Tanpamu Ku Sepi

Monday, March 27, 2006

Hari ini kat kilang buleh katakan semua tgh huru-hara. Begitulah keadaannya bila President Samsung Corning dari Korea nak dtg esok. Mmg dia akan buat yearly visit kat 'kilang2 kesayangan'nya nie. Persiapan2 biasa seperti touch-up mana2 painting yg dah terjejas, housekeeping dlm kilang & kawasan compund, presentation materials, sewa kenderaan (Merz C Class Mata Belalang - RM1,200 sehari with driver) serta transportation utk 'balaci2' yg turut mengiringi beliau.

Perkembangan dirumah pulak, skg tgh adjust lidah sbb tukar 'gelaran' anakanda sulung dari 'adik' kepada 'kakak'…. Yea lah persediaan sekirannya dikurniakan rezeki anak kedua nanti. Memula mmg sokmo tersasul….dah seminggu ++ nie….okey sikit biarpun sometime separa terbabas jua....e.g

"KAKAK…..tolong ler jangan sepah2 majalah tuh DIK…."

He..he..he.. Tah hapa2…. Itulah yg dikatakan 'subconscious mind' kata org Jaworld tuh…he..he..he..

Mungkin anak den tuh 'tahu' yg bila2 masa beliau akan jadi kak long…. Start last week dia dah tak mintak lagi susu 'mahal' ISOMIL. Actually dah banyak kali cuba tukar susu…beside of the harga…tgk badan dia pun susah nak 'naik'…nak ler cuba susu lembu pulak sbb most yg guna susu lembu nie badan montok2 belaka...he.he..he.... Tapi memanjang fail.... Ada yg berjaya masuk perut...lepas tuh mula lah ruam2 merah kat mulut & pastu sakit perut....alergik. Yg lagi hebat tuh...belum pun lepas kerongkong...baru cecah lidah dah 'UUUWWEEEKKKK...'. Las time try susu chocolate Dutch Lady 1,2,3 perasa chololate sbb my daughter nie mmg 'hantu' chocolate... Tapi sekali bancuh pun susah nak abih.

Last 2 weeks cuba2 Dumex Dugro perisa chocolate. Beli sepaket jer, try kat rumah takut membazir cam yg lepas2….Lepas beberapa hari dia dah pandai mintak "nak lo" (milo lah tuh….) Bila susu ISOMIL kat makcik babysitter habis, balikan satu tin susu ISOMIL + satu pek susu Dumex nie.. Sehari kemudian makcik babysitter tuh pulangkan semula susu ISOMIL tuh sbb my daughter hanya mintak susu 'lo'nya sahaja. Tindakbalas allergic tak berapa pasti sbb perut okey, kulit muka pun okey....cuma kulit kat bahagian perut/dada cam berbintik2 gatal. Tak pasti ianya allergic reaction atau mmg sbb berpeluh due to cuaca yg quite panas 'berdenting' lately.

Yg tensionnya bila den biasa berlenggeng kat rumah disebabkan kepanasan negara. Anakanda den pun turut sama berlenggeng & bila disuruh pakai baju…dia tunjuk kat den laa pulak (sbb den pun tak pakai baju). Paling parah bila dia buat hal langsung tak nak pakai apa2!!! Bila dipujuk2 (and sometime terpaksa 'naikkan' suara) berjaya pakaikan seluar jerk tanpa pakai pampers. Sekali tuh y wife mengalah jua biarkan dia tak pakai pampers.... 1st time berjaya....dia minta gi toilet. Eh? Makcik babysitter dah 'toilet train' ker? Sekejap lepas tuh...sedang me & my wife layan ASTRO di ruang tamu, dia pulak sedang senyap2 tgk 'MON' (CD kesayangan beliau - Doremon) kat bilik belakang.... sekali jenguk alas tempat berbaring dia dah basah....my wife punya ler hangin...he..he..he...

12 Comments:

  • At 1:56 PM, Blogger blackpurple @ jowopinter said…

    berlenggeng memang best......hehehe...

     
  • At 2:28 PM, Blogger edrina said…

    my daughter pun minum susu isomil..pastu bila dah msk dua thn 1 tukar susu gain plus (ke advance ek lupalah). Bila umur dia 2++ dia sibuk nak susu chocolate (dia panggil sulo = su + lo = susu milo) then saya belikan sustagen chocolate...then now dia back to gain advance..white milk..maybe dia dah muak minum sulo dia...rasanya gain advance (gain plus)pun susu soya based...nmy daughter allergic minum susu2 lembu ni..masa baby dia muntah2 + cirit birit...

     
  • At 2:29 PM, Blogger NBK466 said…

    Yup BP...mmg BEST ya amat... Kalau masa tgh B&GG (bujang & gila2) dulu kalau dah tak tahan...hanya bersependa, meniarap atas lantai pastu pasang kipas kuat2...ha..ha.. ha...

     
  • At 2:31 PM, Blogger NBK466 said…

    Oh edryna..tak perasan pulak susu gain tuh soya based... Nanti ler kalau my daughter pun dah MUAK minum 'LO'nya...

     
  • At 5:21 PM, Blogger tee said…

    cewahhh.. kita buat lawatan balas pertama ni... eh, mane carpet merah ni... :) :) :)

    anak saye yg no. 2, selepas 6 bulan baru berjaya panggil fully ngan nama kakak.. kalau tak asyik tersasul aje nak panggil adik...

    susu isomil pun di minum oleh baby, tu pun tukar lepas dia sembelit tahap dewa tu... masa tu minum susu lembu. pas tu la ni da ok.

    saya rase nak link la ngan tpt saye, leh tak?

     
  • At 5:22 PM, Blogger zino said…

    serupa lah macam menteri nak melawat... tetiba je jalan kena tar.. bangunan dekat2 semua dapat cat baru hehe

    baby zino minum susu milo.. hehe susu saje tak jalan

     
  • At 5:43 PM, Blogger NBK466 said…

    Slamat dtg Tee & Zino....thanks atas lawatan. Buleh ajer takat nak link tuh....takde apa pun yg istimewa dpt ku hidangkan. Red Carpet pulak tgh basah sbb jemur semalam...ingatkan panas sampai ke ptg...rupanya hujan ditengahari... chewah.

    Tak sangka ramai juga parents sepeISOMILan disini yek..he..he.he.

     
  • At 9:25 AM, Blogger kasutVINCCI said…

    nampaknya awak ngan kv sama pendekatan dgn anak. Panggil abang tp selalu tersasul adik. Pas tu tergelak sendiri.Kalau kat rumah, hubby selalu pakai seluar pendek tak berbaju. My son pun tak nak pakai baju, pakai diaper aje. Ikut abah katanya. Pas tu pulak, tak nak pakai seluar aje, nak pakai diaper sekali. Takut terkencing atas karpet. Penat pujuk. Siap nak pakai sendiri lagi. Hmmm...makan masa jugak tu.

     
  • At 12:28 PM, Blogger NBK466 said…

    Gitu lah kv....nak mendidik anak nie...ya tuhan...kesabaran kena tebal.... kan?

     
  • At 4:29 PM, Blogger zino said…

    dengan anak2 memang kena banyak sabar.. tak kan silap sikit nak pang je.. hehe

     
  • At 1:54 PM, Blogger CmaNis said…

    he..he.....wah nak beradik erk si anakanda comel tu.
    Cakap pasai panggilan teringat bila nak memanggil hubby ngan anak yang sulong. Bila memanggil "abang"....dua2 pasti menyahut...he..he.....

     
  • At 2:09 PM, Blogger NBK466 said…

    Biasalah tuh K.Rina. My wife panggil saya 'ayah' (saya pun panggil dia 'ibu'- lepas dpt Syira) So kalau balik ke kampung my wife...bila my wife panggil saya...kadang2 my father inlaw pulak yg respond..he..he..he.

     

Post a Comment

<< Home