Tanpamu Ku Sepi

Friday, December 22, 2006

CUTI PUN MACAM TAK CUTI...
-------------------------------------------

Ya sori...ya ampun...tak menang tangan SUMAINI nak buang sawang minggu nie... Maka maafkan N3 yg tida bergrahpic ini.

Semalam cuti pun macam tak cuti...dlm rancangannya nak:
1. Gi KURNIA insurance office...sbb nak buat windscreen claim
2. Gi ganti windscreen
3. Nak gi PD sbb carikan baju AD06 utk Korean Bosses (baju2 Hawaii)
4. Nak gi follow-up di skin specialist clinic
5. Nak gi melalak jap kat karaoke

Akhinya mmg tak gi ganti windscreen..ada masalah dgn polisi...mmg dlm cover note kata cover...tapi dlm KURNIA databas kata takde. KURNIA kata akan call kalau dapat confirmataion dari KURNIA HQ. Sampai ari ni takdak calling2. Polisi nak expired minggu depan nie...hu..hu...

Dlm sesibuk kat KURNIA office dpt call ada accident pulak kat kilang...budak ujung jarinya putus dihempap benda seberat 50kg. Den sementara kat S'ban gi lawat jap kat sepital...tapi tak dapat nak tgk sbb still under treatment kat A&E. Tenghari gi PD utk 3rd agenda.

Ni lagi satu hal...AD next week & I need to buy 19 hawaiian/floral shirt for the Korean bosses. AJK dah dapat lapi yg quite low class..mmg melambak jual di pantai PD. Utk High Level nie kena beli yg mantap punyo. Maka den mencari dari satu hotel ke satu hotel...dari satu resort ke satu resort. Dari Lukut sampai ke hujung PD. Cuma dapat 10 helai jerk.....Jam dah kul 5:00pm..nak kena jemput mem pulak kat S'ban. 9 helai lagi den terpaksa beli kat Reject Shop Seremban Parade.

Today pulak tetiba ada rombongan nak buat site visit. Group dari TNB whole M'sia undergo training utk SHO. Actually den dah bagitau this week tak buleh...tapi camno miscom tetiba my boss kata depa dah on the way... tak kelam kabut den dibueknya!!! Nak set-up bilik, refreshment nasib baik slide presentation guna yg recycle punyo.

So next week den pun Annual Dinner 2006 on 26th & 27th December. Tunggu jerlah laporannya nanti. Selamat bercuti semua...

Thursday, December 14, 2006

3 MOVIES IN ONE WEEK??
-------------------------------------

Dlm ke'excited'an melihat Syira ONTOK yo tgk wayang..dalam masa seminggu 3 kali kami tgk wayang:

6hb - CINTA

10hb - Happy Feet

13hb - Cicakman


Rasanya filem CINTA yg paling best rasanya. Syira pun lebih prefer filem CINTA. Bila tanya Syira :

Den : "Kakak nak pergi mana nie?"

Syira : "Nak tgk GOYANG.."

Den : "Kakak nak tgk cerita CICAKMAN tak?"

Syira : "Tak nak…nak tgk CINTA"

Den pun tak teruja sangat nak tgk cite CICAKMAN tapi couple yg bersama2 layan cite CINTA nak try bawak anak dia (kawan baik Syira jugak, a month older) tgk wayang selepas TERUJA tgk Syira berjaya tgk wayang.
So we all meet up kat TGV JJ S2… Syira of couse ceria jumpa kawan baik dia ZARIF. Seat tak dapat sama2 sbb beli tiket asing2. As me & my family yang sampai dulu…kami berjalan nak masuk ke panggung dahulu. Syira tetiba cam tak nak masuk panggung…


Syira : "Tak nak masuk tuh…nak balik.."

Oh sudah…lepas 2 kali berjaya tengok wayang…nie 1st time Syira tak nak masuk panggung… Last2 den pujuk dia masuk panggung skali dgn si Zarif…baru Syira ceria semula masuk panggung.

As this time berjaya dapatkan seat khas utk Syira, Syira duduk between me & mem. Pop corn box Syira yang pegang… Since masuk awal banyak ler jugak iklan & movies preview. Yg cuak masa preview filem seram Jangan Pandang Belakang. Mem den mmg tak tgk screen langsung ler (dia quite 'penakut' sikit cite2 hantu nie). Syira lebih berani tapi lengan stand-by kat muka..he.he.he.

Cerita Happy Feet even animation a.k.a kartun..tapi maybe sbb in english Syira nampaknya cam tak exited sangat tgk. As for me pun cerianya biasa sangat maybe Cuma very nice grafik. Lucky Cicakman nie even as for me is very the boring & tak lawak langsung...at least Syira faham dialog & kenal muka2 Apek & Aznil. Syira panggil Aznil - 'Jangan jangan jangan' (cam lagu Jangan Cepat Marah). Porp cord tuh den & Syira jerk belasah sampai abis..he.he.he..

Abis movie - si Zarif dah terlentok & didukung oleh ayahnya. Bila tanya Syira pulak:

Den : "Kakak suka cerita CINTA ke CICAKMAN?"

Syira: "CICAKMAN!!!" he..he.he..

p/s : Cicakman nie rasanya mmg fully targeted for kanak2 & mak bapakj yg terpakse gi tgk temankan anak2 mereka. The only thing yang can be proud of was the CGI tech yg sangat cemerlang dgn budget yg terhad.

Thursday, December 07, 2006

CINTA.....


Isk…lamanya tak gi tgk wayang…last time pergi rasanya hari sabtu dimana anakanda dihantar ke rumah babysitter cam biasa. Kebetulan this week pasangan suami isteri best prend mem 'tengah honeymoon'…anak2 kena export ke kampung seminggu sbb babysitter mereka bercuti. Dipawagan filem CINTA pulak sedang hebat diperkatakan...dgn promo kat TV bagai...mem dah teruja. Dia pun pakat2 gi bersama2 pasangan honeymoon tuh tadi...tapi SYIRA camner?


Almaklum ler gi tgk hari kerja…show 9.20pm & dijangka habis 11.20pm… Nak hantar babysitter mem tak sampai hati…lewat sangat nak menjemputnya…mem bertanya:

"Tak confident ke bawak KAKAK?"

huh..cam soalan tak RELEVENT jerk…Syira tuh dlm kete sekejap duk depan…sekejap duk belakang…sekejap duk console tengah… Pasang CVD favourite dia - My Heart pun kejap main kete…kejap gi dapur…tak pernah duduk diam. Masa 3-D show kat Water World Langkawi pun Syira cam cemas jerk...tak sabar2 nak keluar. Inikan pula nak suruh duduk diam..dlm gelap selama 2 jam!!!

Akhirnya mem gamble jugak….udah ler hari Rabu (hari tiket wayang murah)…cerita masih panas… den dah pesan supaya amik seat paling belakang & tepi so kalau tetiba Syira buat hal…senang nak keluar. Nak beli extra seat khas utk dia pun tak dapek...Akhirnya dapat seat tepi tapi 4 barisan dari depan. Mem dah sediakan pop corn & mineral water sebagai 'bahan penenang'...

Akhirnya……..berjaya jua harung 2 jam tuh dengan tanpa masalah…Cuma sekali sekala menukar kedudukan Syira bersandar antara den & mem. Dah boring dgn pop corn..Syira layan susu MILO dia pulak… Bangga sungguh dengan Syira…keluar wayang pun happy jerk dia…. Den terasa nak reward dia gi tgk HAPPY FEET pulak this weekend.... Tanya dia sebelum naik kereta...

"Best tak Syira?"

"BESH"

"Kakak tgk apa tadi?"

"Goyang-goyang"…wayang ler tuh… tergelak den & mem…he.he..he..

p/s : For the review….filem nie was GOOD…even ada kelemahan sikit disana sini tapi ditutupi dgn cerita & cara ianya dijadikan sebuah filem...cam cite Love Actually yg pernah tayang kat ASTRO. Dlm banyak2 kisah sedih…mataku berkaca semasa watak Shidee menemani anaknya tido disofa selepas dia ditinggalkan isterinya... dgn berlatar belakangkan lagu CINTA nyanyian Jac & Misha Omar...



Friday, December 01, 2006

1,2 & 3 What Ever...
--------------------------

Nak test letak benda nie...cam besh jer tgk org2 letak..



1. Kelmarin amik cuti…teman mem gi pregnancy check up. Alhamdulillah…dah lepas trimester pertama…baru confident nak tulis disini…selepas beberapa bulan cubaan kali ke-2 tidak diizinkan olehNya...14 nak masuk ke 15 minggu…. Doa2 dapat boy ler pulak kali nie….buleh teman ayahnya gi mancing ker…he..he.he..

http://tanpamukusepi.blogspot.com/2006/03/berkongsi-kasih-sayang.html


http://tanpamukusepi.blogspot.com/2006/04/hari-selasa-25hb-april-2006didalam.html

Sepatutnya kena test mem kena buat blood test ari tuh….thus support kena posa. Appointment pagi (sbb the puasa tuh) but mem ada kes kat mahkamah PD… Lepas hantar mem dgn urusannya den pun gi laa merayap… 12:30tghari baru settle. Jumpa doctor kul 2:30pm (sbb lunch break)...makanya tak jadi ler amik darah sbb mem tak larat nak pose sampai petang....postponed to next month.

2. Last week den & peserta2 yg masuk bertanding Samsung Fire Fighting Competition ari tuh dibelanja makan satay sebagai meraikan kemenangan. Berjanji di Restoran Hj. Samuri Dataran Senawang selepas habis kerja. Salah seorang kawan naik moto singgah kekedai berhampiran utk beli prepaid, motor diparking dihadapan kedai tersebut. Tak sampai 5 minit berurusan, balik ke motor and the motor was GONE... Nasib baik moto lama .. kalau tak tambah sakit hati....

3. Saturday gi JJ sensorang…mem & anakanda tido. Udah weekend parking mmg agak penuh so den teus ke rooftop…ada jugak beberapa parking yg masih kosong. Gi ler dok memilih baju-bajan anakanda sbb mem complian baju anakanda banyak dah out of size. Tetiba mem sms:

mem : 'kat mana'
den : 'JJ ler'
mem : 'tadi ada pergi KPJ?'
den : 'nak gi KPJ buat apa?'
mem : 'ada org kata nampak kereta kita kat KPJ'

Jam2 tuh den terus teringat kisah kawan den yg moto kena curi 2 hari sebelum tuh. And sometime kita pun ragu2 samada kita dah tekan alarm kete ker belum. Terus daku tinggalkan baju2 anakanda yg dah dipilih tuh and bergegas ke lot parking kereta. Alhamdulillah...kete masih kat situ & mmg den dah lock pun alarm kete. Sapa ler yg rabun mato nampak kete den kat KPJ tuh? Buat den panic jerk...iskkk...