Tanpamu Ku Sepi

Tuesday, May 29, 2007

SUSU IBU VS SUSU IBU LEMBU
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ape nak cite yek… Semalam mem bawak Naufal gi klinik..both his pipi penuh ruam…cam jerawat bebudak belasan tahun baru bercinta (ye ker? He.he..he..) Doctor klinik tuh cakap KUNING Naufal masih ada sikit.


Mem pulak mengadu tak tahan sbb Naufal KERAP sangat menyusu…sehingga nipple pun dah sakit2. Maybe susu mem pun tak berapa banyak kot..SIL pulak minta susu mem sikit utk berikan kepada anak2 dia...so that her daughter & son bulih jadi 'muhrim'. Yet sikit sangat susu mem yg berjaya diperah. So today sebelum balik ke Rembau den kena beli susu tepung…dah nak start campur2kan susu ibu & susu ibu lembu...


Sangkaan den yg NAUFAL tak kuat menangis cam KAKAK dulu meleset. Naufal jugak nampaknya jadi juara tangis sampaikan MIL pakaikan tangkal. MIL den ni mmg quite percaya benda2 cam nie..insyallah yg beri tangkal pun jenis org2 alim jugak. Puncanya mmg COLIC jugak...satu pagi tuh 3,4 kali den terjaga masa tido sbb lalakkan Naufal. Skg mmg berjaga2 sedawakan NAUFAL tiap kali pelas menyusu & sapukan minyak YUYI.


Den pulak tiap kali beli barang2 asas buat Naufal…musti terasa bersalah & nak belikan something utk KAKAK… Rasanya PERKONGSIAN KASIH nie is harder to me than to KAKAK sebenarnya.. Baru 2 orang…org2 lain sampai 1/2 dozen pun lilek jerk…hu..hu..hu..


Sejak dok kampung nie dah tak hirau nak layan any2 rancangan yg sokmo jadi tontonan di ASTRO. Rancangan2 Law & Order, cite2 kat C70 semua terpaksa diabaikan sbb TV di 'conquer' oleh anak2 sedara mem yg dok layan cite2 melayu kat TV3, Astro Ria cam Nek Nak, Manjalara, etc. MAsing2 dah masuk tido baru den pegang remote ASTRO..

Thursday, May 24, 2007

BABY NAUFAL
~~~~~~~~~~~~

Anakanda NAUFAL telah ditahan di wad 1 mlm on 13th May, 1 day short of his one week age. So bila discharged the next night, nurse cakap mmg KUNING tuh buleh naik balik. So traditionally me & my wife cubalah atas petua kawan2 utk beri SUSU KAMBING & mandikan dengan UBAT SENSEI. Selang beberapa hari nurse dtg buat follow-up & tgk KUNINGnya still there so advise buat blood test semula. Nurse pulak nasihat jgn mandikan dgn UBAT SENSEI. On Saturday check darah di GH pulak & ptg dapat call suruh admit NAUFAL for the 2nd time sbb KUNINGnya reading at 248/240.



So kali ni NAUFAL ditahan 2 malam pulak untuk KUNING. Also doctor2 ada yg marah kalau ada ibu2 yg mengaku beri SUSU KAMBING pada baby...kata mereka SUSU KAMBING tuh antara punca KUNING. Kali nie yg tak syioknya takde katil yg vacant utk mem stay & brest feed NAUFAL. So den selama 3 hari tuh hantar mem in the morning & pick-up her back in the evening. Bila nak balik one day nampak jugak mem mencurahkan air matanya...tinggalkan baby sendirian di hospital.


A day lepas NAUFAL discharged dari GH for 2nd admission from KUNING, den terus export mem, baby & KAKAK balik rumah MIL bersama2 MIL yg dah tertapa kek rumah den sejak NAUFAL lahir. Sian my MIL kena jadi TAWANAN tak leh balik kampung selama 2 minggu. So start from 23rd May bermula ler den berulang gi kerja dari Rombau. Kena keluar rumah at least 45min awal compare sebelumnya 10min pun sompek..he.he.he..


Dulu KAKAK seminggu dlm wad lepas dibersalinkan sbb KAKAK kena jalani cycle anti-biotic for 5 ~ 6 days sbb termakan najis sebelum mem dibedah, tapi KAKAK tak kena KUNING… NAUFAL pulak sbb KUNING pun almost seminggu kat sepital. Tapi kalau ikut JUARA MENANGIS...menang KAKAK lagi..he..he..he..

p/s : At this stage rupa NAUFAL sejibik cam KAKAK SYIRA masa baby...

Monday, May 14, 2007

SATU KELAHIRAN...
===============

Sori kepada FAN2 I yg terperangkap didalam SAWANG dlm BLOG den nie… thanks for visiting anyway. Seminggu SUMARNI membantu den berulang alik ke Hospital sampaikan awek2 jaga tol pun dah kenal…

Mem dah selamat melahirkan BABY BOY seberat 3.6kg pada 8:40pm, 8hb May 2007. Lewat sehari dari yg dirancang (nak genapkan tarikh hari lahir sebulan dgn KAKAK 7hb April).

06hb May - Mem masuk wad awal 2 minggu dari tarikh due sbb alasan rawatan INSULIN harian since last 2 weeks sbb diabetic semasa mengadung. Alhamdulillah dapat gak wad 1st class (GH)…tapi yg kosong mmg wad 1 katil..mahal ler sikit..at least selesa ler. Pihak sepital tak buek apo2 pun that day.

07hb May - Dr. buat procedure SS ( jari dimasukkan kedalam bahagian *TUT* & dipusing 360 darjah) tak buleh masuk 'ubat bawah' alasannya sbb 1st bersalin operation walhal kawan baik mem yg masuk private buleh yo diberi 'ubat bawah' while 1st time bersalin pun operation gak.

08hb May - kul 7:45am mem dah call masuk ke labour room…tapi kul 11:30am baru den sampai sepital. Mem dah dimasukkan air & dapat Epidural utk tahan sakit. FYI Cuma seorang patient jerk layak diberi Epidural setiap hari oleh pihak sepital. Disebabkan mem pernah operate jantung & 1st bersalin pun operate so mem 'bertuah' ler jadi patient under Epidural that day. Sampai ke petang den teman mem dlm labour room, keluar masuk, keluar masuk utk makan, solat & 'berasap'. Mem pulak dari pagi tak diberi breakfast sbb preparation utk masuk labour room. Katil dikiri & kanan mem dah bersilih ganti wanita 'mengerang', 'melalak' & dapat baby while mem masih disitu.

Kul 6:00pm mem dah start merasakan sakit contraction yg semakin kuat. Dr.2 pelik sbb under Epidual sepatutnya tak merasakan contraction pain tersebut. Bila dr. bius check - saluran Epidural tuh tak berapa betul thus mem Cuma kebas pusat & below - perut still rasa sakit contraction tetapi tak rasa apa2 dibahagian bawah. Bukaan masih kecik - 2 cm so dr. bagi masa till 7:30pm or else kena operate jugak. Mean while dr. bius nak betulkan kedudukan saluran Epidural tapi mem tak nak sbb saluran Epidural dimasukkan ke tulang belakang (same like procedure amik ari dari tulang belakang which were very the painful).

Kul 7.30pm dr. cuba 'mengali2' utk keluarkan baby…and dah suruh mem start pushing… Mmg dah nampak rambut baby (dr. suruh den tgk…) At the same time pushing..mem pun muntah2 sbb perut dah masuk angin tak makan apa2 dari pagi (almost 12 jam)..sampai muntah hijau keluar. Sampai kul 8:00pm cuba push tak berjaya gak baby keluar so dr. decide utk guna 'forcept' so den pun terpaksa dihalau dari labour room. So den pun terus gi alas perut & naik semula menunggu depan wad bersalin.

Kul 9:00pm den naik ke wad & tanya nurse, mem selamat bersalin kul 8:40pm…Den duk depan wad tunggu mem & baby keluar tuk dihantar ke wad… Stay till 12:00am tak keluar2..den pun dah tak larat so balik rumah tido.

09hb May - Den bangun awal2 sbb nak lawat mem (waktu lawatan pagi 6:30am ~ 7:30am) Mem dah ok tapi sakit bahagian *TUT* sbb jahitan & 'forcept'. So bawak mem dgn wheel chair utk cuba menyusu baby di wad bayi ditingkat 6 (wad mem tingkat 1) & utk jumpa anak den for the 1st time. Isk dah lama tak pegang budak..gerun jugak memula...he.he.he.. QOMATkan ditelinganya. Pagi tuh baby lum pandai menyusu lagi so hantar mem ke bilik semula. Patutnya mem dah leh discharged that morning tapi since dr. yg nak dischargekan mem datang semasa mem takda dibilik (masa naik nak susukan baby) so kena stay lagi satu hari.

10hb May - Dah buleh discharged sbb baby dah mula menyusu..so den gi jemput MIL & KAKAK dari Rembau sebelum jemput mem.

11hb May - Gi register baby di JPN Senawang - nama eh Shahrul Izzat Naufal bin Sahrul Hasmad.

12hb May - Nurse pusat kesihatan buat lawatan kerumah & baby nampaknya ada 'kuning'. Suruh baby buat blood test so kami gi buat blood test also di GH. Tunggu result lebih 3jam dok tunggu kat sepital..Tinggi bacaan 233/240 tapi buleh bawa baby balk rumah & repeat the blood test the next day.

13hb May - Buat 2nd blood test & sepital suruh balik & akan call kalau result bacaannya tinggi. Balik sepital singgah ler sensei utk beli ubat mandi 'KUNING'. Ptg tuh dpt call dari sepital suruh baby masuk wad sbb bacaan 280/240.

P/S : Gambar pun tak sempat nak amik & tampal kat sini sbb baby dah masuk wad semula...