Tanpamu Ku Sepi

Monday, March 26, 2007

SEMALAM (YG DINGIN) DI GENTING...
-----------------------------------------------

Tak tau nak cite camner kisah percutian KELAM KABUT ku ke GH. Bukannya nak gi sangat tapi dah dapat voucher First World Hotel free dari CitiBank…kena guna by July… Nak tunggu lambat2 nanti mem dah sarat, bersalin & dlm pantang. Den dah sesiap booking baru mem beritau pasal program BBQ her & her friends tuh... Pasal planning2 nie mmg mem agak LEMAH skit...


Dah lama tak naik GH guna cable car…selalu mmg drove till the top..kali nie den saja nak ajak mem & KAKAK naik kable car. Kul 5:30pm sampai ker Skyway Station. Lawak jugak sbb dah lama tak naik Cable Car nie…lepas parking kete…tak tahu what floor tempat nak beli tiketnya & naik Cable Car. 2-3 kali dok keluar masuk lif...akhirnya jumpa jugak..he.he..he.. cam org JAKUN masuk KL lak.. Memula KAKAK cam takut jugak..after few minutes dia dah get use to it...lebih2 lagi bila dilekakan dgn patung2 haiwan sepanjang perjalanan. Yg den tak sangka itulah 1st time jugak mem naik Cable Car.. Dah tuh mem lak jenis GAYAT... Cuak jer muka sepanjang perjalanan...mengalakan KAKAK..he..he..he..




Sesampai di puncak GH…jauh jugak menapak dari station Cable Car ke First World Hotel tuh…KAKAK pulak bila pass by Indoor Park rides mula laa nak singgah. Puas gak pujuk ckp 'gi bilik dulu…nanti baru kita keluar main rides'. After check-in…well biliknya...nak amik gambar pun segan..kalau dlm bahasa kasarnya 'bilik utk just buat maksiat'...tapi dah dpt freekan. Lepas magrib we all mengorak langkah...sebelum tuh den alas perut jap kat one cafe dilobby hotel. Biasa ler..makanan kat atas nie kan semua MNM (Mahal Nak Mampuih)..makan roti telur RM6.50..nasib baik ler sedap...

Mlm tuh nothing much activities…masa dah suntuk… KAKAK sempat ler naik satu rides kat INDOOR PARK. Terkejut jugak sbb selalunya KAKAK tuh bila ada naik rides kat mana2 supermaket (ala yg 50sen tuh) dia tak berapa berani sangat. Kali nie beriya2 dia nak naik...masa Q pun tak sabar2 nak naik. Akhirnya dapat naik satu rides bersama sorang kanak2 Cina...hamboi sukanyyyaaa diaaaa... Ingat nak bawak KAKAK tgk wayang MUHSIN..tapi dah tak show kat GH. Lepas tuh dah takde benda lain yg KAKAK buleh naik..so we all balik bilik & pengsan.




Monday morning target keluar seawal yg buleh to cover the time lost on the 1st day. Sarapan tempat yg sama den makan roti telur tuh..biarpun agak mahal tapi nak nak buang masa cari tempat utk b'fast. Makan nasi lemak, roti canai & roti telur + 2 air panas = RM30..he..he..he.. Terus ke OUTDOOR PARK... Mem sbb memboyot dpt discount, KAKAK belum cukup 3 tahun & tak cukup tinggi 90cm tak kena bayar tiket..he..he.he..jimat.. Mostly mmg temankan KAKAK jerk naik rides... Mana2 rides yg mem tak leh joint, den ler yg kena temankan KAKAK... Sampai about 3pm kami naik last rides...naik bot keliling konon2nya Dinosour Park. The bot masuk tunnel dimana keadaan gelap gelita & ada laa diceritakan kisah sejarah dinasour. Ada beberapa patung dinasour yg bergerak2 secara mechanical. Yg gerak2 tuh buat KAKAK panik..wah...dia start melalak...'TAKUT....NAK BALI RUMAH...' segan pun ada..nak tergelak pun ada. Nasib baik 5 min jerk dl tunnel tuh.

Dah puas layan KAKAK di OUTDOOR PARK…we all having lunch & heading back to the Cable Car station. Lum sempat pun kete meniggalkan parking building di Cable Car station, KAKAK dah pun pengsan. Trip ke GH kali nie mostly nak hiburkan KAKAK jerk…nak masuk SNOW HOUSE tak berjaya lagi sbb KAKAK tak cukup 3 tahun. GH still sejuk tapi tak sampai tahap bercakap2 pun keluar asap. Ramai sangat jumpa budak2 melayu yg tak segan silu berlagak mengalahkan pasangan dah berumah tangga...berkepit jerk...isk..isk..isk...

Gambar2 lain den SUMBEK dlm album jer lah..

Tuesday, March 20, 2007

WEEKEND YG PANJANG (PT 1)
======================

Waduhh…sakit2 segala2 tulang, sendi, urat, dsb… disebabkan WEEKEND YG PANJANG. Cam lagu pulak…tapi lagu tuh MALAM YG PANJANG…

On Sunday ada kenduri kahwin one of mem's best prend's brother kat Beranang… And semua kawan2 baik mem plan nak gi including one family yg terpaksa pindah ke JB sbb bekerja di sana almost a year ago. So they planned nak overnight rumah den night before the kenduri. Apa lagi kalau mem dah ada 'tetamu jauh' dok overnight...maka terjadilah pesta BBQ & overnight dirumah den pada malam minggu itew..


Maka den sebagai tuan rumah sibuk ler dgn preparation; major housekeeping seluruh rumah - vacum & mopping, membeli bahan2 mentah & peram. . Order kek kat Secret Resepi since ada yg nak celebrate b'day anak mereka sementara dah berkumpul beramai2 tuh. 5 family yg joint kesemuanya - den, satu family dari JB, satu family dari Senawang, satu family dari Puchong & satu lagi family dari Sg Besi. Acara bermula petang sabtu dimana mereka2 ini check-in & disambut dengan minum petang. Mem buat bubur kacang hijau & ditambah dgn instant karipap yg kenkawan mem masak.


Lepas magrib den & the guys starts nyalakan BBQ set. Menunya - udang, sotong, ikans & ayam...utk dimakan dgn nasi & gee goreng. 2 dapur yg diset-upkan…satu tuh mmg set BBQ den..satu lagi dibawa oleh tetamu from Puchong. Sambil2 bakar, buat juga upacara potong kek b'day…yg bestnya kek b'day tuh 2 orang anak2 kawan mem...tapi lepas nyanyi lagu b'day, Syira yg tak sabar tiup lilin. he..he.he.. Baca sedikit doa selamat while upacara BBQ diteruskan...sambil2 dok layan AF (yg sangat boring mlm tuh). Kanak2 sibuk bermain2 diluar rumah...ada jugak yg sibuk tulung mengipas BBQ... Yg paling den tension KAKAK asyik bergaduh dgn anak sulung kawan mem dari JB (Nadia)...berebut basikal ler...berebut 'selipar tinggi' laaa...which end up masing2 menangis...repas reda sekejap, gaduh balik...KAKAK pulak jenis tak pandai nak kongi barang2 mainan dia...As usual almost all sea food berjaya dihabiskan..ayam banyak balance...




Mlm tuh mem & kawan2 p'puannya tido dibilik utama yg berair-cond itew while bapak2 tido diruang tamu. Sorang kawan mem nak sangat overnight tapi tak berjaya pujuk husbandnya sbb alasan rumah eh dekat (TTJ -Senawang). Yg p'puan dah berkumpul - borak2, mengumpat2 samapi kul 2,3 pagi... yg bapak2 kul 1pm dah terlelap keletihan mengipas BBQ...



The next morning acara sarapan - BBQ, nasi & mee goreng yg lebih dipanaskan. Itu pun depa dok tambah beli roti canai lagik. Lepas sarapan while den sibuk mengemas hasil2 kekecahan BBQ, mem beriap2 packing utk next agenda & iron baju utk gi kenduri kahwin. Bersiap2 akhirnya 1:30tghari baru bertolak utk ke kenduri di Beranang....maka berkonvoi 5 biji kereta. Bertolak pulang dari Beranang alsomst 4:30pm..masing2 bawa haluan masing2...yg balik Puchong, balik TTJ, balik JB, balik Sg. Besi...den pulak bertolak ke destinasi seterusnya GENTING HIGHLAND... to be continue...

Tuesday, March 13, 2007

YG SERONOT & TAK SERONOT BALIK KAMPUNG
=====================================

Kalau ikut expiry date, dah basi pun N3 nie...tapi since lum ada cite lain yg GAMAT nak dilaporkan, den selit cite semasa balik ke kampung den di Felda Ulu Terbau, Ulu Tiram, Johor semsa cuti CNY yang lepas. Pulang pun dikuatkan dek majlis sambut menantu belah nenek den utk pakcik den (adik ayah) yg bongsu.


Yg Seronot
~~~~~~~~~

> Balik JB setakat nie highway tak pernah JAM..baik cuti raya apa sekali pun. Kalau highway ke Utara jgn buat hal... Sampai nak beli kacang rebus kat R&R pun kena beratur...

> Cousin2 remaja yg awek2 nie memasing dgn digital camera memasing...fuhh...macam2 posing depa gayakan bersama2...gambar kaki2 ler...gambar dari belakang duk sebaris ler..tergelak dok tgk stail posing2 yg creative lagi pelik2 tuh.

> Berkumpul dgn pakcik2, makcik2, sepupu2 & anak sedara yg mmg KECOH & happening. Out of 13 anak2 nenek, 1 jerk yg tak balik…raya pun tak dapat kumpul cam nie sbb memasing ada turn memasing

> Kerjasama sepasukan antara semua pangkat mmg sangat den banggakan. Semua ringan tulang & buleh buat kerja tanpa disuruh sebelum kenduri berlangsung - packed 'berkat', arrangement; semasa kenduri, angkat lauk-pauk, pinggan2 kotor, cuci pinggan mangkuk & selepas kenduri; basuh periuk (biarpun patut dera pengantin), bekas2 makanan, etc.

> Time bukak hadiah…musti 2 of my unlce & seorang dua cousin akan jadi MC ler…buat acara bukak hadiah nie mmg gamat sampai kul 1 pagi… Lepas bukak hadiah both pengantin & tuan rumah (nenek ler) diberi peluang buat ucapan - mostly ucapan terima kasih diatas kerjasama semasa kenduri.

> The day lepas kenduri tetiba cousins & pakcik2 buat ad-hoc discussion…since mlm tuh takde aktiviti depa pakat collect duit dari cousins2 & pakcik2 buat acara sort of mini family days. Anak2 saudara dari yg sekolah menengah sehingga yg tadika dibahagi kepada 4 kumpulan - siap ketua kumpulan & siap 'war cry' bagai. Acara2 dipertandingkan mlm tuh adalah 'charade' (bahasa isyarat) &teka barang. Group yg menang diberikan cash yg kami collect tadi.. Mmg HAVOC sampai kul 1.30pagi.

> Salah seorang pakcik den mmg bukak warung depan rumah nenek den. Kebetulan masa kenduri tuh mmg dia tutup warung Cuma last day before kami berangkat pulang warung dibuka. Nasi lemak & roti canai pakcik den nie quite glamour, kalau lepas kul 10am mmg GONE. So sempat order utk sarapan ramai2 sebelum masing2 berangkat pulang pada pagi Selasa.

> 1st time seumur hidup dewasa den tgk nenek bagi duit pada anak2 & cucu2 dewasa sebelum masing2 pulang ke negeri memasing. Nenek bagi seorang RM50 buat duit minyak katanya…yg kanak2 nenek tetap bagi RM10 seorang. Dah terbalik pulak…selalu anak2 & cucu2 yg dewasa yg bagi duit kat nenek setiap kali nak balik... Biarpun kami menolak...nenek berkeras jugak bagi. Maybe sbb this might be the last kenduri kahwin dirumah beliau...since yg kahwin kali ni adalah pakcik bongsu den.

Tak seronot
~~~~~~~~~

> Halaman rumah nenek muat ler kete dlm 5,6 bijik…dah reramai balik, kete memasing lak tak kesian..yg lelain tumpang parking kat rumah sebelah or dibahu2 jalan

> Dah ramai2 balik tuh…port tempat tido tak menentu….kana booking awal2 serta alas tido & bantal…. Biarpun nenek mmg ada stok bantal & tilam..sometime tak cukup jugak. Itu ler pasal of of 3 mlm, 1 mlm jerk tido rumah nenek.

> Biarpun banyak channel…Indon, S'pore…rumah nenek takde ASTRO…hu..hu..hu… kalau nak layan ASTRO kena balik rumah my mom.

> Tempat wajib pergi bila balik kampung was Yong Tau Foo Kg Melayu Majidee…biarpun balik masa raya puasa..siap tanya sedara mara bila mereka start meniaga selepas raya…gian dgn YTF punya pasal… But this time bila pekena….rasa YTF yg den dah bertahun2 pekena dah lain...dah tak sedap cam dulu...HU..HU..HU...hampanya.....

> Den takdo digital camera nak tepek gambar2 happening kek kampung den tuh hah...hu..hu..hu..

> Tahun nie turn rayo kek Rombau...tak dapek kumpul reramai cam ni hah...WHHHHHHHHHUAAAAAAAA

Tuesday, March 06, 2007

DOA SEORANG KAKAK
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Last Monday…selepas keje ingatkan nak tunaikan hutang pada KAKAK. Weekend sebelumnya both days janji dgn dia nak ke taman permainan utk KAKAK cuba, try , test basikal barunya (advance 3 tahun punya hadiah b'day). Tapi tiap kali sampai masa nak keluar, KAKAK pulak lelap biarpun sejak tengahari dok paksa dia tido supaya ptg buleh bermain ditaman.


So on Monday ptg…hujan ler pulak…terbantut lagi hajat walhal basikal dah diangkat kedalam bonet kete since Saturday. So gi ler satu family minum petang di Satay Hj Samuri di dataran Senawang. Baik jer habis makan KAKAK pun menunaikan 'hajat besar' mujur mmg pakai pampers tiap kali balik dari rumah babysitter. Sebelum balik kerumah singah 2 tempat tuk beli2 barang. Dan about nak sampai kerumah tetiba KAKAK menadah tangan den berdoa...

"Ya Allah... Ya Tuhan…."

wah den & mem saling berpandangan..impressed KAKAK dah besar & pandai berdoa…Musti hari2 dok layan telenovela Indon kat rumah babysitter pun ada membantu. Pas tuh KAKAK sambung..

" Syira BERAK…AMIN…"

puas den & mem tergelak… cam tuh pulak bunyi doanya….
Sesampai dirumah ketika keta dah park dlm porch…KAKAK sekali lagi menadah tangan utk berdoa…teruja jugak nak dengar apa doa KAKAK kali ni..

" Ya Allah.... Ya Tuhan..Syira Nak Cebok…Amin.."

he..he..he… alahai anak sulungku…

Saturday, March 03, 2007

BANYAK SANGAT 'UNDANG-UNDANG'....
-------------------------------------------------

> Lecehnya mereka2 ini….maklum ler…mereka nie penegak undang2….maka syaratnya pun ketat sampai signage size, font on the signage, colour in signage pun telah ditetapkan…tak buleh buat ikut suka hati mak bapak ajer. Nak IKLANkan perkhidmatan pun tak buleh…..ingatkan nak promote ler kat BLOG den nie hah..siap dengan gambar2 belaka… Since peraturan2 MEREKA tidak membenarkan so here it is.

> Mem den dah jadi lawyer kek S'ban nie since 2000..udah beberapa kali gak tukar2 firm…

i. Firm India…mem diberhentikan semata bila dimasukkan ke IJN utk pembedahan membuang ketumbuhan di jantung. Kuasa tuhan, the firm owner kemudiannya menghadapi sakit buah pinggang. Bila jumpa mem skg dia ckp kat mem 'now I know what you have been going thru'

ii. 2 firm melayu..salah satunya derpaksa ditutup sbb salah guna duit client

iii. Firm cina…1st firm tuh okey sempat juga joint opis trip ke Thailand. Blah bila dapat offer gaji better difirm melayu

iv. Firm melayu…memula ok bila dapat boss melayu.. Sempat juga opis trip ke Hong Kong. Bila boss melayu tuh resign, mem yg kira 2nd women disana udahlah tak dipromote jadi boss, lantik pulak boss baru (Cina) yg mmg dah lama tak practice & dilantik semata2 sbb KRONI. Boss baru nie terus menghuru-harakan firm dgn perangai bodoh sombong beliau. Disebabkan fed-up...berbekalkan pengalaman dibeberapa buah firm, mem berazam nak buka law firm sendiri.

> Makanya awal Febuary mem dah resign. Seteah survey dapat satu bilik office yg quite murah…tapi keadaannya agak kureng indah. So kami mula project mengindahkan office dgn mengecat almost keseluruhan office, pasang carpet, air cond & blind. Ada one of my cousin yg intersted nak invest dlm firm nie...cuma bila balik CNY bincang dgn beliau...beliau skg tgh bzzz dgn project with Dato K & Pak Lah (project kecik2 jerk).

> Dgn perbincangan dengan kawan2 X-UIA mem…mem akan ber'partner' dengan kawan beliau yg telah establish firm sendiri di Puchong. Seorg lagi kawan mem dulunya pernah practice tapi dia stop bila concentrate buat Amway. Berminat utk turut serta apabila while doing the Amway she still banyak masa terluang & banyak clien dia skg buleh jadi potential clien utk the law firm. Maka terciptalah satu partnership law firm yg berpejabat di Seremban & Puchong.

> Dan dipendekkan story…sekiranya anda2 perlukan khidmat peguam untuk sebarang urusan..di kawasan S'ban & Lembah Klang, buleh ler contact my wife's office ditalian 06-6327855. Nak tepek name card pun tak buleh..so ni ajerlah yg den buleh tolong promote utk mem den yg tersayang…he..he..he.. Wassalam