Tanpamu Ku Sepi

Monday, March 24, 2008

WADUH..LETIH LER...
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari minggu nie penatnyer lah:


Jumaat malam turun KL rumah pakcik yg semamangnya paling rapat dgn den. Just to visit him, overnite & beritahu pasal plan pengHIJRAHan den. Kebetulan my another makcik/pakcik pun ado turun dari JB sbb ada undangan majlis perkahwinan. Makcik/pakcik nie adalah parents kepada my cousin Najman (DJ Sinar FM). So on Saturday morning bawak KAKAK mandi swiming pool rumah pakcik den tuh (dok condo ler katakan), kemudian bersiap sedia utk check-out. Den bawak family den jalan2 kat The Mines. Dari The Mines den gi lepak rumah kawan mem kek Puchong. Lepas ASAR balik Soromban semula layan konsert AF6 yg pertama.



Sunday hari den paling HONGEH. Pagi tuh den bantu opismate organize bowling tournament. Namo yo bantu tapi mmg 70% kojo den yg buek dari draft proposal, gi beli hadiah, gi book lane, dsb. Sebelum berangkat ke bowling bawak family sarapan dulu kat McD Taipan Senawang. Event start kul 10:30am. Mmg meriah dgn 26 team bertanding ikut jabatan masing2, semua kos permainan & kasut ditanggung penuh oleh syarikat. Mem pulak bawak anak2 balik kampung sbb salah sorang anak sedara masuk wad sbb demam sampai badan biru.



Actually lepas bowling den kena gi tgk F1 sbb dapat tiket FREE dari vendor KA. Rege tiket utk enterance 3 hari RM800 tuh. Since dpt tiket cooperate 2 keping jer tak dapat ler bawak mem biarpun mem nak sangat gi. Tetiba while bowling dpt lagi 2 tiket dai kawan2 yg tak dapat tgk on the race day. Bila beritau mem punya laa dia excited so terpaksa tinggalkan anak2 kek kampung. Abis bowling around 1pm, makan2 & solat zohor & bertolak dari Seremban naik 1 kete almost 2:30pm. Kepala den lak masuk angin & since naik kete opismate terlelap kat seat belakang. Dalam tido den merasakan kelajuan opismate den bawak kete sbb nak kejar race starting kul 3pm. Akhirnya tak sempat sampai tgk starting, dah 2,3 lap jugak.




1st time gi tgk F1 secara live depan mata…mmg sangat2 teruja…mem pun sama. Minat lak pasukan FERARRI yg mmg cemerlang semalam Cuma kecewa masa Massa terkeluar dari race bila terbabas betul2 depan tempat duduk kitaorang. Dpt ler tgk Massa & kete FERARRI melintas depan mata lepas terbabas tuh. Opismate den ajak blah bila race tinggal lagi 7 lap sbb nak elakkan jam. Tapi gi melencong jap kat kedai Factory Outlet berdekatan dgn LCCT banyak gak branded items yg murah2...rabak jugak RM100 beli baju den, mem & KAKAK. Patah balik dari Factory Outlet tuh mmg orang dah berduyun2 tinggalkan race circuit as race dah abis, sangkut gak kat jem dlm 30 min.



Sampai Seremban den lapar nasik so makan ler dulu sebelum balik ke kampung jemput anak2. Letih sungguh rasa badan seharian penuh aktiviti. Lepak tgk match MU (team fav) lawan Liverpool sambil2 layan final Hit1. Kul 11pm balik dari Rembau kerumah den kat Senawang. Tido kul 2pm sbb nak tgk results Chealsea lawan Arsenal...yessss Arsenal (pencabar terdekat MU) kalah.. Hari nie keje lak banyak, badan letih & ngantoookkkk. Lelain gambar F1 & bowling pagi tuh den sumbek dlm Album 2 den.

Wednesday, March 19, 2008

SERIBU TAHUN...
~~~~~~~~~~~~~

Offer letter telah pun berada ditangan den. Everything are according yg den bincangkan semasa meeting dgn HRM kat S'pore tempohari. Cuma the HRM suruh den wait for the green light from him while he was arranging the approval of my EP (Employment Pass utk foreign workers to work in S'pore) before I can tender my resignation. So...why do I need this HIRJAH...of course ada PULL & PUSH factors:

PULL - tarikkan utk kerja kat sana e.g GAJI, other benefits, carrier enhancement, bla..bla..bla
PUSH - sebab2 den RELA tinggalkan tempat keje den skg…

Actually bukan senang den nak say good-bye kepada tempat keje yg dah lebih 10 tahun den curahkan keringat den. Bayangkan den kenal SCM lebih lama dari den kenal BINI den sendirik…mau tak sayang. Tapi rasa sayang itu tak boleh melebihi rasa sayang den kepada family - anak isteri & juga masa depan den. Sedih den bila kenangkan perkembangan kerjaya den kat sini. Tahun demi tahun, pencapaian demi pencapaian yg den perolehi utk syarikat samada secara sendirian mahukan bersama2 rakan2 sejabatan tapi still dapat grade C setiap kali apprisal. Org2 lain termasuk geng2 BAKOB yg kerja dibahagian pengeluaran terutamanya meniti tangga kerjaya dengan begitu cemerlang sekali.

Beberapa kali bila keputusan kenaikkan pangkat den Cuma boleh tumpang gembira tgk kawan2 yang lain naik pangkat. Tiap kali jugak den pujuk diri sendiri maybe belum sampai rezekiku lagi. Den terima dgn redha & tak pernah bizing2 as den percaya itu semua kerja manager den utk fight for me dgn pihak pengurusan pasal kenaikkan den...they should know better my work performance. Ramai kawan2 yg rapat cuma boleh menyatakan simpati kat den. Den pernah pegang rekod laing lama pegang position Junior Engineer (lowest level of engineer when joint the company freshly graduate) selama 7 tahun. Den berjaya naik the next level (Engineer 1) pun disebabkan tersalah hantar nama walhal my grades tak melayakkan den naik level masa itu.

But apa yg telah terjadi telah pun berlalu. Mungkin rezeki den dah ditakdirkan begitu disini… Biarpun menyedihkan dgn rezeki itu den dpt gak bina MASJID, beli kete & rumah (biarpun masih berhutang..he.he.he.) & yang tak ternilai ilmu & pengalaman yg den timba sehinggakan my resume cukup dikagumi oleh my next future employer. My pevious boss ckp there were 'something' yg the Korean held against me (maybe perangai2 buruk den dulu2) so that den tak boleh berjaya disini. He also dah lama suruh den BLAH...den yo masih setia..he..he.he...

Lagu ni lately den dok melalak bila sorang drive boleh menitis air mata den…mengenangkan kesedihan dgn kerjaya den kat sini..especially ayat yg den highlightkan…

Seribu Tahun - Imran Ajmain Lagu Emil Emilda
----------------------------------------------------------

Relaku menunggumu
seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan
ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu
seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki
ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya

Jangan putus harapan… sedia setia……

p/s : Selamat menyambut ulang tahun junjungan nabi & rasul kesayangan kita esok...

Thursday, March 13, 2008

IT IS TIME TO MAKE A DECISION...A BIG ONE
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas selesai PRU ke-12 dgn kejutan demi kejutan, den kena pulak buat lagi satu PILIHAN yg bakal mengubah kehidupan & masa depan den sekeluarga.

Seperti yg den RASAKAN kunjunganku berjumpa dengan HR Manager itew mmg bukan utk interview TETAPI face to face meeting untuk beliau OFFER the job to me. Katanya :

" Your resume is very impressive"
" Your working experiences are perfectly fits the requirements they were looking for"
" With this kind of resume you can qualify as a MANAGER"

So den tanya ler apa yg patut ditanya cam apa process, apa benefits (including gaji of course) juga tanya dia apa pendapat dia on living arrangement kalau den accept the offer. He said :

" I tak recommand you live far away from your family. It is not health & later you can not focus dgn kerje"

Waaa…terkagum daku dgn permandangan dari bakal boss den itew.
Den plan nak balik ke N9 petang itew jugak either on 2:30pm or 4:30pm by bus..dah tak tahan rindu kat my small family. The HRM ask me if the day I was not rushing to go back, he want to send me for a medical check-up incase I did accept his offer. Tapi den masa tuh dah ler agak lapar & shock the the news so den mintak untuk rescheduled the check-up. Den mintak tempoh dlm seminggu untuk consider the offer & to bincang this matter with mem.

So skg nie den tgh final nego dgn the HRM..maybe minta dia consider to tambah sedikit the salary to cover sedikit sebanyak of the cost untuk memandu gi kerje. Mem pun nampaknya dah sedikit 'open mind' utk kami berhijrah ke JB. Lain2 kisah den cite later2.

Saturday, March 08, 2008

MMMAAAFFF YEKKK..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maaf..kerana tak sempat nak update canggih-canggih..

Maaf..sekiranya ada blog rakan2 yg den tak sompek nak buat lawatan balas...

Sobab eh:

i. Den minggu lopeh 3 ari gi training kek NIOSH, Bangi (4th ~ 6th March)

ii. Sabtu mlm (lepas mengundi) balik JB sensorang naik bas (hu..hu..hu) sbb Monday morning nak turung S'pore pasal temuduga itew. So Monday den cuti lagi lah..

So till den dpt duk lamo skit kek kerusi den dlm opis nie... TAKE CARE ALL!!