Tanpamu Ku Sepi

Saturday, February 24, 2007

SEKADAR MENJAWAB TAG2
======================

Udah nak kira menjadi OTAI segan lak tak menjawab TAG nie...kira cam tak sporting ler... Lepas MUHASABAH mencari 6 kelainan diri (chewah..) rupanya idok ler WEIRD sangat den nie... ada yg mintak 6 siab bagi 7 lagi...he..he.he..(jgn maraa aaaa....)

1. Very the mooddy person - kerajinan ku mmg ikut MOOD baik kerja mahupun dirumah. Kalau MOOD baik mari mengalahkan BIBIK yg baru dapat bonus mengemas rumah - vacuum, mop lantai, basuh pinggan - you name it. Tapi kalau MOOD tak baik…benda sepah depan mata pun buat dek jer...

2. Biarpun penyadang Suami Contoh peringkat Senawang 2006 den sangat tak suka iron baju & basuh pinggan…biar pun masa MOOD tgh baik seperti diatas.

3. Den tak makan ikan sungai, jering, kerdas or makan2an yg rupa asalnya pelik2 - ikan pari pun baru jerk belajar makan (sbb takde rupa ikan)..he..he..he..

4. Kalau takde idea nak makan apa…kat mana2 gak makan diluar menu den tatap - nasi putih, padprik campur, telur dadar, sup kosong & tehh O ais.

5.Tak reti den nak tido pakai kain pelikat…kot2 mengigau ker hapa…den kemano..kain pelikat tah kemano..tak ker sensored tuh..he..he.he..

6. Masuk minggu nie dah 4 kali den mimpi balik ke kampung halaman den di UK(Sheffield)….rindu bebenor agaknyer….hu..hu..hu..

Dan kepada 6 org rakan2 blogger yg lum pernah kena TAG...berbahagialah dikau sbb den decide tak nak mengTAG korang. Baik kan den??? he..he..he..

Wednesday, February 21, 2007

DGN BANGGANYA KU PERSEMBAHKAN...SI BEDAH!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Since the last N3..ramai pulak yg nak berkenalan dgn Mak Bedah….mungkinkah ini yg dinamakan CINTA..he.he.he..

Nie lah sejarah Korean2 boss yg pernah berkuasa diatas jabatan HR dimana jabatan den merupakan salah satu jabatan dibawah HR..

BEDAH duduk dikerusi, 2 dari kiri (pakai spek)


i. Mr. JK Jang - nama samaran KERANDA
Yang nie yang paling garang. He was new when I also new in SCM…. he was a very good football player. Biarpun garang bila kita ada kesilapan tapi dari segi kerja mmg bagus and professional. Nicame dia diperolehi sbb President Samsung Corning mati semasa melawat M'sia ketika dia jadi boss HR & dia ler yg dok uruskan KERANDA the late President.

ii. Mr. KI Suh - nick PANJANG
Nickname begitu sbb mmg dia pun TINGGI. Yg nie kadang2 suka 'belasah' orang tak tentu pasal & suka buat decision2 yang BODOH. Sometime panggil jugak dia si BODOH..he.he..he..

iii. Mr. JH Lee - nick MAK BEDAH
Rasanya reputasi beliau udah banyak diceritakan disini.


Every time boss2 Korean den nie balik mmg semua gumbira sbb TERLEPAS seksaan… Tapi tak sangka pulak tiap kali mereka balik replacement mereka lagi HAMPEH dari yang balik…. BEDAH nie lagi kritikal sebabnya:


i. Patutnya pangkat dia ADVISOR (penasihat) manakal boss2 Korean sebelum dia pangkat CONTROLLER which is mmg pangkat lebih tinggi dari LOCAL boss. Pangkat ADVISOR nie sepatutnya hanya advise the local boss for any new proposed things dlm company. Ini dah terbalik....local boss pulak jadi ADVISOR pada mereka.


ii. Nampak sangat dia nie PENTINGkan kaum2 sebangsa mereka while org2 kita nie tak dipedulikan - org2 bangsa dia kalau buleh semua kemudahan nak dibagi tapi org2 kita disekat2.


iii. Wah suruh kita jimat kos laa…..bila pada dia or kaum2 dia BOROS tak kesian. Bayangkan ada sekali claims dia kononnya entertain visitor cukup utk kami buat Annual Dinner company!

Tuesday, February 13, 2007

AL-KISAHNYA PASAL SEBUAH AWARD...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Okey…meh kita cerita sikit pasal AWARD seperti yg den mention N3 sebelum nie. Time den nak cito sibuk ler BLOGGER HINGUSAN sorang tu nak cite. Den nak cite sbb citenya agak menarik serta menyayat hati disini…hu..hu..hu..hu…


Award nie sebenarnya utk OSH bermaksud sistem Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan. Since my previous MD (yg baru saja kena tukar) baru joint early 2006 & SCM dah banyak rangkul award dgn MD2 sebelumnya maka MD nie tadi beriya2 nakkan AWARD nie as his achievement laa...kira buleh masuk CV dia ler. This award terbahagi kepada 2 stages - 1st the participating company akan buat presentation berkenaan sistem OSH syarikat masing2 kepada panel judges with were JKKP office from all over M'sia.




Dah 2,3 kali sebenarnya SCM masuk award nie tapi sebelum nie Cuma lepas 1st stage jerk sbbnya the award tak dibahagi2kan kepada katergori2 means all the companies tak kira what ever industries will compete in the same categories. Mmg takde harapan laa nak menang sbb hakikatnya sistem SAFETY terbaik will be under petrolchemical industries....as they mmg compulsory to obey tight SAFETY requirement and if not...padahnya buleh libatkan the whole factory for example...kalau sorang jerk hisap rokok ditempat2 yg tak sepatutnya..idok ker terbakar satu plant tuh! So for last year since my boss pun have quite a good rapo dgn penganjur ckp ler tak fair kalau this award tak dibahagikan kepada kategories...mmg takkan ada peluang company lain nak menang (termasuk laa KA skali yek Che Dinz). And alhamdulillah cadangan my boss diterima pakai gak utk award last year.


So bila 1st time dapat masuk 2nd stage where the JKKP officer kena buat field audit di kilang…kami pun exited. Nak2 yg datang pulak not that experience auditors…kami dah berpengalaman melayan very experienced & tough auditor merasakan agak cerah peluang nak dpt this award. So bila dapat surat rasmi end of last year kami akan terima this award early 2007 semua dah TERUJA. SCM Management yg teruja nak recieved the award decide utk amik 2 table for the award nite. Proposal pada mulanya yg akan pergi adalah MD + other director & termasuk BEDAH, department den yg mmg terlibat secara langsung & semua Safety Incharger setiap jabatan yg support. MD & the Koreans bakal duk satu meja which is meja VIP yg lebih dekat dgn meja Pak Lah & infornt of the stage regenya RM10K semeja & kami2 akan duk meja biasa RM5K semeja.


Tapi kalau dah nama BEDAH tuh…kalau tak buat hal…tak sakitkan hati orang mmg tak sah. BEDAH suruh jemput President of Samsung Complex, lepas tuh GM2 Korean dari Samsung2 bersebelahan utk penuhkan meja VIP. Nak tahu apa jadi to the other meja? Dia suruh my bosses ajak semua local2 HR boss dari Samsung2 bersebelahan. Perlu diingatkan even tho kami nie Samsung sebelah menyebelah tapi pengurusan adalah berasingan...Apatah lagi the award langsung takde kena mengena dgn the other Samsung. So bila dah jemput org2 yg tak sepatutnya...pada jadi pada den & opismate yg bagai nak pengsan kena audit ??? TAK PAYAH LER NAK GI SBB MEJA DAH PENUH!!!


Den & my officemate yg bertungkus lumus fir the award sgt laa keciwa bila tahu kami nie digugurkan dari pergi mlm anugerah tuh. Den pulak dah siap beli baju sbb biasalah kalau PM bagi award sure tema BATIK. Den pulak tak baju BATIK...nasibbaik beli yg murah jerk...Bukan sibuk nak gi makan di hotel…or sibuk nak gi jumpa Pak Lah…tapi the audit adalah untuk sistem OSH…yg tanggungjawab utk maintain the sistem adalah my depatment & especially den sebagai OSH engineer SCM. Mlm anugerah nie kira sebagai pernghargaan atas usaha2 kerja den sebagai OSH engineer kat SCM. Den & opismate nan kecewa siap balas e-mail my bos bil keluar invitation list. Tanyakan kenapa org2 yg langsung takde kena mengena dgn the award yg pergi & bukannya kami... dlm minda kami dah tau pun jawapan sebenarnya...ialah angkara si BEDAH!!!


My bos janjikan separate appriciation lunch & some incentive for us & Safety Incharger jabatan & pihak pengurusan bercadang utk beri some souvenir kepada semua warga SCM diatas kejayaan ini…tapi….HATI INI TELAH DILUKAI…



p/s : gambar 1 - Piala AWARD yg dibangga2kan
gambar 2 - my new MD amik award sbb previous MD tak sempat nak amik dah kena tukau


gambar 3 President Samsung Complex


gambar 4 - half or more dlm gambar nie tak BERHAK berada disini

Thursday, February 08, 2007

LAIN YG DIHARAPKAN, LAIN PULOK YG TERJADI...
=====================================

Yg diharapkan si BEDAH dihantar balik Korea….diatas 'JASA-JASA'nya memporak-perandakan rakyat2 jelata SCM. Tapi lain yg diharapkan, lain pula yg berlaku. SCM mendapat MD yang baru. Bermakna current MD mencatatkan sejarah sebagai MD paling sigkat bertugas di SCM which was exectly 1 year. Yang lain2 pun paling sekejap 3 tahun & mostly MD dari SCM bila berpindah akan dinaikkan pangkat.




Berbagai2 spekulasi bila den berborak2 dengan budak2 kat production line sbb2 SCM bertukar MD dlm masa nan singkat…antara desas-desusnya:
i. Disebabkan kejadian power interuption yg berlaku pada mlm tahun baru sehingga mengakibatkan company lost at least RM1.7 million
ii. Disebabkan issue BONUS tempohari dimana budak2 tak puas hati
iii. Disebabkan kononnya MD nie agak BOROS spend duit company utk upgrade the facilities even dlm situasi jualan yg lembab
iv. Disebabkan joint venture of Samsung Corning induk dgn sebuah syarikat Samsung lain maka rombakkan besar2an berlaku
Reasons sebenarnya hanya mereka2 & tuhan yg tahu. Maybe due to all of them..wallahualam.

As for me this MD is quite OK….maybe not the BEST ever serve us. Tapi sbb den nie jabatan Safety…MD nie dia agak ambil berat pasal Safety. Most MD sibuk dgn productivity…safety diabaikan..and without support from the BOSS it self..susah jabatan den nak enforce safety nie... Paling kesian was kilang den dah banyak kali menang award either dlm M'sia or luar... Thus this MD last year pun want some award under his managing period kat sini. So 2006 kami menyertai National Safety Award buat sekian kalinya dan harap2 kali ni dpt ler menang lantas menjadi 1st award yg the MD pernah raih semasa di SCM. And with good preparation & support dari semua termasuk top management SCM berjaya menang award ni. Cuma terkilan sbbnya the award disampaikan mlm 6th Feb 2007 oleh Pak Lah tapi MD lain (baru) telah pun mengantikan MD yg sepatutnya receive the award.

Ramai kawan2 berkata MD nie ok sebenarnya…banyak dia upgrade kemudahan2 utk keselesaan members…Cuma dia agak kurang pengalaman sehinggakan org2 dibawahnya especially BEDAH dok membazirkan duit company dgn sewenang2nya…And as usual…upacara welcoming new MD & farewell to the departing MD dilangsungkan secara ringkas tapi MENYENTUH KELABU memasing..hu..hu..hu..




p/s : Katanya mlm nie akan keluo berita pasal the AWARD presentation. Pasal this AWARD nanti den buat N3 lain sbb ada CERITERA nya tersendiri.