Tanpamu Ku Sepi

Tuesday, September 29, 2009

GAMBAR-GAMBAR RAYA
----------------------------

Alhamdulillah, raya tahun nie dimulakan di JB. Seperti biasa di JB, upacara bermaaf-maafan MEGA diadakan dirumah Nenda di Felda Ulu Tebrau. Syukur tahun nie kesemua 13 orang anak2 nenek i.e mokcik & pokcik den serta bala angkatan mereka dpt pulang mengadap biarpun not at the same time. Tapi sudah cukup untuk buatkan parking umah nenek OVERLOAD. Dlm gambar nie pun cuma 60% yg ada, including my famous cousin ~ DJ Sinar, Najman (Pon-Pon) & her 'new' family. Punya ler havoc mereka nie bila acapkali berkumpul, dgn beberapa pokcik & cousin yg mmg kaki lawaks, mau bergegar siling umah nenek dek gelak tawa. Sampai den leh tak perasan anak bujang den (Naufal) tak masuk dlm gambar. Dia dok leka main dgn kekuran belaan one of his cousin.









Malam raya ke pekan Tiram potongkan rambut si Naufal. Ish terpendek sangat (no 1), tapi sbbkan fesyen rambut raya itu ler buatkan i Naufal paling glamour dm ramai anak2, disakat dek my pokciks and cousins dgn panggilan BOTAK..he..he..he.


Tak terhingga syukur dpt dipanjangkan umur berkumpul beramai-ramai begini. Syukur dgn izinNya jua aku mampu BANGKIT untuk berhadapan dgn kebahagiaan Syawal tahun ini. SYUKUR...

Friday, September 18, 2009

AIDILFITRI YG PENUH PENGERTIAN...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam Aidilfitri buat semua rakan2 bloggers... Maaf dipinta sekiranya ada terkasar dlm penulisan saya selama ini. Harap2 diizinkan olehNya nak beblog semula selepas ini. Jaga diri & kelaurga semasa hari lebaran, semoga selamat pergi & kembali kedestinasi dituju.


Ikhlas Dari NBK466 Sekeluarga

Tuesday, September 08, 2009

'MATI' HIDUP SEMULA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syukur kehadrat illahi, insyallah saya akan kembali semula memBLOG lepas raya nanti agaknya. Take care buat semua rakan2 blog yg lama dirindui..

nbk466

SUJUD (MAWI)
===========

(*) Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

(*)

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

(*)