Apa2 Sajalah Labuu...
~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa laa den nak merapu minggu nie… Takde agenda menarik pun nak diumpatkan..

12hb ada seminar Kempen Anti Dadah di tempat kerja… Since statistic sekarang mengatakan 80% penagih dadah adalah para pekerja so boss pun suruh den & kenkawan den pergi. Seminar 1/2 hari jerk dapat ler beg & goodies FREE…dan 3 kali makan…sarapan, minum pagi & lunch. Abis seminar kena masuk opis.
Pagi semalam bawa Naufal ke Klinik Kesihatan Daerah utk routine check-up sebulan. Ramai gak orang…bukan Naufal jerk kena check-up…mem pun kena skali. So bila turn mem kena check-up, den kena ler pegang Naufal. Almost 1/2 jam pegang dah naik lenguhnyer tangan den...maklum ler berat pun dah 5.2kg. Kuning Naufal masa last week gi klinik swasta dr. kata still ada lagi sikit but bila dah umur baby sebulan dah tak payah nak risau. Skg cuma both pipi tombam eh penuh dgn ruam...kata2 org kena susu semasa nenen...
Ptg semalam call my mom… Den baru dpt tahun one of my cousin (yg paling glamour dlm keluarga den & pernah 2,3 kali den ceritakan kisah dia kat blog den) dimasukkan ke IJN sbb kena heart attack. Muda lagi orangnya 3 or 4 years older than me. Alhamdulillah tak sampai tahap kena operation...blockage disaluran jantungnya masih boleh dipulihkan dgn memakan ubat. Teringat akan anak2 beliau 4 org bersama bekas isteri beliau...harap2 tidak diabaikan setelah bersama isteri baru...and kalau terlah terabai..semoga dugaan ini boleh memberi keinsafan & peringatan buat beliau.