Tanpamu Ku Sepi

Tuesday, January 30, 2007

S'WAK EPISODE IV (FINAL CHAPTER) : RETURN OF TERUBUK MASIN
-----------------------------------------------------------------------------------

5:50pm sampai hotel…cam biasa melepak2 sambil meluruskan pinggang…layan badminton M'sian Open. One of the father bawak anaknya gi mandi swimming pool. Lepas magrib ada jemputan dinner dari adik angkat one of mem's friend…area Kuching gak...2 kete tuan rumah dtg jemput kami cam VVIP pulok..he.he.he..Bagai2 lauk S'wak dihidangkan termasuk UMAI, TERUBUK MASIN & PUCUK MIDEN. he..he.he...jimat duit transport & duit makan mlm tuh..Kebetulan pulak malam tuh AJL....TV pulak tak diletakkan diarea dinning/living... dari meja makan cuma dapat dengar 'sipi-sipi' jerk. Family yg lain tak heran sangat pasal AJL, pasal dunia hiburan nie...cuma den & mem yg kecoh....kejap2 gi tinjau TV. Lepas dinner dihidangkan pula air panas. sampai satu comercial break during AJL kami terpaksa minta diri awal & tergesa2 balik ke hotel & sampai just in time mem natk tgk LJLC..maklum ler mem peminat Mawi... Rasa bersalah jugak tinggalkan rumah tuh tergesa2..kawan mem & family adik angkat baru panas nak mulakan borak2.

Lepas AJL…layan2 borak lagi sehingga laa masing2 masuk bilik… Den stay layan EPL…Chealse dah kalah dgn Liverpool…harap2 pasukan idamanku MU kalau monang lawan Arsenal nie buleh gak jarakkan mata dgn Chealsea. Cis hampeh…last2 minit gol dari Arsenal menumpaskan MU 2-1. Masuk bilk rerupanya mem tak tido lagi...sedang dok packing2 bag utk balik ke tanah air the next day.

Final morning di bumi Kenyalang….b'fast dgn ration2 yang ada since b'fast complimentary dah guna semua utk 1st morning. Dapat juga roti buku dibeli oleh adik angkat kawan mem semalam…takde apa2 label pada packing roti tapi kedai yg menjual kata mmg kilang roti org Melayu. Den lepas makan ala kadar gi keluar hotel menapak cuba cari roti canai buat tambahan sarapan. Jalan punya jauh dlm hujan renyai2...jumpa jugak kedai mamak yg sebenarnya kalau ikut jalan lain mmg dekat dengan hotel tuh...den yg ikut jalan jauh.

Sedang tunggu roti canai siap tapau, adik angkat K.Sya call utk bagi barang2 yg K.Sya kirim..so den suruh dia dia bagi kat den dihotel. Balik dihotel, kemas2 & siap2 utk check-out...janji dgn abg van kul 10.30am. Terus pergi ke Pasar Basah Satok utk borong barang wajib - Terubuk Masin. Wah meriahnya gerai2 jual terubuk masin nie...macam2 size -4 RM10, 3 RM10, 2 RM10, RM8 sekor dll...den beli RM30 utk diagih2kan & utk geng2 yg kirim. Tapinya yg mahal were telur ikan terubuk..paling murah RM20 and buleh cecah RM100++ sbb abg van tuh ckp dalam 10 ekor, 2 ekor jer ikan terubuk nie bertelur...FAMILY PLANNING kot ..he.he.. Yup as usual ikan terubuk yg diborong dibungkus berkali2 & siap dikotakkan utk dibawa balik. Hebat sungguh gerai2 ikan terubuk disini...masing2 siap dgn bussiness cards...he.he..he.. Den beli dikedai yg dinamakan UITM..mem den siap tanya dul belajar kat UiTM ker? Padahal UITM tuh bermaksud - Ushawan Ikan Terubuk Masin...he..he..he..kan mem dah tersipu malu....

Plannya nak naik bot ronda2 Sg S'wak pagi tuh tapi apakan daya hujan menghalangnya. Niat nak beli gambir pun terlepas sbb tak gi Waterfront dek sbb hari hujan. To kill the time gi ler one of 7 muzium kat bandar Kuching tuh. Nothing special since den pun not a 'muzium' guy.Tapi buleh jumpa sepasang pelancung dari Korea kat situ..sibuk amik gambar dgn kami...especially gambar Syira. Den ckp ler den kerja kat Samsung tapi biasa laa...Korean nie BI mmg mostly failed..cam tak faham lak den ckp apa...den pulak LONDON punya BI..he.he.he. Lepas gi muzium gi lunch jap.... dan bincang dgn abg van berapa bayaran transport for the whole visit. At 1st dia mintak RM400..tawar2 dpt ler RM380..so kongsi 3 family. Then we headed to Kuching air port to end our journey to Kuching S'wak. Kat Kuching airport air mataku hampir tumpah...bukan sedih sbb nak tinggalkan bumi S'wak..tapi terdapat sebuat aqurium air masin yg SANGAT CUUNN kat situ... Waaa...brapa laa blanja kalau den nak buat & maintain such a beautiful salt water aquarium.... teringat kek aquarium ikan air masin den yg tak menjadi dulu...whhhuuuaaaaa...

Sesampai di LCCT…capai beg & BARANG ROMPAKKAN..then masing2 mengundur diri… Den pun minta maaf jika ada kekurangan sebagai Chief D Mission…maklum ler flight, hotel & transport semua den yg uruskan. Tunggu my BAKOB friend dtg jemput lepas abis keje 6.00pm...dia sampai almost 7.00pm..lebih 1.30jam duk lepak kat LCCT yg meragut duit kami itew..hu..hu..hu...The next day mem dpt sms dari one of her friend yg bersama2 gi S'wak tuh bunyinya lebih kurang..

"thanks you to GABAN for being such a great Chief D' Mission..dalam suka ada duka'..he.he.he…

THE END.

p/s : Mem mmg rahsiakan kisah DERMA TAK IKHLAS kepada Tony Frenandez tuh…takut kena kutuk…hu..hu..hu.. So cite nie exclusive utk rakan2 bloogers ONLY…

p/s : Dah bagi2...ruerupanya tak cukup ikan terubuk masin tuh nak bebagi kek orang..maklum ler org ramai kawan..he.he..he..

p/s :Gegambar lain den sumbek kek dlm album ler..cam biasa...

Saturday, January 27, 2007

S'WAK EPISODE III - BATTLE OF THE SERIKIN..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Perjalanan ke SERIKIN selama 1jam 20min….anak2 semua 'recharge battery'..tido…mak bapak dok borak2 kisah2 terkini mahupun nostalgia..kisah2 mem & rakan2 semasa menuntut di UIA dahulu. Sesampai di SERIKIN hampir pukul 12:00tgh…memasing tak sabar2 nak turun van...tak sabar nak sopping satu hal...tak sabar2 nak cari toilet jugak sbb lebih sejam tak pergi 'menunaikan hajat'. Dah selesai 'hajat' memasing..upacara menjahanamkan poket & wallet dimulakan.

Dengan minda yg berhati2 utk spend money sbb budget dah lari dek Tony Fernandez….mem membuka upacara sopping dengan membeli sepasang telekung RM40..murah katanya. Lepas tuh beli ikan masin 'keropok' (yg ikan kecik2 & garing cam keropok tuh), belikan baju ala2 batik kanak2 utk Syira 2 pasang, beli t-shirt den 2 pasang, kain pelikat utk my FIL & batik utk MIL. Den nak beli jeans 'branded' (tapi underwater) like BMW or Hugo Boss tapi takde size le pulak (pinggang ramping sangat ler tuh..he.he.he) kain mmg sedap RM55.


Org kata ramai yg datang sini beli langsir…mostly kat sini jual langsir yg netting (day curtain kata Eric Leong tuh) tapi den tak berani nak beli sbb takut tak cukup panjang since our curtin dirumah digantung hampir ke syiling (ikut stail terkini & panduan Casa Impian). And yes barang yg dicari2 disini...tikar S'wak. Kami beli yg 2nd largest size RM120 & RM2 utk pacing cun2 dgn guni + siap pemegang skali..he.he...he.. The largest dlm RM160...yg mana tikar2 ni sampai town Kuching buleh cecah RM200++ & sampai S'jung dlm RM300++. Mem kata kalau ada duit lebih mau jer beli 2,3 helai lagi. Kalu tak diDERMAkan kat Tony F tuh...mau buleh beli 4,5 keping lagi tikar...buleh gak buat meniaga..he.he.he..

Van yg pada mulanya hanya membawa penunpang dipenuhi dgn 3 keping tikar & berbagai2 barang2an sopping kami. Heading back to Kuching for Lunch and it was almost 2.00pm & perut masing2 dah ber'hip hop'. Lepas lunch abg van ckp nak bawak kami ke kilang/kedai pasu S'wak. Memasing memulanya tak nak gi...almaklum ler budget dah lari...kami suruh abg van bawak kami jenjalan kat Waterfront. Hampir2 tiba dipinggir bandar hujan selebat2nya pun turun. Since cuaca tak menizinkan kami jenjalan di Waterfront & kebetulan dah lalu di tempat pasu tuh tadi, maka kami pun singgah ler.

Kekonon takde budget nak beli pasu konon…akhirnya memasing bawak satu kotak pasu. Paling sikit our friend beli sebiji pasu tapi sederhana besar RM35. Den beli yg kecik2 jerk…beli banyak2 utk souvenir kenkawan opis & BAKOB (so Che Dinz sori no key chain this time..aku belikan mini-pasu tuk ko) 5 bijk RM10. Den beli RM30 yg kecik tuh & sepasang yg rege RM5 sebijik utk diri sendiri. Bestnya beli barang2 S'wak...mmg depa akan siap2kan packing. Dgn kotaknya, binding tape siap buat tempat pemegang, padded dgn kertas2 surat khabar & siap dgn sticker FRAGILE. Bersebelahan kedai pasu ni pulak kedai kraftangan2 lain S'wak so kami pun beli ler pua kumbu utk hiasan dinding...

Lepas cuaca dah okey baru kami ke Waterfront..jenjalan…posing2..gi bazzar beli gelang tangan S'wak. Tanya2 pasal sewa bot…ada yg RM30 buleh bawak semua utk 1 jam ronda2 Sg S'wak…so kami plan nak naik esok hari..sebelum berangkat pulang. Tinjau2 gak gambir sbb ada kenkawan yg kirim .. (ceh tak mengaku konon) tapi den pun ingat akan beli keesokkan hari jugak.. Sebelum pulang ke hotel kami dok cari roti buku dikedai2 runcit disekitar Waterfront. Mmg roti Gardenia or Hi-5 jgn harap nak jumpa kat sini...cari punya cari semua roti were dari bakery cina...takde pulak cop HALAL...maka tak berani nak beli.

Thursday, January 25, 2007

S'WAK EPISODE II : THE 'KEK LAPIS SWAK' STRIKE BACK
--------------------------------------------------------------

Jgn terkejut lak SURMARNI tetiba rajin bertugas...belum sampai due date seminggu lagi..Tapi memandangkan kisah CCM di S'wak nie banyak bebenor episode nie cam cite STARWARS so kena diupdatekan sementara masih PANAS...

Mlm tuh janji dgn van tuk bawak gi dinner. K.Sya cadangkan satu tempat called My Village. Lepas magrib semua bersiap2 & perjalanan takes around 20 minit. Sebelum sampai ke destinasi, abg driver bawak singgah satu rumah dimana perusahaan kek lapis Sarawak dilakukan. Since perut memasing dah lapar, kami pulun sample kek lapis dulu...he..he.he....





Satu kek RM5 & beli 10 dapat free 1. Bila dikumpul2 all 3 family dapat ler 10 bijik kek tuh….free 1 bijik utk dikekah dihotel. My Village & rumah kek lapis tuh tak sampai pun 1km…. My Village nie lokasinya mmg syiok..betul2 tepi sungai Sarawak...the restoran pun ala2 Hawaiian...(pernah masuk JJCM kalau hangpa perasan) tapi maybe it was on Saturday nite…ramai sungguh umat. Luckily abg van yg dah biasa bawak pelancung dah BOOK sesiap table kami. Maybe sbb tak tahu apa makanan yg special disini & maybe memasing dah kebulur sesangat kami order jerk makanan2 yg biasa2 jerk…. Ditambah pulak dgn org yg ramai gilos….my friends semua dah menyinga bila lepas 1/2 jam makanan tak sampai2. Ada satu order tuh langsung tak dapat sampai nak balik....my friend tuh merajuk sampai tak nak follow-up & makan jerk mee goreng yg dia order tuk anak2 dia... Memasing udah bad mood…nak jalan2 di tepi Sg Sarawak sambil menikmati permandangan malam pun TERBANTUT…lebih2 lagi rintik2 hujan mula turun.


On the way balik sempat jugak round bandar Kuching...lalu dpn pasar basah yg bukak 24 jam (maybe hari minggu jer kalau tak salah bukak 24 jam) Beli ration mana2 lagi yg tak cukup & beli langsat indon?? Sekilo RM1.50 jerk...manis lak tuh. Balik ke bilik borak2 sampai masa untuk beradu.

Next morning b'fast dgn complimentary voucher hotel. Tak banyak sangat pilihan tapi dah free tuh balun jer ler. Syira pulak slalu bangun lewat kali nie before 8:00am dah dimandikan sbb dah janji dgn abg van program 2nd day start 8:30am. Kenkadang tuh anta kat babysitter pun Syira masih lelap lagi. Destinasi pagi nie - Pasar Minggu SATOK & then ke SERIKIN.

Hujan renyai2 semasa tiba di Pasar Minggu Satok. Disini banyak jugak jual barang2 kraftangan S'wak, alas2 meja, kain batik/pelikat, t-shirt S'wak dsb. Tapi abg driver cakap di SERIKIN pun ada barang tuh semua & lebih murah maka tidak ler kami beli apa2 kat Pasar Minggu Satok nie...

Wednesday, January 24, 2007

S'WAK EPISODE I : MASIH PUN DI SEMENANJUNG...UDAH DIUJI..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Wah..masing2 TERUJA nak gi Kuching for the 1st time.. Den by 11.30am dah ada kat LCCT. Maka tgk flight info kat info board tuh..gate P38..status belum ada laie. So kami dok tunggu..punya tunggu…siap amik gambar..borak2..minum2… Den pulak tak pakai jam (tak jumpo lak mano den letak jam tangan den)..tak sedar masa berlalu & almost 12:20pm. Info board still no status for our flight while flight 5 minute earlier (satu baris diatas infor flight kami) ada yo status - boarding, gate open, etc. So we tought maybe our flight delay since flight delay all the time.

Lama sgt tunggu kami pakat nak duk betul2 tunggu depan gate P38 tuh tadi. Tetiba dengar announcement of our flight…kat counter lain P9 katanya…tgk gate P38 takde apa2 info atau aktiviti (gate ditutup). Bila tanya kat awek Air Aisa kat gate P9 tuh dia kata:
"Flight tuh boarding dah close encik…Encik refer kat gate P20 tuh.."

Kami dengan bengang complaint kat mamat yg berada di gate P20 tuh… info takde, announcement takde…tetiba gate dah close. Bukan memasing tak pernah naik Air Asia or flight tak tahu kena boarding minimum 45 min be'4 flight....Mamat tuh pun cakap boarding dah close & tak buleh nak buat apa2 selain daripada we all have to purchase ANOTHER TICKET.

Bincang punya bincang…we all have no choice… since semua nak proceed to go terpaksa kami korbankan another RM735/family utk beli new ticket ke Kuching which was the same cost kami purchase ticket pergi balik ke Kuching ari tuh. Nak buat macamana…bukan rezeki kami... As for me kesalahan ni 60% was Air Asia punya kebengongan & 40% was from us tak gi tanya pasal bording...

After that..semuanya berjalan lancar. Transport dah book sepanjang kami disana atas recommendation dari K.Sya. Dijemput dari air port & hantar ke hotel…while my friends semua check-in…den sebagai Chief D' Mission bicang dgn driver tentang program kami di Kuching. Den yg suggest kami port di Merdeka Palace Hotel....sbbnya:
i. Dekat dgn town
ii. Ada apartment so all the family buleh duduk satu bumbung & hanged-out


Ratenya RM425.50 penight with 3 free breakfast (dgn discount gomen) makanya for 2 nights were RM851 (RM283 per family) with 6 breakfast which was ngam2 utk kami 10 orang (6 adult & 4 children). Nampaknya semua impressed dgn keadaan hotel yg mewah itew (4 stars) dgn rate yg kami bayar...more than berbaloi.

Thursday, January 18, 2007

MEOW...MEOW..MEOW..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Naper bunyi kucing MEOW..MEOW..MEOW makin lama makin kuat nie??? Oh….den nak gi Kuching ropernyer…. What is the big deal…orang lain dah berkali2 ke sana…den baru nak pergi for the 1st time…tuh yg excited tu kot.



3 family, 6 dewasa & 4 orang kanak2 akan berangkat ke Kuching dgn Air Asia dari LCCT tengahari Sabtu ini… Buleh dikatakan banjir di selatan tanahair … ada juga HIKMAH serba sedikit buat den sbbnya semasa den di Kuching, on the 20th & 21st itu jugak pakcik bongsu den akan berkahwin. Adik bongsu my father umurnya setahun tua dari den... So banjir punya pasal....ditunda perkahwinan itew.


Memandangkan den antara org2 yang terakhir dlm planet nie menjejakkan kaki ke Kuching…ramai juga yg berikan tips2 & kemana tempat2 nak ditujui diKuching.. Maklum ler.. semua 10 orang yang pergi kali ni pun nak pernah sampai Kuching…yg kami tahu Cuma patung Kucing yg besar tuh jerk..he.he.he.. Alhamdulillah...dah ada idea jugak sikit2 mana nak gi...


Mem minta den bawa family bercuti sempena bonus….memula plan nak ke Cameron…dah lama tak gi..lasttime gi den & mem baru memulakan persahabatan. Dah plan cencantik tetiba mem dah pakat dgn kawan2 ex-UIA dia nak gi S'wak...he.he.he.. masa tuh belum tahu lagi jumlah bonus yg den nak dapat sebegin @#$%^&*..tapi apakan daya tiket Air Asia dah pun dibayar....Anyhow semoga selamat pergi & kembali hendaknya… Insyallah laporan CCM akan dicatatkan nanti..

Thursday, January 11, 2007

2 B - Bukan Pensil Tapi BONUS & BEDAH
-------------------------------------------------

Tahun ni SCM punya BONUS….mmg menghancurkan hati2 ramai pekerja. Nak tahu angkara sapa…tak lain tak bukan angkara MAK BEDAH!!!

Tahun nie diatas kertas pemberian maximum bonus adalah 5 bulan…tapi jangan terkejut….mmg takde sorang pun yang dapat 5 bulan. Sbbnya bonus dikira dari:
i. Performance jabatan
ii. Performance individual

Paling mengecewakan adalah tahun nie ada yg berkemungkinan sesorang itu langsung tidak layak mendapat bonus - sekiranya both performance jabatan & individual HAMPEH. Tahun2 lepas how bad pun minumim bonus you'll get was 1 month kalau both performance HAMPEH. Ada operator yg biasa dapat bonus RM1 ~ 2K terkejut bila check ATM machine cuma masuk RM300 ~ RM400 jerk.

On the day HR manager announce the bonus distribution & rate…ramai boss2 lain call & datang berjumpa beliau. Boss2 tuh concern apa yg bakal berlaku kepada moral pekerja2. Ye lah…kerja banting tulang kejar target..yang dapat 2 ~ 4.6 month tuh brapa kerat sangat....yang the rest will only get below 2 months even 0.4 months which was never ever happened since I joint in 1997.

Tapi HR manager biarpun di 'bambu' kiri, kanan, atas, bawah…dah tak buleh buat apa2… BEDAH dah buat decicsion for it & that was final!!! Den punya tak payah tanya laa dapat berapa...mmg THE WORSE since I've worked here & not even half of last year. Mmg sangat2 kecewa lebih2 lagi mem nak mula 'business' sendiri dan harapkan my bonus utk support. Tapi den hanya tersenyum sbb terfikir sudah tuhan tentukan banyak tuh jerk REZEKI den tahun nie & den lebih concern apa response lain2 pekerjar yg kerja lebih berat (physically) di production line to achieve company tagret tapi balasannya mengecewakan.

Yes setiap tahun semakin TOUGH this industry..but yet company's still makin profit…and setakat nak bayar bonus RM0.5million tuh still can efford… Tak tahu ler apa masalah si BEDAH nie…nak sangat tunjuk kuasa dia agaknya. Risau jugak takut budak2 ie tunjuk perasaan bakar kilang ker..mengamuk ker..tapi rasanya mereka2 nie tatap SAYANG kat tempat cari makan mereka nie....Akhirnya…maybe sbb banyak2 members yang tak puas hati...mengutuk..etc..dalam company dapat saving few hundred thousand for the bonus distribution on the new year something happend.

The factory was BLACKED-OUT about 1/2 hour on the night of 1st Jan 2007..no electricity. Yup mmg ada stand-by genset etc. to back-up for the production line...tapi dengan MORAL pekerja yg merundum dek pembahagian BONUS yang HAMPEH tuh…turn out the company lost more than RM1millon...Maybe if the bonus not that bad...the lost won't be that much...para pekerja akan response dengan lebih pantas..KUASA TUHAN kan..

Harap2 jadilah HQ buat investigation & maybe nanti dapat tahu ler antara sbb2 SCM lost a lot from this incident….dan siapa puncanya….and maybe if we are lucky enough..BEDAH akan dihantar pulang ke Korea.

Thursday, January 04, 2007

Tarikh : 26hb & 27hb Disember
Tempat : Hotel Allson Klana Seremban
Artis : MC - AC Mizal, Rosma, Ikin, Akma & Yazer AF

Den pada mulanya dah proposed utk amik Idayu…ak-maklum ler peluang tuh tgk secara LIVE & maybe bersua muka dgn adindaku itu… Tapi entertainment company ckp Idayu not available (maybe sbb terlibat dgn tour Gegak Gelimang ASTRO kot).. Keciwa sungguh..hu..hu..hu..

Tema tahun nie was Floral & Hawaiian Nite…tuh yg den mengelupur cari baju sampai ke PD tuh. Sejak dapat Korean Boss baru (we now call him Mak/Cik Bedah) mmg huru-hara dibueknya. 1st time dia buek gilo suruh buat malam weekdays (mmg setiap tahun since 1997 buek weekend nights)

Kalau korang tertanya2 nape buat 2 malam sbbnya mmg the company is running 24hours a day 365 days a year so terpaksa buat 2 nights without any difference between the 2 nights termasuk hadiah..Cuma maybe jumlahnya berkurangan disebabkan 1st night melibatkan lebih ramai pekerja (termasuk yg kerja office-hours).
As the hadiah, artis, dewan segala mak nenek terpaksa diberi 2, Cuma mampu beri grand prize TV 32" Slimfit. Other prize termasuk set bedroom, TV 29" slimfit, set dinning, fridge, microwave, mesin basuh dan banyak lagi ler. Tahun nie TATAK ONG….dalam 1++ hadiah..satu pun tak sangkut. Bawalah pulang door-gift (semua yg datang pun dapat) sebiji payung 'magic' bila terkena air akan mengeluarkan corak2 bunga...

The event jalan mmg cantik on the 1st nite…even kami dibagi masa to end pada 10:30pm (sbb buat weekends punya pasal ler nie) AC jadi MC bersama sorang mamat dari entertainment company & mmg lawak combinasi mereka. At fist kami minta CMP (Cik Mat Poi) tapi miscommunication between AC & the entertainment comp, AC tak bawak prop utk CMP...tapi yet kai tatap terhibur dgn keletah AC. After Rosma & Ikin buat persembahan si Mak Bedah buat hal. Dia suruh kami buat cabutan bertuah Grand Prize (1st ~ 5th Prizes) sebelum sambung with AF artist performance...kononnya MD nak balik awal.

As we all suspected…habis saja GRAND LUCKY DRAW selesai….bebudak semua blah. Kami yg dah berabad2 jadi AJK dah jangka bebudak nie sure akan balik lepas GRAND LUCKY DRAW even the artis was Mariah Carey! MD pulak tak tahu menahu yg dia nak balik awal..HAMPEH PUNYA BEDAH! Yg kesian si Yazer & Akma nyanyi didepan dewan kosong. Tinggal 3,4 kerat bebudak (termasuk AJK) yg tinggal sbb nak amik gambar dgn artis. Yg paling hangin bila si Bedah siap tanya 'why they all go back?'

Lagi kekecohan si Bedah:
i. AJK sebelum nie mmg after the nights of AD akan dibenarkan masuk lewat around 10:00am…yelah..penatkan buat kerja. Kali nie NO…AJK pun masuk kerja sama cam orang lain waktu biasa 8:30am.
ii. Hotel selalunya bagi COMPLIMENTARY ROOM for maybe AJK yg nak menginap..maklum ler after settle 1st night, nak kena prepare utk 2nd night pulak. Si BEDAH nie sibuk tanya sapa AJK yg tido kat hotel. Dia tak kasi any AJK tido sana even dpt 2 bilik complimentary. Akhirnya dpt kelepasan satu bilik sbb mmg ada hadiah utk 2nd nite kena store disana. Lagi satu bilik den tido dgn mem tanpa pengetahuan si BEDAH.

2nd nite si BEDAH tak datang…fuhhh..syukur… 1st nite post mortem beberapa perkara dilakukan utk 2nd nite:
i. Time kena jaga betul2 sbb nak be pantual & GRAND PRIZE will be done at the end of the night paling lewat 10:30pm
ii. MC dari entertainment company digugurkan sbb we all rasa dia yg buat our 1st nite OVERRUN the time, maka MC 100% serah pada AC Mizal

Event rasanya okey jerk tapi sampai separuh jalan den dah terasa:
i. Letih sangat sbb letih terkumpul dari 1st nite + 2nd nite itu baru terasa
ii. Malam tuh rasanya kurang meriah dari 1st day…nampaknya keputusan menggugurkan MC dari pihak entertainment tuh salah sbb dgn that MC baru AC Mizal punya KEKECOHAN lagi HAVOC

Kalau 1st nite we all over run 20 minutes, 2nd nite pulak berlebih2 masa…10:20pm dah selesai semuanya…tinggal ler AJK yg keletihan & esok kena masuk keje 8:30am..hu..hu..hu..

p/s : Komen utk persembahan bebudak AF…nyanyian mereka semua GOOD Cuma dressing alahai..den yg jadi AJK nie lagi SEGAK…simple sangat dressing depa tuh….mantapkan ler imej sikit kan? 3,4,5 kali gagal upload gambar..kalau rajin tgk kat sini.. http://nbk466.fotopages.com