Tanpamu Ku Sepi

Monday, July 16, 2007

KING OF FRUITS...

++++++++++++++


Sekarang nie buleh dikatakan musim bebuahan & sepanjang jalan esp Seremban ke Tampin mmg bersepah2 org menjual bebuahan tempatan ini. Buah yg paling glamour yg paling dapat perhatian kat M'sia udah tentu ler Raja Buah a.k.a durian. Since skg den pun bertaraf MASTAUTIN di rumah MIL di Rombau, mmg dikelilingi bebuahan seperti rambutan, mata kucing & manggis. Malangnya pokok durian cam takde ler pulak....


Since rumah In-Laws den takde pokok durian (kalau ada pun masih budak laie..) BIL den belikan se-raga buah durian dari kawannya, yg glamour dgn panggilan En. Yusuf sbb once dah terkenal dgn kualiti duriannya yg baik. Satu raga dapat dalam 10 biji durian dgn harga RM30. Itu harga regular customer ler sbb kalau org lain tak dapek do rege cam tuh... Yg mana kitaorang mampu makan, makan ler...yg selebihnya MIL buat tempoyak, masukkan kat bubur kacang hijau, buat pengat durian & juga wajik durian.

Best pren mem pulak beli durian yg dijual ditepi2 jalan area Senawang…RM30 dapat ler 3 biji. Bila balik bukak ada pulak yg busuk…nasib baik dekat jerk rumah dgn tempat durian tuh dijual so dia pun mintak ler tukar. So kawan mem pun suruh mem tanyakan pasal durian En Yusuf nie tadi, sbb nak beli 3 raga utk pesta durian dikampung beliau (Tampin). Mlm selasa mem tanya2 kat BIL den, baru nak tanya harga etc tetiba hari rabu BIL dgn semangatnya dah belikan durian 3 raga tuh. Kawan mem tuh pulak hujung minggu (Jumaat) baru nak balik ke kampung. So terpaksa station durian2 tuh kat rumah MIL till the day kawan mem buleh pick-up.

Yg stressnya sementara nak tunggu hari Jumaat, durian yg dibeli tuh ada yg dah merekah. Sbb takut durian tuh jadi tak elok, 2 hari tuh den & mem bawakkan ler durian2 yg dah merekah tuh hantar kat rumah kawan mem. Den ni pasal makan durian leh tahan gak tapi tang nak bawak dlm kete nie mmg lomah...dio punya penangan BAU tuh....

Next weekend another kawan mem dari JB dtg melawat Naufal. Mereka laki bini buleh tahan gak 'hantu durian', nak beli kat En. Yusuf sempena lawatan mereka that weekend pulak anak2 En. Yusuf balik kampung utk pesta durian. So den & mem pergi ler belik kat gerai bebuahan ditepi jalan jugak. Den & mem even terra makan durian tapi tak reti nak memilihnyer... At least mem tau nak bezakan durian yg baru luruh atau pun dah lama (berdasarkan dari tangkai buah durian). RM2 sekilo regenya & 5 biji medium size durian totalnya RM14. Dlm tak reti2 pilih durian alhamdulillah kesemua 5 biji tuh sodap2 & elok2 isi eh.

Den pernah tgk satu rancangan documentari kat ASTRO ada sorang mat salleh nie merantau Asia utk makan benda pelik2. Macam2 mamat nie makan, dari satay katak, satay cicak kubing kat Thailand jugak jantung katak mentah yg masih berdegup kat Jepun. Last2 dia gi M'sia, cuba makan durian & masukkan seulas terus dlm mulut terus dia luahkan...takleh makan...tak ker BENGONG mat salleh tuh??

KAKAK since seisi rumah MIL hebat makan durian…dia pun dah terjangkit… Pantang nampak stock durian tertinggal dirumah MIL apa lagi.. "Ayah..makan makan buah ha'yan"..he.he.he..


Boss2 Korean nie yg baru datang mmg tak pandai makan durian. Mana yg pernah cuba mmg GILA makan durian. Setiap tahun pasti akan ada aktiviti bawa boss2 Korean (termasuk MD) gi makan di dusun durian. Ada gak yg auditor2 Korean dari HQ yg pernah makan durian kalau datang sini, mmg takkan lepaskan peluang mencari buah itew...kalau musim cam skg senang gak nak cari..kalau belum musim??

Monday, July 09, 2007

MAAFKAN DAKU YG KE'BZ'AN
-------------------------------------------

Ya ampun den kebzzan lately... Bila pihak pengurusan beri perhatian melihat rekod kemalangan yg tinggi utk separuh tahun pertama 2007...biarpun angka2 tersebut datang dari pekerja2 service workers & juga vendor bukannya pekerja kilang den sendiri, namum den & rakan2 jabatan terpaksa skg masuk meronda ke production lines setiap hari.

Dgn kebzzan ini...maaf ler kalau ada blog yg tidak atau lewat disinggahi, apatah lagi nak menjawab TAG (he..he..he..ada alasan konkrit tuh...)

Ingatkan zaman den berulang alik dari Rembau dah berakhir bila mem dah mula keje. Tetiba babysitter kena jaga baby (cucunya sendiri) pabila anak p'puan beliau SAMBUNG unpaid leave & tinggalkan baby beliau dgn maknya... At first sepatutnya mak baby tuh dah balik bertugas just in time den nak hantar Naufal tapi tetiba katanya till end of July. Bincang2 dgn mem, MIL pulak dah merayu nak jagakan baby..so pilihan terbaik was tu hanya hantar KAKAK pada babysitter & tinggalkan Naufal dgn MIL..tetapi harganya den, mem & KAKAK terpaksa berulang lagi sebulan dari rumah MIL di Rembau.

Aduh..letihnya badan berulang nie...hu..hu..hu.. Rumah pun terpaksa ditinggalkan...