Tanpamu Ku Sepi

Wednesday, March 19, 2008

SERIBU TAHUN...
~~~~~~~~~~~~~

Offer letter telah pun berada ditangan den. Everything are according yg den bincangkan semasa meeting dgn HRM kat S'pore tempohari. Cuma the HRM suruh den wait for the green light from him while he was arranging the approval of my EP (Employment Pass utk foreign workers to work in S'pore) before I can tender my resignation. So...why do I need this HIRJAH...of course ada PULL & PUSH factors:

PULL - tarikkan utk kerja kat sana e.g GAJI, other benefits, carrier enhancement, bla..bla..bla
PUSH - sebab2 den RELA tinggalkan tempat keje den skg…

Actually bukan senang den nak say good-bye kepada tempat keje yg dah lebih 10 tahun den curahkan keringat den. Bayangkan den kenal SCM lebih lama dari den kenal BINI den sendirik…mau tak sayang. Tapi rasa sayang itu tak boleh melebihi rasa sayang den kepada family - anak isteri & juga masa depan den. Sedih den bila kenangkan perkembangan kerjaya den kat sini. Tahun demi tahun, pencapaian demi pencapaian yg den perolehi utk syarikat samada secara sendirian mahukan bersama2 rakan2 sejabatan tapi still dapat grade C setiap kali apprisal. Org2 lain termasuk geng2 BAKOB yg kerja dibahagian pengeluaran terutamanya meniti tangga kerjaya dengan begitu cemerlang sekali.

Beberapa kali bila keputusan kenaikkan pangkat den Cuma boleh tumpang gembira tgk kawan2 yang lain naik pangkat. Tiap kali jugak den pujuk diri sendiri maybe belum sampai rezekiku lagi. Den terima dgn redha & tak pernah bizing2 as den percaya itu semua kerja manager den utk fight for me dgn pihak pengurusan pasal kenaikkan den...they should know better my work performance. Ramai kawan2 yg rapat cuma boleh menyatakan simpati kat den. Den pernah pegang rekod laing lama pegang position Junior Engineer (lowest level of engineer when joint the company freshly graduate) selama 7 tahun. Den berjaya naik the next level (Engineer 1) pun disebabkan tersalah hantar nama walhal my grades tak melayakkan den naik level masa itu.

But apa yg telah terjadi telah pun berlalu. Mungkin rezeki den dah ditakdirkan begitu disini… Biarpun menyedihkan dgn rezeki itu den dpt gak bina MASJID, beli kete & rumah (biarpun masih berhutang..he.he.he.) & yang tak ternilai ilmu & pengalaman yg den timba sehinggakan my resume cukup dikagumi oleh my next future employer. My pevious boss ckp there were 'something' yg the Korean held against me (maybe perangai2 buruk den dulu2) so that den tak boleh berjaya disini. He also dah lama suruh den BLAH...den yo masih setia..he..he.he...

Lagu ni lately den dok melalak bila sorang drive boleh menitis air mata den…mengenangkan kesedihan dgn kerjaya den kat sini..especially ayat yg den highlightkan…

Seribu Tahun - Imran Ajmain Lagu Emil Emilda
----------------------------------------------------------

Relaku menunggumu
seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan
ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu
seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki
ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya

Jangan putus harapan… sedia setia……

p/s : Selamat menyambut ulang tahun junjungan nabi & rasul kesayangan kita esok...

27 Comments:

  • At 4:29 PM, Blogger Sastri said…

    berkat kesabaran, tu yang dapat rezeki lagi best tu... saya doakan moga berjaya dalam kerjaya baru... sukses selalu...

     
  • At 5:24 PM, Blogger Qaseh Bidadari said…

    sorang lg bloggers semban nak ke selatan...

    kat sana nanti update lah yo~

     
  • At 6:26 PM, Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~ said…

    selamat myambut maulidur rasull

     
  • At 7:23 AM, Blogger zino said…

    untuk terus maju kita perlu berhijrah.. memang banyak yg akan di fikirkan bila nak berpindah ke tempat baru ni..

    tapi kita perlu yakin dengan keputusan yg kita buat.. dan terus maju ke depan.. semuga nbk466 akan terus berjaya di tempat baru nanti...

    selamat mengambut maulidul rasul..

     
  • At 10:54 AM, Blogger ZABS said…

    Salam NBK,
    Semoga anda beroleh kejayaan di negara Singa itu nanti. InsyaAllah.
    Selamat menyambut Maulidur Rasul.

     
  • At 4:00 PM, Blogger KAMATO said…

    Salam Maulidur Rasul, semoga pilihan kau tepat dan sentiasa di berkati

     
  • At 9:08 AM, Blogger NBK466 said…

    Thanks SAS...bertuah BP....he.he.he.

    MR..lepas tender pun still ada 2 bulan tempoh notice kat sini...

    Same 2 U 2 LC..

    Thanks Zino..harap2 sempat lagi utk open table kat Hj Samuri..he.he.he.

    Thanks Bro Zabs..hu..hu..hu..

    Thanks Kamato..moga2 berkat jua atas doa rakan2 termasuk rakan blog..

     
  • At 10:44 AM, Blogger wahdi said…

    Leh ke Abg Syahrol masa nyanyi2 lagu imran ajmain tu buat part fallsetto tu? (*tul ke ejaan?) kekeke

    Btw, den doakan hang berjaya di kota Singa kelak *ingat yer belanja den minum Starbucks kat one fullerton ittew sambil2 tgk singa hehe

     
  • At 10:57 AM, Blogger arsaili said…

    so nanti sekeluarga berhijrah ke sana la yer?

     
  • At 12:41 PM, Blogger pB said…

    sadis lak pulak n3 nie ...

     
  • At 2:41 PM, Blogger NBK466 said…

    Randa..bukan takat FALSETO yo..FALSAFAH pun den keluarkan..he.he.he.

    Arsailli..nampaknya satu family kena b'hirjah..mem mana sanggup berjauhan dgn KEKANDAnya lebih2 lagi KEKANDAnya itew kacak..ha.ha.ha..

    Pb..sadis mata membaca, sadis lagi hati yg menanggung..hu..hu..hu..

     
  • At 4:26 PM, Blogger ida napi said…

    insya Allah..semoga sukses hendaknya..amiiinnn..

     
  • At 6:03 PM, Blogger Sya said…

    Kat Somban pun susah nak jumpo, dah jauh ni memang den tak jumpo lah ekau laei.

    Amboi menitiskan air mata mendengar lagu seribu tahun??? Kak sya pun tak se sadis tu romantiknya.. ha ha ha

    Anyway Congratulations

     
  • At 8:47 PM, Blogger aNIe said…

    NBK...berhijrahlah...andai itu yang terbaik...memang banyak yang perlu kita korbankan...tapi...untuk mencapai sesuatu memang kita terpaksa melepaskan apa yang kita dpt...

     
  • At 1:46 PM, Blogger zino said…

    sebelum tinggalkan segemban tu selebrate kat hj samuri dulu ya hehe

     
  • At 7:48 PM, Blogger blackpurple @ jowopinter said…

    Alhamdulillah. Kalau sudah itu rezeki ekau. Tahniah!

    Den cuba nak bayang-bayangkan ekau tengah nyanyi lagu Ajamain itu jap...

     
  • At 12:16 PM, Blogger NBK466 said…

    Thanks Hani..

    K.Sya..apo nak buek akak & adik masing2 org sibuk...

    K.Lady...teringat pulak kisah nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah...

    Zino..asalkan Zino yg belanja...he.he..he...

    BP..tapi jgn terkejut kalau bayangan ko yg menyanyi lagu 1000 Tahun tuh mmg kacak lagi macho..ha.ha.ha..

     
  • At 12:52 PM, Blogger kasihlatifah78 said…

    tahniah la yo.... semoga happy dengan kerjaya baru nanti... abis umah kat sini camner??? sewakan ker???

     
  • At 5:34 PM, Blogger Kopi Suam said…

    Alhamdulillah dan tahniah...semoga rezeki halal yang lebih murah menanti di sana...jangan le pulak lupa update blog bila dan jadi orang singapore.

     
  • At 1:23 PM, Blogger Helena said…

    TAHNIAH! TAHNIAH!

    ISteri dan anak2 ikut sekali ke?

     
  • At 1:46 PM, Blogger NBK466 said…

    KL78..plannya gitulah..walau sayang gak sbb rumah baru..nak sewa ker? he..he..he..

    KS...insyallah..

    Helena..gitu ler plannya semua berhijrah ke JB. Mem pun dah start minta kawan2 disana surveykan keje.

     
  • At 3:05 PM, Blogger NONIE AZIZ said…

    Nasib ko ni lebih kurang macam baba jugaklah...Tak pe abg jalil rezeki utk anak2 tetap ada...mana tau dgn penghijrahan ko ni kerjaya ko berkembang...betui dak? Chaiyok2..

     
  • At 3:12 PM, Blogger Mak Su said…

    selamat berjaya nbk466, utk berjaya, penghijrahan itu perlu.

     
  • At 6:04 PM, Blogger Ayu Mohamad said…

    saya doakan abg senior saya ini terus maju dan maju dan majuuuuuu... mudah2an dipermudahkan Allah dalam segala hal.. aminnnnn

     
  • At 9:14 PM, Blogger zino said…

    bila nak kenduri ni? den pulak yg tak sabar hehe

     
  • At 8:59 AM, Blogger NBK466 said…

    Pn Ram...boleh ler nyanyi lagu KITA SERUPA dgn baba...he.he.he..

    Mak Su..rasul kita jua berhijrah...

    Thanks AYU..sob..sob..

    Zino..takut sibuk2 nak pindah banyak blanja takde budget unless ZINO yg blanja..he.he.he..

     
  • At 10:23 AM, Blogger KV said…

    mmg kecewa bila usaha dan keikhlasan kita tak dihargai. Sungguh! Kv pernah berkali kali kena. Moga penghijrahan ini membawa kebaikan buat abg shahrul sekeluarga. Kv doakan. Amin.

     

Post a Comment

<< Home