Tanpamu Ku Sepi

Monday, April 30, 2007

OSH EXPLORACE 2007
**************************
Last Saturday sedang kala org ramai dok sambung2 cuti hari pertabalan, hari pekerja & wesak, den bersama2 3 org opismate mewakili SCM dalam satu acara ala2 Explorace di Putrajaya. Event dianjurkan oleh Majlis Negara Bagi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan sempena hari Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Sedunia (World OSH Day).


Kul 7:00am dah berkumpul dikilang & kami naiki kete company (Toyota Camry) sampai ditempat pendaftaran berhampiran Masjid Putrrajay kul 7:40am… Lebih 130 pasukan/biji kereta yang mengambil bahagian... Perut dah lapar sbb lum sarapan. Tgk jadual event start kul 9:00am so kami pakat gi sarapan jap. Balik semula ke tempat pentaftaran tadi utk dilepaskan. Wah bila amik CLUE terus masuk kete ler nak mulakan the RACE...tetiba kete kena tahan oleh urusetia..lama gak kena tahan dlm 20 minit gitu. Tetiba org2 urusetia suruh pergi ke 1st check point (dibawah Masjid Putrajaya) dgn berjalan kaki...itu ler..masa breifing sibuk dok sarapan..kan dah termiss instruction.

9 check-point keseluruhannya..semuanya berkisar di kawasan Putrajaya - paling jauh pun precint 5 jerk. Tapi bagi mamat2 kilang dari Senawang yg BUTA dikawasan tersebut menjajau cari check point…sampai cari CLUE ke JIRAT CINA pun sbb salah baca CLUE punya pasal. Sepanjang race team den jadi perhatian jurukamera jugak...maklum ler team yg paling bergaya dgn uniform & capnyer...The race tamat till 11:30am dimana kesemua team kena hantar jawapan2 & berkumpul di Mariott hotel Putrajaya.

Lepak2 sementara tunggu YB Timbalan Menteri Sumber Manusia sampai…borak2 dengan team2 lain…mostly ramai yg dapat cari all the Checkpoins...team den berjaya dapat jumpa 7 jerk dari 9 check-point tuh. Soalan2 pun banyak yg tak dapat jawab so mmg tak harap langsung menang. Bila kami cerita kami sampai ke JIRAT CINA...maut kena gelak. Satu team dari KL duk dimeja kami mmg confident menang..semua check-point mereka jumpa. Lepas YB membebel2 kami pun start LUNCH...perut punyalah lapar tak pandang kiri kanan masa makan.



Bila keputusan diumumkan daripada 20 pemenang, cuma 1 team yg guna plat kete N9. Mmg team2 dari Putrajaya yg punyai kelebihan beraksi ditempat sendiri dimana mereka takde masalah langsung nak cari kesemua check-points. Team yg satu meja dgn den dah confident menang top 3....akhirnya mereka pun tak menang the top 20... Puas kami gelakkan mereka sbb sebelum tuh mereka dok sindir2 kami. Pulang ke kilang sampai jam 3:30pm… Tak menang pun berbaloi gak gi…Enterance fee RM50 satu team (company sonsor) - masing2 dapat t-shirt, pelindung windscreen & lunch kat Marriott Putrajaya disediakan penganjur.

Monday, April 23, 2007

ARBAIE BUJANG KEMBALI..SATU LATIHAN..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Last 3 years masa mengandungkan Syira mem mmg ada 'kencing manis'. Kali nie still ada gamaknya….1st buat BSP (cek kandungan gula dalam darah 4 kali dalam masa sehari) 2 kali sampling waktu pagi tuh gula mmg tinggi. So bila tgk result yg ngeri itew, mem tahan ler makan. The next 2 sampling tuh ok ler sbb dah jaga makan/minum. Yet kena gak repeat BSP utk 2 sampling diwaktu pagi. 2nd sampling tuh..control punya control pun yet gula still tinggi, so dr dipusat kesihatan suruh mem admitted kat hospital utk monitoring or maybe insulin treatment.

So on 19hb petang den amik 1/2 day cuti untuk admittedkan mem. Ptg tuh amik KAKAK & bawak dia ke hospital utk melawat. Bila habis waktu melawat takut jugak dia menangis tak nak balik (sbb nak tinggalkan ibu dia)… Alhamdulillah KAKAK okey…mlm tuh dirumah seem KAKAK lebih BAIK perangainya berbanding kalau ibunya ada kat rumah. Makan banyak...meragam pun kurang..beri arahan senang nak ikut.... Tapi sedihnya masa nak tido...tah teringat ibu dia kot.... KAKAK tak nangis tapi tetiba mata dia berair jerk...wah...den pun cair....

Pagi 20hb den antar KAKAK di babysitter. Wah selalunya masa hantar babysitter masih lelap lagi..kali nie KAKAK bangun awal..terus cakap 'Nak tgk ibu kat PITAL'…so den pun ckp ler ptg baru buleh tgk ibu… Den masuk keje pagi tuh sbb waktu melawat pun start 12:30tgh. Lum sampai tengahari MIL dah call...offer nak jaga KAKAK (al-maklum ler cucu kesayangan) Bila tanya2 mem ttg perkembangannya di hospital mem pun cite. Selepas dr. gyne round, dr. marah2 sbb sepatutnya even tho' kandungan gulu dalam darah mem tuh above the normal limit, tapi masih tidak melampau. Patut tak perlu warded & tak perlu start rawatan INSULIN. Maybe yg wardedkan mem itu dr.2 pelatih agaknya...But that time dah 3 kali amik INSULIN so tak buleh nak stop... kena juga teruskan sampailah tarikh DUE. Terus dr. gyne arahkan mem discharged.
So lega jugak mem tak payah lama2 kat sepital…. Susah jugak dgn KAKAK sorang2 kat rumah…kalau lebih lama mem warded mmg den EXPORT KAKAK ke rumah MIL. Mem pun lega sbb on Saturday dah plan nak ke KL ada sambutan b'day anak kawan baik dia. Tapi before discharged mem diberi bekalan INSULIN berterusan 2 kali sehari sehingga bersalin. And mem diarahkan utk warded bersalin pada 6hb May nanti, 2 minggu lagi & 2 minggu lebih awal disebabkan under INSULIN treatment.

So INSYALLAH…14 hari lagi…keluarga den akan bertambah…Doakan semuanya selamat yek…

Monday, April 16, 2007

N3 LAIN LER PULAK...PING PONG..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nak letak N3 lain sebenarnya tapi gambarnya belum siap diprocess laie... Gini lah susahnya takde digital camera sendiri nie..hu..hu..hu.. Tapi udah commitment si SUMARNI nak cuci sawang seminggu sekali itew, I should respect that..

Last week den mencurahkan bakti lagi utk organize kejohanan ping pong syarikat... Actually den baru tahun lepas belajar pegang bat ping pong nie...masa tuh jadi budak belasahan memanjang. Over the time..selalu turun beraksi masa lunch atau lepas opis hours (masa mem sampai lambat)..skg nie nak kata hebat tuh idok ler tapi tidak ler lagi dipandang ENTENG oleh pihak lawan..chewah..


Den kenkadang organize event utk company walaupun takkan masuk apprisal pun tapi den dok fikirkan kawan2 especially yg kerja keras dikawasan prod tuh at least ada something utk enjoy beside working. Team den (team2 office) mmg ler sayur dikerjakan den team2 yg lain.




On the final match den cuti sebenarnya...teman mem gi check-up pregnancy..tapi den dtg gak utk tgk perlawanan yg agak hebat itew. As a working committee of the tournament..biarpun balik sedikit lewat setiap hari selama seminggu (tak leh claim OT..he.he.he.) - dapat ler sehelai t-shit & beberapa biji bola ping pong utk digunakan semasa beraksi masa lunch/lepas waktu pejabat, melihat kegumbiraan rakan2 sekilang enjoy the event is very rewarding.


Monday, April 02, 2007

3 TAHUN SUDAH BERLALU.....
--------------------------------------------

Diam tak diam…anakanda NUR DIYANA SYAHIRA dah genap pun 3 tahun…Kalau gi Genting Highland kelmarin KAKAK dah buleh masuk Snow House gamaknya.. 1st b'dah KAKAK kiranya paling meriah ~ siap order makanan, jemput adik2/sedara mara & kawan2 (K.Sya pun datang). 2nd b'day buat kecil2an semasa buat UNPLANNED pot luck dgn budak2 BAKOB & 3rd b'day kelmarin buat di kampung ROMBAU.


Hari Jumaat den sekeluarga balik overnight di Rombau...since den kojo on Saturday, pagi tuh gi kerja dari kampung while mem & KAKAK tinggal. Lepas keje dok mencari workshop tuk service kete. In mean while contact2 dgn mem brapa nak beli KFC... Kebetulan BIL pun nak tumpang b'day anak dia (Amirul Hakim ) yg a year older dari KAKAK. Selesai service kete, gi beli KFC - 1 bucket (Hot & Spice 21 ketui) & 1 thift place (original utk anak2 9 ketui), 2 whipped potato & coleslaw besar. Pas tuh gi Secret Recepi amik kek, kek yg sama masa sambuatan b'day anak2 kawan mem masa overnight ari tuh - chocolate indulgance gak. Sampai2 kek tak ready lagi...cuba tgk lain ROMAN EH kek kali dgn compare dgn yg dulu. Icing apa pun takdak..



Sampai Rombau almost 5pm...KAKAK pulak tido. Last2 tunggu lambat sangat KAKAK bangun (KFC nie kalau dah sojuk tak sodap...) kul 6pm terpaksa gak kejut KAKAK. Pujuk KAKAK dgn kek & KFC, kalau tak mengaruk jugak dia.. Suruh KAKAK basuh muka & pakai 'baju cantik' pun KAKAK buat dek jerk...MIL pulak rajinnya buat kuih KASUIE...Doa selamat FIL yg bacakan...



Rasanya baru jerk qamatkan ditelinga KAKAK…insyallah bulan depan kena AZANkan pulak pada adik si KAKAK. KAKAK yg timbul dimuka bumi ini waktu magrib 7hb April 3 tahun lepas merupakan bayi yg agak besar - 4.2 kg. Mem terpaksa ceasor selepas berjam2 bukaan kecil & KAKAK jugak dah termakan najis. Seminggu KAKAK dlm wad....lepas keluar wad KAKAK mmg kuat menangis - masalah kembung perut. Sampaikan 1st babysitter pun give-up nak jaga. Gripe water mmg sokmo menjadi minuman KAKAK sehingga kami mencuba botol & puting anti-colic. KAKAK jugak nampaknya alah-laktosa so tak leh nak bagi susu2 lembu...



Bila dah besar nie KAKAK pulak susah nak makan kalau bukan dirumah babysitter. Skg nie babysitter KAKAK baru dapat cucu sulung & ibunya sdg berpantang di tempat KAKAK dibabysit…. So skg rajin KAKAK tulung jaga the baby sampai ptg tak tido. Balik rumah jerk terus lelap.... Practice nak jaga ADIK nanti agaknya...
KEMPEN KITAR SEMULA MONITOR PC/TV
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebelum tuh millions of thanks o K.Lady & K.Sya diatas berkumadangnya lagu adindaku di laman blog den nie (utk mereka2 yg TAK PEKAK PC ajer..he..he.he..)

Since takde berita SYOK nak dilapurkan..den masukkan cerita yg buleh katakan BORING jugak..pasal satu kempen ditempat keje den. Kilang den sedang menjalankan kempen KITAR SEMULA monitor2 terpakai iaitu PC monitor & TV monitor. Of course we all beli bukannya PC or TV monitor yg baik...sbb tujuannya adalah utk GUNA SEMULA kaca2 dari monitor2 itew. Gini ler lebih kurang rege pembelian monitor2 terpakai nie (COD yek):

Bawah 18" = RM10 each
18" Keatas = RM15 each

Selalunya kaca2 terpakai nie (kat sini kami panggil CULLET) diimport utk kegunaan kilang tapi disebabkan CULLET2 ini telah diiktiraf sebagai Bahan Buangan Terjadual (atau org kampung panggil TOXIC WASTE) maka importation across countries jadi International Environmental Issues - banyak undang2 yg jadi penghalang. Maka untuk mendapat kebenaran serta sokongan kerajaan..kami kena tunjukkan usaha utk mendapatkan CULLET2 ini didalam negeri terlebih dahulu. Disamping LOOK GOOD as a company yg doing RECYCLING activities for this kind of WASTE.

Maka kempen nie telah pun dilancarkan minggu lepas. Gambar dibawah merupakan LAKONAN sempena pelancaran kempen tersebut. ..


Lawak tak gambar nie...MOCK CHEQUE tuh buleh dipegang terbalik ler pulak. Gambar den tgh pegang monitor (paling kanan) tapi cuma nampak bucu monitor jerk..he.he.he..

So ada sesapa nak jual monitor terpakai??? he..he.he..