PELANCONG DI KAMPUNG SENDIRI...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lepas solat Jumaat den & family bergegas ke kampung dimana 2 lagi kenderaan bersedia utk buat trip ke Pasir Gudang, Johor. Lepas buat seat & begs serta segala mak nenek punya arrangement, bertolak dari Rembau jam 3:30pm. Susunan dlm kete:
Kete den : Den sekeluarga, sorang anak sedara & MIL (4 dewasa + 2 kanak2)
Kete abg ipar den (proton aeroback) : BIL & family (2 dewasa + 5 kanak2)
Kete SIL den (unser) : SIL & family, FIL & 2 orang anak sedara (5 dewasa + 2 kanak2)
Memandangkan den ni orang Jay Bee, den dipertanggung-jawabkan jadi kepala rombangan, sesat den sesat ler semua. Di highway pun den kena lead sbb BIL den mmg bawak kete slow so den kena set the speed. Renti kek R&R Machap utk refreshing & akhirnya sampai di Hotel Selesa Pasir Gudang kul 8pm. Lepas check-in gi cari tempat dinner dulu. MIL bising sbb dah bawak nasi & lauk pauk banyak dari rumah. Lepas dinner balik ke hotel utk rest. Dapat bilik sebelah menyebelah so kanak2 seronok buat cam rumah sendiri kat hallway depan bilik.
Saturday lepas b/fast bersiap2 nak ke rumah pengantin & sampai rumah pengantin kul 11:15am. Semalamnya kete BIL buat hal bila dah hampir2 sampai Pasir Gudang, air-cond rosak. Maka lepas makan BIL gi le repair air-cond kete dia while yg lain hang-out kat rumah pengantin. Turn out mmg banyak yg kena ganti sistem air-cond kete BIL tuh sampai 3 jam kami tunggu. Jam 2 pm baru boleh tinggalkan Pasir Gudang. Check in pulak kat hotel The Zon (duty free) di JB. Lepas check-in den bawa mereka minum ptg di tepi pantai Stulang pekena mee rebus. Balik rest semula kat hotel & lepas magrib keluar pulak gi Danga Bay.
As suspected Danga Bay malam minggu, waktu cuti sekolah pulak ramainyer orang. Memula dinner dulu..tapi den sempat nak makan sbb org begitu ramai tapi kedai kat food court tuh tak banyak so makanan banyak yg dah habis. Lepas makan jenjalan di Danga Bay sambil menghirup udara nyaman tepi pandai Lido. Ada pulak rides ala2 fun fair kat situ so dok melayan anak2 sedara main rides padahal den dah penat sangat mlm tuh.
Sunday lepas b/fast nak berangkat pulang ke N9. Tapi singgah dulu rumah bonda den di pekan Ulu Tiram utk lunch. Kemudian ahli2 rombongan ajak singgah Ayer Hitam. Den panic jugak sbb kete masing2 dah penuh kot2 beli pasu2 yg godang2 karang…. Tiba di Ayer Hitam hujan selebat2nya. So menghalang ahli2 rombangan utk bersopping. Itu pun MIL den sempat beli 2 biji pasu & tudung saji. Terpaksa bersumbek kek tempat duduk penumpang. Kemudian sambung perjalanan pualng ke N9. Singgah refresh kek R&R Pagoh & turunkan MIL kat Rembau sebelum balik ke Soromban. Alhamdulillah semuanya selamat pergi & pulang.
Nota Kaki (chewah siap ada nota kaki lagik):
i. Room rates for both hotels (Selesa & D'Zon) dpt RM150 - Hotel Selesa guna gomen rate, D'Zone lak guna 'orang dalam' tapi komen dari MIL den bila sampai hotel D'Zon "hotel nie lagi CLASS dari hotel semalam (Hotel Selesa, PGudang)..nak tergelak lak den dengar komen MIL den. This is the 2nd time den makan kat D'Zon (this time b/fast & last time high tea dgn 'org dlm' tersebut) mmg puas hati sbb banyak gilos choice of food.
ii. Kalau dah berkonvoi mmg banyak benda tak sempat nak bawak my tourist - nak gi JJ (terpanjang di Asia tuh), even Duty Free Shopping Complex dlm building the Zon pun...
iii. Sebagai tour guide alhamdulillah den tak menyesatkan jalan tourist2 den tapi masa balik 2 kali salah jalan - masuk lorong TnG laa, salah masuk lorong kat RnR laaa..mamai sgt sbb kepenatan agaknye...