Tanpamu Ku Sepi

Tuesday, May 29, 2007

SUSU IBU VS SUSU IBU LEMBU
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ape nak cite yek… Semalam mem bawak Naufal gi klinik..both his pipi penuh ruam…cam jerawat bebudak belasan tahun baru bercinta (ye ker? He.he..he..) Doctor klinik tuh cakap KUNING Naufal masih ada sikit.


Mem pulak mengadu tak tahan sbb Naufal KERAP sangat menyusu…sehingga nipple pun dah sakit2. Maybe susu mem pun tak berapa banyak kot..SIL pulak minta susu mem sikit utk berikan kepada anak2 dia...so that her daughter & son bulih jadi 'muhrim'. Yet sikit sangat susu mem yg berjaya diperah. So today sebelum balik ke Rembau den kena beli susu tepung…dah nak start campur2kan susu ibu & susu ibu lembu...


Sangkaan den yg NAUFAL tak kuat menangis cam KAKAK dulu meleset. Naufal jugak nampaknya jadi juara tangis sampaikan MIL pakaikan tangkal. MIL den ni mmg quite percaya benda2 cam nie..insyallah yg beri tangkal pun jenis org2 alim jugak. Puncanya mmg COLIC jugak...satu pagi tuh 3,4 kali den terjaga masa tido sbb lalakkan Naufal. Skg mmg berjaga2 sedawakan NAUFAL tiap kali pelas menyusu & sapukan minyak YUYI.


Den pulak tiap kali beli barang2 asas buat Naufal…musti terasa bersalah & nak belikan something utk KAKAK… Rasanya PERKONGSIAN KASIH nie is harder to me than to KAKAK sebenarnya.. Baru 2 orang…org2 lain sampai 1/2 dozen pun lilek jerk…hu..hu..hu..


Sejak dok kampung nie dah tak hirau nak layan any2 rancangan yg sokmo jadi tontonan di ASTRO. Rancangan2 Law & Order, cite2 kat C70 semua terpaksa diabaikan sbb TV di 'conquer' oleh anak2 sedara mem yg dok layan cite2 melayu kat TV3, Astro Ria cam Nek Nak, Manjalara, etc. MAsing2 dah masuk tido baru den pegang remote ASTRO..

20 Comments:

  • At 8:54 PM, Blogger Kiah Kardashian said…

    hermh nak cakap apa yek. Pelik pulak aku kasik komen pasal breast milk kat blog ekau nih.

    jangan give up cakap kat mem tuh. bebudak dalam pantang ni mmg la kuat melalak. Dier baru nak get used with new environment. Tapi aku bebaru dulu pun campur gak sebab tak tahan asyik nak menyusu ajer kan. Tapi sekarang ni dah tak minum formula. Ekau kena bagi sokongan padu pada mem tuh. frequent feeding...rilex...bleh tolong banyakkan susu. Tahan kejap ajer cakap kat mem. Nanti dalam beberapa minggu nih okayla feeding pattern baby tuh.

    Nipple tu sakit sebab salah latching...again...pun kena sabar. Tak lama lagi kebal lah. Tapi untuk kurangkan sakit. beli krim Medela PURELAN. Aku tak tau senawang ader ke tak benda nih. Tapi try la gi manjaku kat taipan tuh. Ader kut. Kalau tak pi pharmacy...

    keep on pumping to stimulate the milk. Even kalau mem bagi susu botol, suruh dia pam jugak walaupun takder. 2-3 hari buat (5 minutes each side for 4 times...everytime lepas feeding)insyaallah banyakla susu.

    Lagi satu...try baby massaging. insyaallah baby calm sket. And lagik satu kalau colic...letak minyak telon/yuyi pun blehlar....dan tuamkan satu badan anak kau tu guna lampin yang dah diseterikakan (make sure la lampin tu tak panas sangat). Insyaallah tido la.

    Hish banyak betul nasihat aku nih. Tapi sebab aku pun baru dapat baby. So masih teringat la masa dalam pantang dulu.

    sori panjang sangat ngomel

     
  • At 9:36 PM, Blogger silversarina said…

    salam,

    Dr kiah dubai dah panjang lebar bagi penerangan tentang susu ibu..so akak tak nak sentuh bab susu ibu/lembu..

    tentang perkongsian kasih tu , memang kakak akan terasa sangat kalau you asyik belikan apa sahaja barang untuk baby naufal but it can be solved kalau you beli dan kemudian minta dia yang tolong simpankan/kemaskan/bawakan barang baby yang dibeli, jadi dia akan rasa dihargai ..cuma sekali-sekali memang kenalah jugak belikan dia sesuatu yang dia amat inginkan ..

    wah, panjang pulak komen den kali ni... menjangkit dari Dr kiah dubai tu..hehehe :)

    take care baba , jangan berebut remote dengan anak sedara dahlah...

     
  • At 1:27 AM, Blogger Kaklong Syikin said…

    salam,

    bab masalah penyusuan ni, mmg tak reti nak komen sbb lum lagi kena camtu.tak taulah akan dtg.

    pasal baby kuat nangis tu, mmg ada jenis baby camtu. mmg kena pastikan perut dia tu bersapu minyak utk pastikan tak masuk angin. boy lagilah tak leh bagi nangis kerap,takut nanti kena angin pasang.

    lupa lak, ada mak sedara den, anak sulungnya tu mmg kuat menangis terutama tengah malam, satu hari tu, dia khatankan anaknya kat klinik la. sejak drp tu, anaknya dah tak de menangis malam lagi.

    pasal rasa bersalah pada kakak tu, mmg naluri kita sbg parents, tetapi, dah tiba masanya kita ajar anak tu mengalah atau tak mengapa tidak memiliki barang baru mcm saudaranya yg lain.biasalah anak2 akan tanya, nape tak beli barnag baru utk mrk gak.

    mcm den, anak2 ompat ni ha, biasanya den akan cakap, lain kali boleh belikan, tp kali ni kena belikan utk adik/abg/ kakak punya barang dulu.

    kalau tak dibiasakan mrk ngan situasi camni, mrk takkan kenal sifat mengalah tu camner .kalau ada yg merajuk, tak pe, pujuk dan cakap elok2. tp kalau tetap jugak merajuk, biarkan, tak lama tu..nanti depa biasa ngan keadaan tu. kalau kita sendiri tak kuat, anak2 akan naik tocang. ni pendapat sey lah ni.

    p.s. pasal shami tu, dio dah boghi sms tunjuk sobab tak dapek nak blogging tu tak do surat tunjuk sobab hihi.

     
  • At 8:42 AM, Blogger KV said…

    hmmm...mmg risau kalo baby kena colic. Rasa serik dah. Tp kalo nak jd jgk, nak wat mcm mana kan. Kena jgk cari org ubat kan. Bkn apa, ikhtiar sambil tawakal.
    Harap naufal tak lama colic dia. Kesian abg shahrul dan mem, kesian lg dekat naufal yg menanggung kesakitan.
    err.. kv pun, even baby belum lahir, kalo beli brg baby mesti nak beli something buat danish, rasa 'bersalah' jek kan? Hahaha

     
  • At 8:49 AM, Blogger NBK466 said…

    Thankz Zakiah diatas pemandangan nan luas itew...Kedai Manjaku Taipan Senawang pun enterprame..glamer gak eh..he..he.he.

    LUJ...thanks jugak tips2 itew..itu ler untungnya rakan2 blog Pn.2 OTAI yg experiance nie...he.he.he..

    Thankz K.Long...mlm semalam cuba tidokan Naufal meniarap..lama gak dia ONTOK..tapi tak berani nak buat tanpa pengawasan.. Dahsyat tul president MASK nie..siap org bagi SMS tunjuk sebab lagik..he.he..he.

     
  • At 10:57 AM, Blogger pB said…

    dah lama tak der anak kecil, tiba tiba kelu .....

    cuba cari ubat hemopathy keluaran Sistem Era Edar tu ....
    dulu pB makan, alhamdulillah , susu banyak ...

     
  • At 8:20 PM, Blogger blackpurple @ jowopinter said…

    Minyak YUYI tu macam minyak TELON kan?

    Ah..aku tak reti dah nak komen apa. Maklumlah aku belum masuk kelab itu lagi. ha ha.

     
  • At 9:00 AM, Blogger Mama Sarah said…

    tercabar rasanya nak komen pepanjang macam zakiah, luJordan dan kaklong. hahaha... tp harapnya dah cuba apa yang mereka suggestkan.

    harap naufal menangis dgn suara kuat aje. bukan menangis lama berjam-jam. harapnya he's much better now.

     
  • At 9:32 AM, Blogger Ayu Mohamad said…

    Tahniah!!!!!! semoga baby Naufal sihat selalu dan semoga semuanya baik2 aja.. tahniah ek abg senior... Nur Syahirah Atikah pon dah dapat adik jugak.. baby boy jugak hehehe... lebih kurang je ek.. :)

     
  • At 11:13 AM, Blogger NBK466 said…

    KV..nampaknya both Naufal & Syira dah ada colic history..hu..hu..hu..

    Pb...tak pasti leh jumpo tak hemeopathy clinic kat N9..

    BP..yea kot..minyak tuh bayi yg kembung perut..kalau ekau perut kembung pun buleh yo guno..ha.ha..ha..

    MS..takat ni mmg den raso nangis sbb colic...kalau dah keluarkan angin dlm porot eh..okey ler dia..

    Ayu..kot dekat2 namanya Nur Syahirah Atikat dgn Nur Diana Syahira..he..he.he..

     
  • At 1:32 PM, Anonymous Anonymous said…

    teknik tak betul tu kot. tu pasal puting tu sakit. mulut baby tu patut melekap pada areola (kawasan hitam surrounding nipple) instead of nipple mak tu.

    (bercakap dari pengalaman tengok mak mak menyusu baby masa kerja di ward, bukan dari pengalaman sendiri..)

     
  • At 3:41 PM, Blogger cikdinz said…

    umanggaiiii !!!! sumer orang dah bagi nasihat ngan tips-tips bernas. aku takde nak bagi apa. juast nak bagitau, nnt dah balik snwg nnt aku dtg melawat....

     
  • At 11:19 PM, Blogger zino said…

    memula memang macam tu le.. tak lama lagi ok le.. awal sangat nak bagi susu lembu tu..

    yg selalu ngangis tu tak payah komen la mesti ikut perangai abah dia masa kecik tu hehe..

    tapi pasal tangkal ni zino tak berapa pekenan dengar.. galak kali ustaz pesan..

     
  • At 1:43 AM, Blogger aNIe said…

    Memang anak2 kalau kerap menyusu tak tahan rasanya...

    Sikecik kak lady dulu kuat menyusu satu hal...satu hal lagi masa disusukan...dia lelap...bila diletakkan dia nangis...disusukan semula...dia isap kejap...pastu tido...diletakkan dia nangis balik...jenuh mcm tu sampai pagi...naik poning kopalo den...maklumlah anak sulong..tak pandai laei

     
  • At 8:53 AM, Blogger NBK466 said…

    Wah...ini ler pandangan PAKAR perubatan..tapi buleh jadi juga sbb NAUFAL tuh menyusu kecik bebenor bukaan mulut eh...

    Che Dinz...nanti arrange sekali dtg dgn bebudak BAKOB senang den nak layan sekali harung...

    Zino ari tuh dr. kat klinik ckp ada yg umur cam tuh pun dah ada ibu2 siap bagi makan2an bayi (masukkan dlm susu) bagai esp bayi lelaki sbb kuat menyusu...

    Itu ler K.Lady...semua ibu2 (yg normal) pun sedaya upaya nak menyusu badan anak2 mereka..cuma sometime bila keadaan memaksa....

     
  • At 10:24 AM, Blogger Pandang Dengar Diam said…

    Esok lusa giliran Aku pula...

    Lambat lagi kan kalau nak ngajat tampi?

     
  • At 12:49 PM, Blogger uDA said…

    tahniah la dapat baby lagik. si najla pun abah dia ajau suh mintak ibu baby lagi. aku buat tak reti jek ekekek.

    pasal breastfeeding tu tak reti sgt la nak komen pasal kite puntak lama nyusukan anak. si tasneem dapat 3 bulan je. najla lama skit, 6 bulan. sebab ada masalah yg tak dapat den nak nyatakan secara terbuka di sini hehehe.

    dulu t&n jarang kena colic. satu mungkin sbb guna minyak baby amway punya tu. bagus banget minyak itu. kalo sapu mmg asik kentut je budak2 termasuk bapak budak kalo guna. ehehe.. bau dia pun sangat best. kalau takde, minyak yuyi pun ok. tapi sikit je sbb minyak tu panas skit.

    pasal kuning tu, t&n dua2 kena masa baby dulu. tasneem kena dok bawah lampu biru tu. najla tak, jemur jek bawah mentari pagi. hehe. ubat paling mujarab utk budak2 yg kena kuning ni hanyalah susu ibu. bagi dia minum susu ibu byk2. insyaAllah cepat hilang kuning tu. mmg jgn dekat ubat2 sensei tu, stengah budak takbleh. hehe..

    panjang pula. ye la..mak2 mmg begini. kan kiah? :-D. akhir kata, jagalah isteri baik2 dalam pantang tu. kalau aku la..tempoh pantang ni tempoh paling kritikal. tensen tau dak. huhu.

     
  • At 3:53 PM, Blogger Unknown said…

    setuju dgn zakiah. nipple tu sakit sbb salah bagi tu.Banyakkan sabar, kalau dah start campur, lagilah susu tu tak banyak kuar nanti. Kena beri selalu. Pam adalah cara yang baik, bila kita selalu pam, susu akan bertambah.

    yus yang anak dah 3 ni pun selalu rasa macam tu gak. Bila nak beli apa2 biar adil, semua kena dapat, kesian jer tengok yg sulung tu kan..

     
  • At 4:24 PM, Blogger NBK466 said…

    CUACA..bahaso gapo dio Ngajat Tampi tuh? Kalau den tak baco blog ekau tak paham den DEFINASI eh..he.he.he..

    Pn Uda thankx atas text ucapan dasar perbentangan belanjawan 2008 yg panjang lebar itew..he.hehe..

    Tuh ler Pn Yus..skg susu yg mem pamkan utk anak2 SIL agak banyak.. dah abis cycle mereka maybe buleh pamkan utk Naufal sahaja pulak..

     
  • At 12:03 PM, Blogger Kopi Suam said…

    ahahh laa dah bersawang le nbk :)

     

Post a Comment

<< Home