (milo lah tuh….) Bila susu ISOMIL kat makcik babysitter habis, balikan satu tin susu ISOMIL + satu pek susu Dumex nie.. Sehari kemudian makcik babysitter tuh pulangkan semula susu ISOMIL tuh sbb my daughter hanya mintak susu 'lo'nya sahaja. Tindakbalas allergic tak berapa pasti sbb perut okey, kulit muka pun okey....cuma kulit kat bahagian perut/dada cam berbintik2 gatal. Tak pasti ianya allergic reaction atau mmg sbb berpeluh due to cuaca yg quite panas 'berdenting' lately.

Yg tensionnya bila den biasa berlenggeng kat rumah disebabkan kepanasan negara. Anakanda den pun turut sama berlenggeng & bila disuruh pakai baju…dia tunjuk kat den laa pulak (sbb den pun tak pakai baju). Paling parah bila dia buat hal langsung tak nak pakai apa2!!! Bila dipujuk2 (and sometime terpaksa 'naikkan' suara) berjaya pakaikan seluar jerk tanpa pakai pampers. Sekali tuh y wife mengalah jua biarkan dia tak pakai pampers.... 1st time berjaya....dia minta gi toilet. Eh? Makcik babysitter dah 'toilet train' ker? Sekejap lepas tuh...sedang me & my wife layan ASTRO di ruang tamu, dia pulak sedang senyap2 tgk 'MON' (CD kesayangan beliau - Doremon) kat bilik belakang.... sekali jenguk alas tempat berbaring dia dah basah....my wife punya ler hangin...he..he..he...

Friday, March 24, 2006

Akhirnya tak jadi gi BALI….. Boss my wife's firm dpt feed-back ramai pula yg keberatan nak ke Bali….ada yg tak mahu keluar duit buat passport, ada yg kata terlalu short notice…emm both sama dgn alasan den… Tah ler…..yg den tahu den rasa LEGA sgt. Yelah…selain dari 'short notice', 'kureng' dari segi financial & keinginan.....kalau den gi somewhere sbb TERPAKSA....mmg den takkan ENJOY it. Thus buat apa spend that kind of money tanpa MENIKMATInya....

So planning nak buat passport semalam dibatalkan. Mmg pun den amik cuti semalam….Sbb mulanya sesaja nak habiskan AL sambil tgk Idayu dlm pencalonan MM21. Since dah batal buat passport…save gak RM300 thus I have some time utk mengemas rumah serba sedikit. Memula call Bangla utk potong rumput carpet yg dah panjang. Pas tuh sidai kain seround....ingatkan buleh buat 2 round tapi kul 3pm dah hujan so dapat ler sidai seround jerk.

Next is to vaccum carpet ruang tamu & mop lantai. Sambil2 mop tuh pasang VD lagu kuat2 sambil melalak 'test sore'..he..he..he…. Habis mop ruang tamu…lunch apa yg ada…sembahyang Zohor and take a break & lelap jap. Masa nak lelap tuh cuaca start mendung & tanda2 nak hujan. Sempat juga tarik ampaian ke bawah bumbung porch. Lepas tuh lelap jap dibawah deruan hujan....pehhh...MANYIAK SYIOOOKKK...


Terjaga dekat2 kul 4pm….MM stark kul 4:40pm….sambung mop tangga sambil2 layan MM menunggu turn pencalonan lagu Idayu. Emmm…lawa pulak baju Idayu semalam…..takde ler tgk sampai tak kebil2 mata sbb mmg tahu format MM nie…MIMING. Abis MM, sambung kemas dapur & mop dapur pulak.... maka tamat lah riwayat mengemas rumah ari tuh.

Rajin? As I said before…den nie tgk mood…kalau JIN ALIM dtg….mmg rajin kemas rumah….especially rumah sendiri nie….rimas pulak sepah2 nie.


Tuesday, March 21, 2006



BALI….Daku tersepit…..
Baru sat tadi dpt call from my wife. Firm tempat dia bekerja nak buat office outing ke Pulau Bali next month 4D3N. Pada mulanya boss beliau plan nak ke Korea tapi rasanya tak dpt sambutan dari staff2 lain and maybe sbb kosnya lagi mahal. Best jugak kerja kat law firm nie, last year my wife & their officemate ke Bangkok (yup travel expenses & accommodation ditanggung beres) but the trip to Bali nie dgn firm baru yg my wife baru joint last October.
Last year masa ke Bangkok my wife gi sorang sbb hanya 2 orang jer staff melayu (firm Cina) & spouse the other malay staff tu tak buleh gi sbb kerja shift. So my wife no problem gi bujang. HOWEVER this year, the firm's staff kesemuanya melayu & semuanya dah berumah tangga & kesemua spouse masing2 nak pergi sama. The spouse kena bayar RM820 for the flight & accommodation. Abis tuh takkan my wife tak buleh gi disebabkan dia sorang jer 'bujang' nak kesana?


Den bukan apa….takat nak gi somewhere kat Asia Tenggara nie….mmg den tak teruja langsung… lebih2 pula dgn 'status ekonomoney' skg yg tak memberangsangkan. Baru sabtu lepas gone RM1,200 sbb tayar depan 2 bijik dah botak & absorber belakang dah kong. Nak tukar sepasang alang2 pulak....sementara 2 tayar belakang tuh buleh trade-in (dpt ler RM100) dgn bunga un-even sbb kerosakkan absorber tadi, ternampak pula 2 batang skru terbenam kat tayar tuh.

Tarikh tuh cam dah cantik...sbbnya hanya perlu apply tambahan 1 hari AL jerk. Cuma yg POTONG STIMnya...kebetulan pulak tarikh tuh clash ler dgn tarikh yg den bercadang2 nak jumpa Idayu kat Tour Gempak Celebriti Astro kat JJ Seremban. Den nie pulak jenis tak buleh buat planning adhoc2 nie.... Lagi jauh nak berjalan, lagi besar belanja, lagi ler awal kena set in mind.....nak beri mental preparation ler konon. Passport den pulak dah istiharkan GHAIB ke alam BUNIAN sejak den balik dari study from UK dulu. Nak buat semula satu hal lagik. RM300 lagi nak labur. Rasanya dlm RM1.5K akan ghaib demi daku nak temankan isteriku bercuti ke Bali....emmm...

Rasa2nya mmg berat KENA PERGI nie….. Apakan daya….kata pepatah "sayang anak…tangan2kan….sayangkan isteri…terpaksa berhabis gi Bali…"
Kali nie baru ler TANPAMU KU SEPI.... Ptg semalam semasa dok bzz tulis my previous entry keluar notification kat PC yg program Yahoo Massager (YM) is illegal according to the 'company IN-CORP' policy. Program In-Corp ni selain dari membolehkan berchatting (konon2nya pasal kerja...padahal nak bergossip pun buleh..he..he..he...) Main purpose In-Corp nie sebenarnya tidak membenarkan internal files dibawa keluar (secara soft copy i.e disket, CD Rom, pendrive, etc.) Buleh download tapi tak buleh di upload...biasalah due to security reasons. Since YM membolehkan files to be send outside....that's why YM for the whole company (not only mine ajer) kena block.

Antara list2 dlm YM ku (yg den buleh ingat):

~ from MASFC - K.Sya, K.Rina, K.Zira, K.Aini (CN), Yati a.k.a Gadiscomey, Rlady (JB), Lan KB, Abahnajwa
~ from rakan2 peminat Idayu - Fydah (Brunei), Nyna & Hyri (K'tan), Afoi (KL), Hakimamir (Astro)
~ personal - my wife (opis lama buleh excess internet but currently tak buleh), my opismate Zul
~ kawan baru kenal kat blog & kebetulan kenal dgn kilangmate den - Edryna
~ org2 yg tak penting tapi pernah kenal - Rita & Awie (ex-MasFC)

Nampaknya lepas nie terpaksa berbual2, bertanya khabar, memberikan khidmat counseling terpaksa gunakan channel lain cam kat shout MasFC, chat2 yg berada kat BLOG kenkawan/akak2, forumsplace. Nak den letak chat kat blog sendiri..."oh....siapalah diri ini".... Nie yg susah kalau bertugas kat Multi National & kononnya company yg grand2 nie...macam2 cooperate policies....he..he..he...

Guys (my YM buddies/sis) see you somewhere else dlm alam cyber nan luas nie kay.... TAKE CARE ALL..

Monday, March 20, 2006

Suka gak baca benda2 nie utk suka2..... Sambil2 'muhasabah' diri...he..he..he.. Nak caya sangat pun tak buleh....


Bulan Julai

  • sangat suka didampingi > Of course especially aweks2 he..he..he…
  • banyak berahsia dan sukar dimengerti(terutamanya lelaki) > takde pulak rahsia2 nie…kecuali terpaksa….
  • agak pendiam tetapi mudah bercakap apabila dirangsang > yg nie agak betul
  • ada harga dan maruah diri > He..he..he…tah ler… Betul kot…. Macam nie punya fakta pun ada..ha..ha..ha..
  • tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan orang lain > Nie pun quite betul
  • mudah dipujuk dan bersikap lurus > Almost betul
  • sangat menjaga hati orang lain > Sangat betul
  • sangat peramah > Tengok keadaan & mood
  • emosi sangat mendalam tapi hati mudah terluka > Agak betul..sob...sob....
  • berjiwa sentimental > Emmm….no comment…he..he..he…
  • jarang berdendam > Betul sesikit…tapi sekali berdendam…pehhh….
  • mudah memaafkan kesalahan orang lain tetapi tidak dapat melupakan kesalahan tersebut > Emmm…..betul kot….
  • tidak suka perkara remeh-temeh > Agak betul
  • suka membimbing secara fizikal dan mental > Emm…tak faham ler fakta nie…. Kalau dimaksudkan jadi Dr. Physiology tak bertauliah tuh…betul laa tu kot….
  • sangat peka,serta penyayang > Off course…
  • layanan yang serupa dengan semua orang > ????
  • sangat tinggi rasa simpati kepada orang lain > Betul kot
  • pemerhatian yang tajam > Yg nie quite betui
  • suka menilai orang melalui pemerhatian > Yup
  • mudah dan rajin belajar > Entah ler…
  • suka muhasabah diri > Ini pun cam muhasaba diri jugak kan? He..he..he..
  • suka duduk di rumah > Betuiii…
  • suka tunggu kawan datang kepadanya tetapi tidak suka mencari kawan > Ya kot….
  • tidak agresif kecuali terpaksa > Agak betui
  • lemah dari segi kesihatan perut > He..he..he…. Tak pasti lak den…tapi lawak lak fakta nie….he..he..he…
  • minta disayangi > Betui kot…
  • mudah terluka hati tapi lambat pulih > Rasanya lah…
  • terlalu mengambil berat > Selalunya
  • rajin dalam membuat kerja > Yg ini tgk mood…kalau mood baik…mmg rajin maut punyo…

P/S : Buat rakan2, adik2 & kakak2 yg diingati...Perkhidmatan YM den dah diblock dek IS dept syarikat sat tadi....whaaa.....tak leh dah nak chatting2 lopeh nie.... Terpaksa ler chat kat tempat2 lain pulak....whhhhaaaa.....

Wednesday, March 15, 2006

SERIAU jugak baca N3 blog K.Rina pasal kunci rumahnya dicilok orang. Harap2 takde perkara2 yg tak diingini berlaku...insyallah. Mmg rumah den pun telah set kunci pintu blakang (kunci wooden door, kunci grill & kunci mangga grill) diletakkan berdekatan dgn pintu belakang tersebut. Tingkat paling dekat mmg sgt dekat - tingkap NAKO. Selalu jugak check coz sometime my wife terlupa nak ketatkan lock kunci tingkap NAKO tersebut.

Sebelum ni den sekeluarga duk menyewa kat Tmn Alamanda, Senawang. Mmg majority Melayu ler Taman nie. Rumah teres 2 tingkat, sebelah rumah tuh mmg kosong (takda penyewa) since den masuk rumah tuh 2 tahun lepas. Rumah sebelah lagi tuh sejak den menyewa dah 2 kali org pindah. Peristiwa paling sadis bila one day bila balik rumah key chain yg mengandungi the whole key for the house bila balik rumah baik jer parking dekat key holes grill pintu utama depan. Peh...masa tuh cuak gilos... Bukak2 pintu tgk TV, set Hi-Fi, sofa still in-tact.. lega laa jugak... Betapa punya nyanyok daaa... Den rasa maybe sbb tempat tuh kejiranan yg selamat plus grill pintu utama tuh diselindungi dgn penyidai baju (moveable) yg diletakkan kat depan pintu tuh.... Alhamdulillah tak jadi apa2.

Peristiwa paling ngeri sepanjang den menyewa kat tmn tuh ialah pada satu mlm. Biasa laa lepas dinner duk luar rumah sambil membuat pencemaran udara (smoking London lah tuh). Gate dah kunci pun dgn tetiba ada one budak lelaki melayu around 18 ~ 20 years old berlari, panjat pagar rumah den & menuju towards den.

Budak Tu : "Bang...tolong saya bang....ada org nak suruh saya buat S*X dgn saya"

Pastinya budak ni maksudkan budak ataupun org lelaki lain yg suruh dia buat kerja terkutuk tuh... Kalau perempuan sure dia tak melarikan diri cam dikejar SINGO yea tak..he..he..he...

Mmg ler den TERPERANJAT...dah ler den hanya berseluar pendek jer masa tuh....Buah2 KUNGFU, SILAT, SILAMBAM sudah ku STAND-BYkan, mana tahu budak tuh berniat jahat ker. Tapi bila den dah interview dia sesikit...dia pun dah cool down. Akhirnya bila dia rasa 'line dah clear' dia pun blah dgn cara yg sama dia menceroboh tadi (panjat pintu pagar).

Apalah nak jadi dgn remaja KITA skg nie......

Tuesday, March 14, 2006

Ari ni CAS BZZ ler.....dlm satu masa (Secara sambil2an) buat:
i. Copy paste nama & alamat panel klinik yg akan dilantik & print out appointment letter & contract agreement
ii. Memantau aktiviti di MasFC shout...kalau ada pelawat...den layan ler
iii. Mengundi lagu Idayu (Kasih Yg Terpisah) kat X-FreshFM website berkali2 sampai keyboard pun berasap
iv. Lawat melawati blog kenkawan
v. YM dgn 'peminat2' (kalau ada)

Sekadar Gamabr Hiasan Tapi Lebih Kurang Ler Kalau Den
Beraksi Ptg2 Tuh.. He..he..he....
Apa2 hal jam 6pm...beraksi ping pong sbb tgh buat 'liga main2' antara opismate sbb nak merebut hamper hari raya yg tak jadi diberikan kepada kaki tangan kerajaan & barang2 dlm hamper lagi sebulan dua dah nak expired pun.

Saturday, March 11, 2006

Suppost today bukannya hari Sabtu bekerja bagi warga2 Samsung Corning since the company dah amalkan alternate Saturday off since last year. Tapi den 'merajinkan diri' masuk opis since org rumah gi kenduri while den gunakan masa ini utk settlekan few kerja tanpa gangguan (kalau hari kerja ada saja yg dtg menggangu atas urusan kerja). Selepas branch kat Mc-D, hantar my wife & daughter to her friend house so that my wife akan pergi ke majlis kenduri kawan mereka bersama dgn sebuah kereta.

Pagi tadi ada lawatan Ketua Polis Negara ke kompleks Samsung. We call it Komplek Samsung since Samusung kat Senawang ni terdiri dari 3 buah Samsung - Samsung Corning a.k.a SCM (where I worked) - mengeluarkan kaca utk monitor (TV & PC), Samsung Display a.k.a SDMA
(membuat monitor PC) & Samsung Digital Interface a.k.a SDIM (menghasilkan picture tube dari kaca2 yg kilang I hasilkan). Another kilang Samsung berada di Port Klang - Samsung Digital Electronic a.k.a SEMA (menghasilkan microwave oven). Setiap Samsung dibawah pengurusan yg berbeza, polisi yg berbeza serta MD yg berbeza. Seorang President Samsung Complex dilantik utk menguruskan perihal2 urusan koperat kilang2 Samsung didalam kompleks ini.
Lawatan Ketua Polis Negara nie kalau tak silap sebagai membalas lawatan President Samsung Complex serta MD2 berjumpa dgn Ketua2 beberapa agensi negara such as KPN, ketua pengarah agkatan tentera diraja, TPM dan beberapa menteri kabinet bulan lepas. Rasanya perjumpaan tersebut bukan kerana apa2 isu apatah lagi isu kenaikkan harga minyak (he..he..he...) just a plain sosial visit jerk. Dengarnya Samsung CEO pun turun dari Korea utk joint perjumpaan tersebut.

My dept mmg tak terlibat secara langsung utk menyambut kedatang VIP kali ini…. Bukan tak biasa dgn lawatan VIP. PM (Dr. M) dulu, DYMM Yg Dipertuan Agong, President Korea Selatan, Duta KS ke M'sia, Menteri Besar N9, sibuk bebenor yg dtg melawat we all….den pun heran kenapa. Dari cerita kenkawan, yg paling gempak semasa Dr. M nak melawat dulu...masa tuh den belum kerja kat Samsung lagi. Seminggu sebelum lawatan Dr. M dulu macam2 agensi yg dtg kilang buat pemeriksaan - Polis N9, Polis Bukit Aman & Bodygoard Dr. M sendiri.....hebat betul....

Den masuk opis pun lepas lawatan berakhir. All the MDs & Samsung Complex President membawa KPN utk lunch seterusnya bermain GOLF kat Damansara. Dengar cerita 2 bas rombongan Cik Kiah dtg bersama2 KPN tersebut. Berlaku kekecohan jugak sbb the coordinator utk sambut visitor (one of my collogue under Admin dept) dah ler tak dtg (mmg sbb cuti alternate Saturday)...lepas tuh tak handover kerja betul2. My opismate yg dtg utk menguruskan lawatan melaporkan my Korean boss mmg HANGIN sbb arrangement tak well prepared & that guy pulak tak dtg. Mamat tu pulak dah tahu nak involve dgn personal matter dihari2 cuti tak pulak proposer handover kat opismate yg lain. Sibuk dgn konvoi ke Lumut (sempena cuti sekolah or what ever) plus ada jemputan kahwin one of the employee kat P.Pangkor besok. Biarpun lain2 dept yet kami still under satu group (HR Group)....I don't mind helping kalau betul2 minta & instructed. Tapi tadke apa2 instruction thus den take my own sweet time ler nak masuk opis kul brapa pun. Tapi hari Isnin SENDIRI MAU INGAT ler....ada yg PANAS BUNTUT kena BLASAH dgn BOSS atau nama lembutnya kami gelarkan MAKAN NASI BRYANI.

Monday, March 06, 2006

BERKONGSI KASIH SAYANG... 23 bulan yg lepas my wife give a birth melalui pembedahan. Thus dr. nasihatkan to wait 2 to 3 years before having the 2nd child. Since tempoh MATANG itu sudah tiba, my wife is now trying to get pregnant again. She will be 29tahun November this year maka tidak mahu terlalu lewat 'mengumpul' anak (katanya).

So kelmarin after my wife & Syira dah lelap...den take a good look at my daughter. Dlm hati berkata....

"insyallah tak lama lagi nak Kak Long kamu nie Syira....."

As for her rasanya terlalu kecil utk memahami itu semua.....Cuma....BAPAKNYA yg besar panjang nie pulak yg GABRA...

"dah READY ker den nak BAHAGI kasih sayang den pada Syira dgn yg lain???.....Rasa2 cam BELUM READY lagi...."

Isk....pelik ker den merasakan begini yek? Org lagi suka anak reramai....meriah....happening (tolak tepi pasal soal REZEKI & kewangan...)

Dulu den pernah terdengar seorang pakar motivasi yg quite famous dlm M'sia ni berkata...

"Seberapa daya pun seseorang IBU itu mencuba, mereka TIDAK AKAN DAPAT menyayangi, mengasihi anak-anak mereka SAMA-RATA...."

Walaupun TAK MUNGKIN jadi seorang IBU..he..he..he... Sebagai anak den rasa ayat ni ada kebenarannya lah. Bukan semua IBU itu memilih utk menyayangi seseorang anak melebihi yg lain tapi mungkin itulah hati manusia. Sebagai seorang BAPA pula...tak pasti either this fact pun buleh digunakan since den belum ada experiance lagi.... But ianya menjadi salah satu reason den panic nak tambah anak. How if kalau den sayang anak2 yg selepas ini lebih daripada anakanda sulung den....Will my love and attention will be less for Syira?

p/s : Ini baru pasal kongsi kasih sayang dgn anak....belum dgn EHEM2 lagi....nampaknya takde harapan ler kalau cam nie...he....he...he...

Saturday, March 04, 2006

YANG BERTAHTA AKHIRNYA....tak tahu ler kenapa den minat sgt lagu nie...walhal tak ramai yg recognize lagu nie...even yg mengaku peminat SIFU jua. Tapi yea lah...nama pun SIFU....den yg meminati & mengkagumi beliau pun tak abis dengar lagu2 yg dia nyanyi. Lagu nie dipetik dari 1st album solo beliau yg bertajuk SOLO...(seriously...) Tapi bila den nyanyikan masa 1st masuk karaoke contest (N3 terdahulu)....ramai pulak yg buleh recall this song....Glamer jap lagu nie lepas AD tuh...terasa bangga lak naikkan semula lagu lama SIFU... Kalau dia tahu jasa den, agak2 dihulur tak sepuluh, dua puluh ringgit agaknya.

Ditujukan pd pembaca2 yg sudi dtg melawat BLOG den yg tah hapa2 nie, utk akak2 & expecially tuk kak 'S' (bukan nama sebenar) sbb lirik dia cam kena dgn dia skg..he..he..he...


Kita tak lagi sehaluan,
Bukan sebagai yg diimpikan,
Rupanya disaat-saat yg genting ini,
Terjawab jua....persoalan.

Dan kita terpaksa memilih,
Jalan yg telah ditentukan,
Dan kita sama-sama dewasa....menghadapinya.


(*) Kesan cinta...
Membakar, menghempas, mencabar
Keteguhan hati,
Dalam nostalgia
Cinta membakar, menghempas, mencabar,
Dan harus telan walaupun pahit....

Tidakkah kita yg berkata,
Cinta tak mesti bersatu,
Apa benarkah itu atau kata-kata,
Yg tak bermakna...

Dan meraka jua berkata,
Tiada yg lebih pedih,
Tiada yg lebih menyiksa dari cinta
Yg tak sampai...ooohhhh,

Ulang (*)

(**) Dan akhirnya cinta jua yg bertahta,
Menyuluh dalam kegelapan,
Dan akhirnya cinta jua yg bertahta,
Menyatukan kita dari terpisah,
Oleh cinta palsu...

Ulang (**) & (*)

p/s : Dah nak balik & melalak lagu ni dlm kereta. Selamat berhujung minggu.