Tanpamu Ku Sepi

Tuesday, February 28, 2006

Tak pasti this week dpt update BLOG den yg TAK SEPERTINYA INI atau IDOK.... Sebelum den kena UGUT lagi baik den tuliskan ALASAN..he..he..he...

Kerja2 'special tasks' Menanti This Week:
- Insruance renewal proposal utk GHS (hospitalization) & GPA (Accident) pekerja2 syarikat
- Pending2 payments utk panel clinics & panel clinics report
- Contract utk panel clinics 2006 & termination letter - dah masuk bulan 3 baru buleh finalized
- Proposal guna smart card (ala2 credit card) utk panel clinics (skg still guna buku lawatan)
- Salah seorang MA nak resign (baru hantar surat resign tadi) - nak kena fikir camner in-plant clinic punya jadual lepas tinggal sorang jer MA lepas nie (suppost to be 24 hours running)
- Organized internal Ping Pong tournament finals this Friday

Routines yg menanti
- Selang sehari kena ronda kat production line (lebih kurang 1 hour) pastu buat findings report
- Kena follow-up findings lepas2 dah close atau belum
- Review & revise ISO documents - 9002 lah, 18001 lah....arrgghhh

Buleh kot diterima alasan2 den ini..he..he...he....

Friday, February 24, 2006

Minggu ini agak TERUJA la pulak bila lihat lagu Idayu - Kasih Yang Terpisah acap kali kedengaran di corong2 radio & memasuki carta lagu2. Kelmarin nampak di carta top 20 harian X-Fresh - dpt no 9 but keesokkan harinya terus tak wujud lagi dalm top 20..he..he..he.. Hari nie pulak masuk top 10 carta kampus - no 8. Dari 'contact2' dari Brunei ('adik' fan Idayu disana) lagu Idayu nie dah lama NGETOP kat sana - top 3 dlm carta. Di Nasional FM (Radio 1 RTM) pula dah bertahan 3,4 minggu jugak. Kedudukan terbaik no 5 but sekarang dah jatuh no 7.

Makin Cun Idayu Skg
He..he..he…segan pulak pada peminat2 Mawi yg dah tak heran menjadi juara carta radio2 TOP tanah air. While lagu Idayu bukan takat nak jadi juara….nak on air pun susah. Well itulah dinamakan rezeki…siapalah kita nak persoalkan rezeki yg tuhan kurniakan. Perlu diingat kalau ujian tuhan dtg...bukan dlm bentuk kesusah, keperitan sahaja....kemewahan, kesenangan adalah ujian yg lebih getir sbb manusia lebih mudah lupa bila senang...dah susah nanti baru cari tikar sejadah....

Kenapa den minat Idayu…. Kelakar gak ceritanya….sbb bila AF3 nak start dulu…bila bakal2 pelajar AF3 mula dipromokan dilaman web AF den tgk rupa Idayu nie cam SOMEONE THAT I KNOW ler. Den cite kan YG TERTUDUH serta rakan2 web yg lain yg Idayu ni ada iras2 kak 'S' nie (bukan nama sebenar..ha..ha..ha...) ada ke patut depa kata den nie rabun ler, juling ler, mata bermasalah laaa. Den TATAP dengan pendirian ku. So bila dah ada sebab den mula laa ikuti perkembangan Cik Mek di bermula dari Tirai AF3. Dlm promo ASTRO minah nie sorenya buleh mencapai 5 octaf...masa tuh terfikir 'APO KOBONTO OCTAF NI?". Pernah dengar kat somewhere & biasanya musti dikaitkan dgn Mariah Carey.

Cuba Tgk Ada Rupa Sapa...
Biasalah semasa diberitahu dpt masuk AF (belum masuk pun sbb ada konsert prelude) 1st time dengar Idayu nyanyi sebahagian lagu My All tanpa music. Takde ler impress sgt since susah nak menilai sore org setakat nyanyi tanpa music....Edlin AF2 & Rosma AF1 pun pernah nyanyi lagu nie. Idayu start impress me bila nyanyi I Have Nothing masa konsert Prelude...tanpa perlu whistling lagu yg sememangnya mencabar vocal nie best pulak Idayu bawak. Terkejut gak Mawi yg sememangnya menjadi perhatian sebelum konsert Prelude bermula tak berjaya dipilih masuk masa tuh.

Dlm AF3 den perhati Idayu nie sempoi gak orangnyer. So far all the konsert den berpuas hati dgn persembahan beliau kecuali dlm konsert minggu ke-2. Tak mencabar vocal range dia agaknya lagu SUPERSTAR tu. Till then mmg confident maut Idayu akan masuk final biarpun susah nak jadi Juara berikutan gelombang TSUMAWI. Sebelum tuh mmg ada berita2 yg Idayu nie anak jutawan ler, keluarga Idayu edarkan top-up supaya orang AFUNDI beliau ler...den buat donno jerk....Yg penting dia mmg a good singer. Tup2 dpt sms dari sahabat2 Idayu terkeluar konsert ke-4. Minggu yg sama rumah bapa Idayu dirompak baru ler den terima the fact dia nie mmg anak jutawan. Mmg susah nak percaya sbb pembawakkan diri dia yg tak menunjuk2 & rendah diri jerk.

Pendek cerita Idayu nie 3 perkara dia kurang bernasib baik:
i. Kisah perselisihan faham dgn Reza rasanya biasa ler pun bukan dia yg mulakan org dah kata dia BENGKENG
ii. Dilahirkan didalam keluarga yg kaya.... Kalau dia anak org kebiasaan or kurang mewah sure penonton pandang dgn perspectif berbeza. Cuba bayangkan Mawi ditempat Idayu....
iii. Masuk AF zaman Mawi....fenomena yg mmg tak dpt dinafikan....maybe kalau Vince & Zahid masuk zaman Mawi pun belum tentu oooo.... Kalau AF1 or AF2....or maybe MI maybe Idayu ada harapan cerah jadi Juara.

Skg nie den cuba supoort lagu Idayu dimana carta selagi mampu. Tak semua buleh terima teknik whistling nie but itukan selera memasing…Mmg Idayu nie kaya dgn vocal technic...disebabkan bakat semulajadi & jua since dia pernah belajar vocal secara formal. So far Idayu pda den the best product of reality TV have produce. Yup dia still terikut2 stail Mariah Carey...espcially bab gaya tangan ler...bab nyanyian tuh den rasa tak tiru pun sbb persamaan Idayu dgn MC cuma pengunaan teknik whistling ajer. Well….I wish Idayu all the best dlm bidang seni suara….You'll have my support.

Thursday, February 23, 2006

Isk…sapa ler punya idea nie??? Den pernah terbaca gak dlm blog NBB (maaf ler kalau kehadiranku tanpa undangan). Since akak kesayangan dah TAG….den LAYANZZZ jer laaa….BALUN!!!!

4 jobs
1. Kerja kilang rubber gloves kat Klang - ikut kawan2 isi masa sementara tunggu results SPM
2. Pemetik strawberry HARAM kat UK semasa cuti summer utk kumpul duit jenjalan Amsterdam & Paris. Lain sungguh ler rasa strawberry UK dgn Cameron Highland…manis…sampai muak den makan hari2.
3. Jurutera alam sekitar, keselamatan & kesihatan di Samsung Corning (M) Sdn Bhd dari grad sampai sekarang
4. (Since takde kerja2 yg dilakukan selain diatas) Tulung2 wife kemas rumah, sidai kain, cebuk & mandikan anak acapkali…itupun KALAU MOOD BAIK…he..he..he…

4 Movies
1. BREAVEHEART - Dialog dah hafal dah….ada org tuh den bagi CD nie musti tak abis tgk & buat pelapik gelas jerk CD tuh….he..he..he…
2. KKHH - Sebelum ni tak langsung minat tgk cite hindustan…Cite nie den 1st time buleh layan biarpun takde subtitle…cam buleh faham jerk. Best Hindi Film Of All Time!!!
3. Cerita2 Stephen Chow - Buleh gelak guling2 tuk lepaskan tension
4. Love On Diet (Andy Lau & Sammy Cheng) - Touching ler pulak cite nie….jiwangzzz…

4 places i lived
1. Balai Polis Soromban - Sampai darjah 2
2. Kuala Klawang, Jolobu - since darjah 4 sampai SRP
3. Sheffiled, UK - 2 tahun buat degree
4. Senawang, NS - since kerja sampai skg

4 shows
1. CSI Vegas
2. FRIENDS
3. Macam2 Aznil
4. Casa Impian

4 Places I've been for vacation
1. Amsterdam
2. Paris
3. Scotland & negeri2 dlm England sbb melawat kenkawan di U berhampiran - Manchester, Leeds, Bradford, London
4. Pulau-pulau.. So far baru sampai Langkawi & Pangkor jerk

4 sites I visit daily
1. Blog sendiri
2. Blog K.Sya, K.Lady
3. MasFC
4. Forum Cari

4 favourite foods
1. Ayam masak kicap
2. Yong Tau Foo Sup Kg Melayu Majidee, JB
3. Semua makanan yg ada inti sardin - bun, karipap, popia
4. Sambal goreng NENEKku

4 Places I rather be
1. Emmm…nak gi lawat lagi ler England kalau berpeluang..mengimbas kenangan lama…
2. Terasa nak gi Switzland ler…tgk permandangan cantik2 dlm film Hindi…
3. Dapat gi yg dekat2 cam Australia - Gold Coast pun cun gak
4. Pulau2 exotic cam Hawaii kern, Carabien ker, Bora2 ker…

4 albums I can't live without
Klakarnya can't live without…takde ler sampai begitu lebih2 lagi dah ada banyak radio station mantap2 laa nie. Let us say highly listen laa…
1. Mariah Carey No. 1
2. EVO 2 (2005) - sbb ada lagu Idayu + Felix & Marsha
3. No 1 Kembara
4. Album2 M.Nasir

4 vehicles I owned
1. Satria 1.3(M) warna maroon - 1st car
2. Proton Waja 1.6(M) warna kelabu asap….
3. Non local car - probably HONDA/TOYOTA (berangan jerk dulu)
4. Kancil 2nd Hand - buat 2nd car gi pasar (planning jerk)

4 orang aku nak tag
Sorang jerk….kita ni tak glamer…tak ramai kenalan BLOG…. Setakat nak tag K.Lady atau
K.Sya….sampai kesudah tak abis TAG nie. Harap2 dia belum lagi kena TAG laa...

1. K. RINA…HA..HA..HA…

Tuesday, February 21, 2006


PPP (Proses Putus Puting). Anakanda ku sedang menjalani minggu pertama PPPnya. Ini disebabkan kali kedua puting yg diberikan digigit sehingga putus. So my wife dah buat PAKATAN WARSAW dgn makcik babysitter to try and stop it permanently. Bila dia mintak jer puting terus tunjuk puting yg telah dikerjakan oleh beliau sehingga putus itu...

Ari ni masuk hari ke-5 Syira stop puting. Kelakar pulak tgk gelagat dia….sejibik cam perangai org dewasa yg stop smoking. Selera makan nampaknya meningkat dari biasa pas tuh cepat baran…he..he..he… especially bila nak tido. Tapi baran2 pun senang pulak lelap. Tak sampai seminit lepas dia mengamuk ataupun merajuk...tetiba...eh dah lelap....kalau dulu ada puting lambat lak lelapnya....terguling sana...terguling sini... Time tido pun takde ler pulak aksi2 'menyonyot' puting unlike semasa berputing dulu....even takde puting dlm mulut pun mulutnya beraksi menyonyot puting.

Kenkadang panik jugak bila bawak dia gi jenjalan kat sopping compleks. Cam kelmarin bawak dia jalan2 kat JJ Seremban. Bawa dia lalu kat bahagia baby dan lalu jugak dkt bahagian puting2 nie….nasib baik dia tak buat hal & mintak putting tuh….ataupun dia tak ternampak yek? he..he..he....

Friday, February 17, 2006



Aku & AT. Ada one girl yg nenek den introduce kat den….kira ada gak pertalian saudara (jauh). Since at that time den still SOLO MOLO (bertahun2 lepas kisah Y) so I think…'what the hack'… Apa salah berkawan2 yea tak? Since Y and I pun hampir2 jadi thru' telephone so mula laa berkawan with her (AT) dgn saling berbalas2 call. Oh yaa..minah nie is older few years (setahun dua cam tu laa ) than me, grad U from Arabic country but dia cuba membahasakan den ni 'abg' so my friend pakat gelarkan dia AT (adik tua). At first okey jerk berkawan dgn dia. Hati den pulak tidak terbuka utk jadikan dia MORE THAN FRIEND at the time dan tak pernah sekali-kali den layan dia more than a friend.

Until one morning…dalam pukul 3:00 ~ 4:00am cam tuh she called my house (duk rumah sewa bujang masa tuh). Dia menangis2 dlm phone…den trying to be a good friend dengar je lah sambil MAMAI coz diganggu dari tido....lepas tuh dia tanya soalan yg den rasa den tak leh nak lupa seumur hidup "BULEH TAK KITA KAHWIN?". Masa tuh TERUS HILANG MAMAIKU!!!! Dlm hati den...'isk...biar betul minah nie....". Den raso den faham masalah dia....maybe dia rasakan dia dah masuk ANDARTU....lepas tuh tetiba lak ada JEJAKA MACHO & KACAK dtg dlm hidup dia...mungkin SOSIAL PRESSURE buatkan dia rasa tertekan. Tapi den cakap dengan dia....kita baru jerk kawan....belum masuk pun area menjadi kekasih inikan pula nak hidup seumur hidup as husband & wife??? AT ckp "kita buleh bercinta lepas kahwin"....kesian den dengar but den nie cam jejaka2 zaman moden gak...nak bercinta, bertenet, bertunang kemudian baru dirikan rumah tangga. Den nak rasakan semua pengalaman tuh (biarpun dah berkali kecudang sebelum ni). Pagi tuh akhirnya end up den pujuk dia suruh bertenang, saying dia takdelah terlalu tua nak jadi ANDARTU. Lagipun zaman nie ramai sgt perempuan berkarier yg belum berumahtangga.

Lepas that call den rasakan den baik bersua dgn dia face-to-face and let her down easy. So one weekend den drive sensorang balik ke kampung (rumah nenek di Felda Ulu Tiram Johor) dari Senawang just to tell her that and as to be nice. Tak nak buat melalui phone sbb before this dah buat cam tuh but bila beritahu dia hari nie, esok AT call semula buat macam takde apa2 jerk..cam hilang ingatan jerk... So we went to dinner and told her yg I have to special feelings for her.....just friend and den still offer to be friend kalau dia sudi.....

Lepas face to face dgn AT…dia agak senyap…no more calls…so den ingat…takpe lah….asalkan dia & den bahagia until one day dpt call dari my housemate. Masa tuh den baru nak masuk tgk wayang dgn few friend (group of friends called BAKOB). My housemate cakap ada some guy cari saya....TURN OUT HE IS ABANG AT!!!! Lemah lutut den masa tuh....cuak juga....takut AT beritau yg bukan2 kat abang dia....mau den kena KAPAK!!!. Abang AT nie mmg tinggal kat Seremban. Dia tinggalkan no hp supaya den call dia balik. Masa tuh den fikir, sampai bila den nak sembunyi dari abang AT nie since dia dok S'ban. Since den tak buat salah apa2 so den call dia and he mintak den jumpa dia.

Nie quite serious ler…dan dlm keadaan terdesak timbul lak IDEA GILE2. Den pakat dgn2 kawan2 BAKOB supaya sorang (wanita) menyamar jadi 'TUNANG' den depan abg AT. Den juga minta kawan lelaki BAKOB yg badan macam 'bouncer' ikut sekali incase perkara2 yg tak diingini berlaku. So den, my 'TUNANG' bertemankan bouncer berjumpa abg AT kat sebuah restoran mamak. Nasib baik dia tak bawak his own 'bouncer'..dia dtg seorang & cool orangnya. So den cerita laa apa yg sebenarnya berlaku antara den & AT. And den kenalkan ler 'TUNANG' den yg duduk disebelah den. Mmg LAWAK tapi suasana amat SERIOUS masa tuh. Yg my 'TUNANG' tuh lak selalu kuat bercakap (dia mmg kerja lawyer)...masa 'berlakon depan abang AT tuh satu patah 'dialog' pun tak keluar....isk.. Tuh mlm tuh settle dgn abg AT faham cerita sebenarnya & tiada lagi kedengaran dari AT mahupun sedara maranya lepas ari tuh.

Sekarang nie neneq den slalu gak citerkan perkembangan AT. Pernah jua lepas AT kahwin dia tanya pasal den kat neneq den (den kahwin lebih awal dari dia & dah dpt baby pun masa tuh) Terus nenek den marah "dah payah nak risau kan si Sahrul tuh, dia dah kahwin...ko tuh jaga laki ko sendiri jer". Latest news dia & husband dah berhijrah & berkerja di Tanah Arab jua. And....TUNANG lakunan kawan wanita BAKOB ku itu akhirnya menjadi TUNANG & ISTERIku nan sah sekarang. TAMAT

Tuesday, February 14, 2006

Sebenarnya den kena UGUT supaya updatekan BLOG den nie..he..he..he…(Jgn mara aaa….) Bzzz sesangat lak semenjak dua menjak nie…. Tgh dok organized Kejohanan Ping Pong syarikat. Idok ler terra main….main yg 'main-main' jerk…. Sekadar memeriahkan keadaan. Tapi dah lama2 main...syok jugak. Well semepana Hari Meningati Kekasih (kononnya)...nak cite kisah cinatan cintun buleh? I'll try to kept it as NON-JIWANG AS POSSIBLE....

Org kata First Love nie sgt mengesankan…. Betui ker? Ramai juga yg mengidamkan their 1st love to be the last…. Kalau bertuah mendapatkannya tak TRILL ler hidup rasanya…. Tak merasa camner perasaan FRUST MENONGGENG…he..he..he… Ada juga yg sudah menetapkan ciri2 gadis idaman mereka cam den dah set nak yg mahu bertudung, putih melepak, soft spoken, lemah lembut, dsb. Tapi kalau dah kuasa tuhan... tak siapa bisa melawan.


Den berkenalan dgn Y pada Malam Puisi anjuran student M'sia di Sheffield Hallam U. Maybe at first I like to look at her face….nak kata cun tak juga but sedap ler mata den pandang. Maka den yg pemalu akhirnya ajak Y amik gambar lepas berakhirnya event mlm tuh. Thus after few days takde apa2 pun berlaku untill after a week after that si Y call bertanyakan pasal gambar kami berdua. We end up bergayut di telefone semalam lebih sejam ari tuh. Seperti ada KIMIA ataupun bahasa saintifiknya CHEMISTRY kami akhirnya bergayut almost everyday for at least 45min.

Bila hatiku dah berkenan…..baru lah kisah2 sebenar Y sampai ke gegendang telinga den. Dari sumber2 SOHIH Y nie rupanya mmg kaki clubbing, agak sosial and to my shocking SMOKING. Den masa tuh mmg sgt2 hijau….tak smoking & mmg tak buleh terima awek2 yg sosial, clubbing apatah lagi yg smoking. But bila dpt tahu kisah Y den terfikir "ini lah kose tuhan...lain yg den idam...the opposite lak yg sangkut.. Maybe tuhan nak den cuba ubah DIA kearah kebaikan tak?" So den pun ckp kat Y yg den dah tahu kehidupan sosial dia camner. Y menegaskan sejahat2 & sesosial2 dia, dia bersumpah tak pernah MINUM. Lega gak skit hati den... So I said to her 'saya takkan cuba merubah awak sbb kalau awak berubah sbb saya, ianya takkan kekal.... Kalau nak berubah, berubah lah utk diri sendiri dan saya cuma jadi pendorong jerk". Dan satu jerk yg den mintak kat dia, is not to SMOKE in front of me. Sbb den ckp 'it is so heart breaking melihat someone you love try to kill herself in front of your eyes right?'.

Sebenarnya si Y nie baru putus cinta semasa den berkenalan dgn dia. Masa dgn Y nie den raso den nie 'CAM BAGUS' laa pulak... Den keluarkan kata2 hikmat yg berbunyi 'buat sesuatu dgn ikhlas....jgn harapkan balasan...' So den ckp ler den tulung dia go thru' the frust menonggeng period as a friend….ikhlas…BUT kalau she falls for me…it kira bonus laa. Masa den kenal Y actually dah hampir2 grad & balik M'sia pun. Thus masa almost 2 months rasanya we all cam a couple (awek & balak) but Y still belum buleh terima diriku ini sebagai her BOYFRIEND. Apa nak buat...dia pun baru lepas keciwa dgn 1st love dia... But yet I still trying & hoping.... Kalau tak keluar berTENET, sengayut berjam2 kat talipon...pelik gak den raso skg....ada lak idea nak borak lelama masa tuh... One time den & kenkawan membuat tour ke Scotland (sewa kete) and one day maybe sbb penat sgt terlupa nak call dia. Next day bila call si Y ckp "Hai...kat Scotland takde talipon ker??"..he..he..he.. Kata tak mengaku den balak dia, den tak talipon sehari jerk dah HANGIN...tah hapa2 kan? Oh ya Y nie suka org lelaki yg pandai main gitar (maybe X dia pandai main gitar kot). Berbekalkan inspirasi tersebut den sempat ler belajar main gitar dgn housemate den kat UK dulu.

Y is 1 year junior, maka sampai masa den kena balik ke tanah air. Bila tiba masa den nak balik M'sia I spend my last night kat UK dirumah Y. Yelah…kat UK mana ada Pegawai Pencegah Maksiat segala kan…Den nie pun bukan ler alim sgt…he..he..he… But I am not so proud of my self okey. That night we cuddled sampai macam tak nak let go each other. But den rasa den benar2 dah Fall In Love sbb kalau semata2 kerana nafsu...dah rosak den nie rasanya... Antara kata2 terakhir Y :
i. Kalau ada sesiapa tanya awak ada girlfriend tak kat UK, awak cakap ada
ii. Kalau awak stay lagi one year (kat UK), maybe kita buleh jadi (official couple)

Sebelum berpisah dia bagi den sekeping kad, sejambak bunga & 2 pick gitar. Paling best sendiwara kat station bus (kena naik bas dari Sheffield hingga ke Manchester International Airport) Naik2 bus jerk den pun toleh kearah dia….tapi…aik..dah hilang. Kenkawan den ckp sejurus den naik bas jerk, bas tak sempat bergerak lagi si Y dah berlari ke toilet....menangis puas2. Den mmg sedih ler tinggalkan dia but gumbira sgt masa tuh sbb terbukti yg den nie sgt berkesan dihati dia. Dari sampai airport sampai nak bording, tiap kali ada payfhone & pasti den akan call dia. Best sgt sore dia...cam manja2 sbb
Y baru lepas nangis...he..he...he..

Teringat lagi 1st day sampai M'sia ptg tuh den cuba kumpul seberapa banyak duit syiling especially RM1 and for the 1st time call her from M'sia mlm tuh jugak. Mak oii cepatnya duit syiling kena telan.... Lepas keje still call her every month (pakai fhone rumah mak - tapi bayar sendiri ler) dlm 1/2 jam setiap kali. Cecah RM3 ~4 ratus jugak..tapi sayang punya pasal. Y selalup kirim sekarton rokok dari M'sia & den poskan sbb tak nak dia habiskan duit biasiswa beli rokok yg mahal kat sana biarpun den tak suka dia hisap rokok... tah hapa2 den nie kan? Masa nie ler den start blajar hisap rokok....lekat sampai sekarang. But den tak pernah ckp yg Y menyebabkan den menghisap rokok sbb it is my own choice.

Lama2 rasanya perasaan dia semakin jauh... Call pun cam 1/2 jam tuh lama sangat macam takde benda nak dibualkan. After dia balik M'sia still keep in touch dgn dia. Sbb den pernah ckp dgn dia, biarpun hati dia tak dpt terima den, kalau if anything yg den buleh tolong as a friend, do call me. Balik M'sia dia bercinta but bila break-up & frust dia akan cari den. Masa tuh den tatap tolong dia jugak....still mengharap tapi den dah rasakan she & I has grow and become other people. Ada satu hari Valentines Day (VD) tahun bila dok tgh ronda2 dgn dia kat KL, tetiba dia ajak gi kat Menara KL. Saja tanya2 kalau ada seat available kat Restoran Berputar Menara KL...biasa laa slalu mmg full masa VD...tapi mmg dah rezeki ada last minute cancellation. Maka ghaib ler duitku RM200 mlm tuh.

Till now we are both married, in fact den attend her wedding (with my wife & daughter) as a friend. Banyak juga melabur tapi den tak menyesal sedikit pun sbb Y banyak mengajar dan dah menjadi salah satu warna dlm hidup den.

Friday, February 03, 2006


Diriku & akuarium air masin... Den nie mmg bukan jenis suka bela haiwan (kecuali kutu..he..he..he..) Tah macamana TERGODA pula nak set up akuarium air masin lepas tgk filem Finding Nemo. Tambah pula kena racun dek my friend yg baru jer set-up the saltwater aquarium himself. Den set-up the aquarium (masa tuh kat rumah sewa) dgn bantuan kawanku itu semasa 'Arbaie Bujang Kembali' (wife duk kampung coz pantang bersalin)



Modal rasanya almost RM500 beli akuarium, stand, pump, pasir , air masin dan ikan. Batu2 coral we all amik sendiri kat PD... Lawak juga part nie sbb masa gi amik coral nie dah malam....my friend nie dgn confidentnya tulung menyelam amikkan coral. Bila the next time nak amik coral lagi waktu daylight, rupanya tempat yg my friend menyelam tuh is dekat sgt denga outlet air kumbahan dari resort terdekat... Punya laa kena gelak...

Peh masa awal2 tuh mmg rajin study pasal saltwater aquairum nie melalui websites. Dah terra jenis2 ikan, corals, camner nak maintain aquarium, dan segala mak nenek dia. Mmg cun gilos aquarium air masin nie.... Nak2 lagi kalau tambah soft corals yg BERCOROR2 tuh... tapi mahaiyer....corals semua RM50 keatas. Ikan tgk jenis jugak tadi hardly reached RM30. Normal Nemo pun RM6 seekor. Ada yg panjang nyawa....ada yg tidak...yg terkorban mostly sbb bergaduh.

Masalahnya mula bila stand aquarium berkarat2 sbb ialah....air masinkan..... My wife dah bising2 sbb mengotorkan tiles rumah orang. Lepas tuh air kena tukar at least every month. Leceh tuh.....bila dah tukar air...tumpah ler..meleleh ler...dia punya MELEKIT....agghhh. Corals pun satu hal...dah ler mahal....dia pun requirements punya susah. Nak suitable temperture, nutrition, level or kandung chemicals dlm air.....ALL my corals mmg tak panjang nyawa. Ada sekali tuh coral terkorban...pehhh...dia punya bau...mengalahkan bau BANG**I. Den kalau things dah jadi complicated...mula lah MALASSSSS.

My friends yg memula dok racun set-up saltwater aquarium pun dah convert aquarium dia jadi aquarium biasa (air tawar). Memula plan nak setup new aquarium kat rumah baru. My wife dah bagi warning tak buleh letak dlm rumah sbb dah fobia dgn stand berkarat tuh. Bila survey2 balik...mau makan RM1K nak setup aquarium baru yg lebih proper. Maka ku batalkan niat suciku itu.....but....apa nak dibuat dgn ikan2 yg masih hidup tuh? Nak goreng? Buat ikan pekasam? Tak sampainya hati den..... Biarpun mereka diabaikan akhir2 itu.... ada jua rasa SAYANG kat ikan2 ku itu.

Akhirnya daku memutuskan utk melepaskan ikan2 kesayangan ku ke laut. PD lah paling dekat. Isi air masin 1/2 pile (dgn penutup), masuk bonet kereta & drive ke PD. Masa tuh pulak air surut.....pehhh...nak pitam pulak dok angkut pile tuh ke gigi air. Akhirnya ikan2 kesayangan ku diBEBASkan ke laut Selat Melaka. Semoga depa dpt teruskan hidup mereka dgn ceria lagi bahagia disana....sob...sob...sob...

Thursday, February 02, 2006

Udah ku katakan ku tak pandai membebel....he...he..he... Dikedamaian replacement cuti Hari Wilayah nie....biarpun N9 dah mula kerja...biasalah kalau dah cuti labih 3 hari nie...kena makan jam ataupun sehari nak kembalikan mood kerja. So....nak tulis pasal hobiku nan satu... MENYANYI...
Open Karaoke Kat Kuala Linggi

Buleh dikatakan den nie datang dari keluarga seni 'Semi-Pro'... One of my uncle terkenal dgn mencipta lagu2 EXIST especially JESNITA. Seorang cousin bertugas as DJ...memula kat BEST 104, pastu ERA and now SINARFM. Tumpang bangga bila beliau dpt masuk finalist to 5 for most popular male radio DJ dlm ABP05. Maybe sbb dia sokmo buat add coz sore dia mmg CLASSIC utk add. Nak menang ABP05 dlm katagori nie mmg susah ler tapi top5 dah kira okey ler.

My singing carrier (chewah) bermula masa belajar di UK. My housemate tgh jamming utk persembahan Mlm Puisi di Dewan U Sheffield Hallam. Den joint ler melalak skali...takde lah sopan bonar pun sore den haa.. terus den dipaksa nyanyi. Tak salah den kena nyanyi 2 lagu - Biarkan Berlalu (Wings) & Maya Persada (Lefthanded - versi aqustic upon request). 1st time nyanyi depan public....masa nyanyi Maya Persada punya lah tarik sore sampai tercabut mic holder (yg memegang mic dihujung mic stand)..ha..ha...ha.... Oh ya...not to forget Mlm Puisi ni adalah merupakan titik tolak My 1st Love.....(lain kali ler kalau den rajin den citer) Mentor Bersama Prodige

Lepas tuh tak salah den kena gak paksa nyanyi oleh my auntie lepas upacara wedding (acara santai dgn keluarga) dlm ballroom Pan Pac PWTC. Waktu tuh baru jerk balik dari obersea & pasih pegagng tittle Penanam Anggur. Biasalah....mmg pemalu.....tapi my auntie tuh meminta dgn sore yg sayupnya 'Please Rul.....nie auntie request nie....Nak sgt dengar Sahrul nyanyi'. Maka berkumandanglah lagu Nur Nilam Sari tapi pancit jugak nak ikut note tinggi si Awie tuh. Lepas nyanyi my auntie said 'Thanks ya Rul....antie appriceiate sgt'

Lepas bekerja, ada duit, dah alami stress bekerja......agak rajin melalak kat karaoke dgn kenkawan. Dulu2 cuak jugak nak masuk karaoke center nie...yealah...banyak sgt imej yg KURANG SIHAT....tapi den pergi mmg IKHLAS nak melalak... Pernah juga 'mata2' buat spot check. One time my friend kena tunjuk IC sbb badan dia mmg comel cam budak tingkatan 3.

Masa kat tempat kerja jugak asyik dok kena paksa masuk koir. 1st time koir department menyanyikan lagu Samsung yg baru diberikan lirik bahasa malaysia. Bertanding 9 team dgn 3 kilang Samsung di Seremban & muncul JOHAN.

Finally lepas didesak dek opismate....den joint karaoke competition kilang sempena Annual Dinner 2002. Den suka2 nyanyi masa saringan yg dibuat disebuah bilik didlm kilang terus depa pakat masukkan nama as finalist utk bertanding masa AD berlangsung. 1st time nyanyi depan lebih seribu kilangmate......ketaknye bukan main....sebelum nyanyi satu makanan pun tak leh nak masuk perut....tak lalu....perut penuh RAMA2. Lagu sifu Yg Bertahta Akhirnya menjadi pilihan. Out of 8 finalist...dpt ler no 5. He..he..he...lepas tuh tak sangka pulak ada peminat... and the Korean Director yg beri hadiah memuji nyanyianku. AD05 Saringan - Sekadar 'main2' Yg Betul2

The next AD pun masuk lagi karaoke competition. Bukan nak masuk sgt....as for me sekali jer tunjuk 'bakat' pun dah memadai.... Cuma this time competition dibuat secara DUET. My opismate nampak cam nak masuk so gi ler nyanyi 'main2' masa saringan bawak lagu Berita Buat Teman (Ebeit G Ade/M.Nasir) . Pun nama naik utk final 4. But for final 'peminat2' minta bawak lagu lain sbb lagu Ebeit tu terlampau puitis. So pilih ler lagu Mentara Semerah Padi versi Tam/M.Nasir. As last year dah ada pengalaman nyanyi depan kilangmate, my perut dah kurang RAMA2 but for my duet partner....giliran dia pulak gabra....sampai terdengar sore dia KETAQ begining of the song. Bila dah rancak sikit baru dia stabil. Well....dpt ler no 4 but still dipuji dek the yg same Korean Director yg bagi hadiah. This is the last time den participate....lepas2 tuh selalu gak bebudak nie tanya 'tahun nie tak masuk karaoke?'... As for me...cukup ler... 'I have make my point....'.