Tanpamu Ku Sepi

Monday, November 27, 2006

APA YG HABIS ? APA YG TAK BERAPA HABIS ??
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Den tak sihat ari nie…..demam ler pulak…. Tapi itu president MASK sudah SOUND ler pulak.

Since raya dah officially habis….apa agak2nya yang tak habis yek.

Kuih2 raya - alhamdulillah 90% habis….dengan bantuan 2 kali Open House yg dibuek.. Ado jak tuan rumah yg balun sambil2 layan ASTRO mahupun DVD...he..he.he..


Yg tinggal kerepek2 yg mmg takde bekas utk diletakkan. Kuih tart nenes nie mmg bukan tuh tetamu tetapi pemberian orang tuk tuan rumah…Cuma belum sempat nak balun laie…



Bunga api tuk anakanda langsung tak bersentuh…. 2 mlm sebelum raya gi meredah bazzar raya di pokan Tampin tuk belikan bunga api nie…. Tapi tetiap kali anak2 buah main…anakanda sure tido….. Makanya mmg tak luak bunga2 api yg den belikan…. Entah tahun bila nak main….entahkan dah masuk angin ker hapo tah…..

Thursday, November 16, 2006

GLAMERNYER SAMSUNGKU...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Memula ingatkan tak nak lah 'membanggakan diri' tapi dah terkantui dek Syikin (dlm komen N3 sebelum ini) maka inilah dia...



Minggu lepas Samsung Complex membuat satu Pertandingan Menentang Kebakaran (Fire Fighting Competition) pesertanya setiap team dari 4 buah Samsung di M'sia & 15 team jemputan where as depa nie merupakan main contractor/vendor yg bertugas di setiap Samsung.


SCM (my Samsung) & vendor kami (DMJ Precision) sempat jua berlatih 2,3 kali bagi persiapan sebelum pertandingan. My officemate (X-BOMBA) bertugas untuk melatih kedua2 pasukan ini serta menjadi Team Leader. Hadiahnya lumayan.. 1st prize 42" plasma TV - tapi bukan hadiah individual....hadiah utk syarikat pemenang.


On that day event dirancang sebelah petang...which den raso mmg mengundang masalah since mmg tak pernah fail hujan disebelah petang. MD dari semua Samsung & pasukan contractor/vendor yg bertanding hadir disamping tetamu terhormat dari jabatan BOMBA. As predicted mmg hujan petang tuh.... the event was kicked-off semasa hujan dah teduh...baru mula pertandingan hujan turun semula. Nak tak nak terpaksa teruskan didalam hujan.

2 acara - mengulung, memasang hose air & menjatuhkan target serta memadamkan api menggunakan fire extinguisher. Markah dikira dengan masa yg dicatat utk menjatuhkan target dengan hose air & memadamkan api dengan fire extinguisher. Juga beberapa markah deduction utk beberapa criteria yg dipantau oleh pegawai2 BOMBA yg dilantik menjadi juri.




Bila keputusan diumumkan team SCM menduduki tenpat ke-2 - memenangi TV 21" & 10 unit fire extinguisher. Juaranya adalah vendor DMJ tadi....lawak sungguh sbb vendor ni sebagai 'anak murid' yg menewaskan team 'mentor' yg melatih mereka. Tapi MD SCM sungguh gumbira dgn keputusan ini.... (maklum ler dedua yg menang dari SCM) setiap yg terlibat dgn team SCM diberi RM100 setiap seorang. Since SCM nie pembuat tiub TV makanya TV 21" dah tak heran & MD minta ianya didermakan kejabatan kebajikan.


P/S : Esok pulak RTM nak shoot tandas utk slot Tandas Terbaik yg bakal disiarkan pada Warta Perdana dapa 21hb Nov 2006 (minggu depan)http://tanpamukusepi.blogspot.com/2006/06/ada-org-dah-bosan-ler-cerita-satay.html

P/S 2 : Masa org sesibuk amik gambar den tak sabar2 serbu refreshment..lapor..ujan ler katakan..kalau tak ado gak gambar den dlm keratan akbar yg last tuh..padan muko den..he.he.he..

Friday, November 10, 2006

SAMBUTAN DEEPARAYA SCM 2006
=========================================

Dah lewat nie….AJK (jadi AJK lagik…isk..) suppost bersedia dgn pakaian baju raya selengkap yang buleh pukul 2:30pm. Ari nie tetiba rajin pulak DOSH (JKKP) datang buek spot check, periksa bahagian kojo den lak tuh (Industrial Hygiene) yang tak pernah2 dibuek bartahun2. Nasib baik semua record2 were in place & arahan2 dlm akta FMA & OSHA telah banyak dijalankan.

Jam 3:45pm MD diarak dari lobby dgn paluan rebana India.. Den masa tuh tgh kelam kabut tukau dressing… Kemudian acara2 didewan makan - ucapan DEEPARAYA oleh MD kemudian pemberian duit2 raya kepada rumah anak2 yatim for both Malay & Indian. Diikuti persembahan oleh group Indian & Malay. Selesai semua...barulah tugasku bermula...makan time..den decide tuk agih2kan satay.. Maklum ler satay nie most fav food..5 cucuk jerk seorang. Lain2 makanan seperti lemang, nasi ayam, capati, rendang, putu mayam serta muruku.


Punya ler kecoh serve org makan sampai diri sendiri pun tak sempat nak makan…last2 tuh sempat ler cuit lemang 3,4 bijik. Nasib baik satay tuh AJK dah spare 2 bungkus…dapat ler merasa 7,8 batang. Makanan lain yg tinggal nasik ayam…tak selera lak nak makan.

Mmg ini yearly event..samada sambut sekali dgn Deepavali or Tahun Baru Cina...hati ini tidak pernah gagal TERSENTUH melihat anak2 yatim itu...
















Komen gambar ikut turutan(kiri ke kanan kay) :
i. Pehhh..sempat posing dgn baju raya 3 tahun lepas...
ii. Penjaga keselamatan SATAY
iii. Tak banyak pun sedikit duit raya dikongsi utk meraka yg kurang bernasib
iv & v . Antara juadah yg disediakan

Friday, November 03, 2006

Ramai yg buek N3 cite raya 2,3 part cam cite LOTH & Star Wars..den pun nak buek lah.. Gambar hiasan dibawah adalah deco RAYA kek lobby opis den.

2nd Raya
=======
As usual start 2nd raya pakcik makcik di JB akan buat marathon rumah terbuka. Tak ketinggalan my mom…sbbnya as my mom dapat duit pencen/KWSP my dad berjaya menyakinkan my mom to gunakan some of the money to rennovate rumah mereka kat pekan Tiram tuh. Rumah yg harganya berbelas tahun yg lampau cuma RM45K..rennovate cost termasuk yg kali nie 2 kali ganda dari rege rumah.

My mom's house punya giliran was 2nd house of the day - kira high tea ler kiranya. Menu is laksa penang & kue tieaw sup. Nenek den slalunya 2nd raya dah start pose enam..tapi since last year dah kena sound ngan anak2 sbb 2nd raya selalunya ada rumah terbuka. Dah siap2 prepare, tinggalkan rumah utk gi rumah terbuka pertama of the day - rumah my uncle tuk makan tengahari. Around 4pm, rombongan sedara mara sampai ke rumah my mom after leaving rumah my uncle tadi. Since my house kat Senawang quite beyond reached utk sedara mara yg mostly kat Johor nie..maka den kira tumpang jadi tuan rumah ler dirumah my mom.

After magrib group terakhir tinggalkan rumah my mom…curi masa sikit tuh kemas2 ala kadar & luruskan pinggang. Kul 9pm lebih bertolak ke rumah my auntie kat Tmn Iskandar (pinggir bandar JB) for last open house of the day - dinner. From rumah my auntie nie 2 buah family (my adik & my auntie) terus balik kerumah memasing - both kat Seremban sbb esoknya dah start keje. Anak2 biasa laa...liat jer nak naik kete menginggalkan kampung halaman since dah kumpul ramai2...setahun sekali lak tuh... Sebelum depa balik...ada pesta bunga api & mercun... My cousin dari Kuala Kubu Baru ganaz2 mercun dia bawak... Udah ler kawasan kejiranan 70% Cina...hangin jer depa...yelah my cousin cerita masa raya Cina lagi takde kesian depa main mercun..sampai kena buat call polis sbb depa main sampai anak2 tak leh nak tido. Yg bestnya mana anjing2 yg dok menyalak2, lemparkan ajer mercun..ha.ha.ha..

3rd Raya
====== =
Well..today den dijadualkan berangkat pulang ke N9…beraya kat Rembau pulak. Ingatkan nak bangun awal berkumpul & breakfast kat rumah nenek udah terbangun lewat sbb terjag pagi & tido balik lepas subuh. So gi merayan pinggir JB dulu - plannya JJ Terbrau City, gi pekena yong tau foo sup Kg. Melayu Majidee, gi borong DVD pastu baru singgah rumah nenek sebelum pulang. Nenek bising sbb cucu kesayangan dia nie tak tido rumah dia since tak pernah miss every raya..yelah rumah mak dah selesa & dekat jer. Beli sikit2 pakaian mem & anakanda kat JJ, pastu gi pekena YTF....malangnya kedai yg bukak bukan kedai yg den selalu pekena...ok tapi tak sesedap kedai asal yg masih belum bukak.

Gi singah S'MART borong DVD - beli 10 free 2 (12 for RM60)…apek DVD offer cite GONG..den tak minat sbb tak suka kat Jehan miskin..tetiba bila dah balik tgk ada lak DVD Gong tuh tersesat..memula hangin gak tapi bila ada music video adindaku (Idayu -Paluan Rindumu) so tak jadi nak hangin. Dah nak berangkat pulang ke rumah nenek tapi nenek masih tak habis gi beraya rumah cucu & anak disekitar JB..maka terus ler pulang ke N9. Highway clear cuma tak leh speeding sbb hujan sepanjang perjalanan. Nak keluar dari parking S'MART reverse2 kete tetipa GEDENG..bumper sudah langgar satu tiang...cacat sikit bumper kete den..nasib baik WAJA keras sikit bumpernya dari kete2 tempatan yang lain.

4th ~ 6th Raya
===========
Beraya dirumah sedara mara mem sekitar Rembau & Alor Gajah. Raya ke-5 dpt sms yg my cousin dari JB nak turun beraya rumah den….punya kelam kabut balik S'ban - mana taknya balik beraya rumah tinggalkan tunggang langggang Dengan carpet & coushion cover kat dobi, langsir raya tak pasang but akhirnya sempat ler sediakan speggeti. Den punya cousin nie mmg suka gathering2 nie…dia ajak beraya di KL on the next day and overnight di KL (The Zone) mlm tuh. Then dia ajak me & my brother to joint him lepak KL. Mem bagi green light - punggah keluar baju2 kotor dari kampung (JB & Rembau) - re-packed & gerak joint my cousin beraya rumah my uncle di Ampangan lepas magrib. Then beraya ke another rumah my cousin (DJ Sinar - abg my cousin dari JB nie) midnight baru check-in The Zone.

6th day raya mini-konvoi with my 2 cousins nie & my brother - 4cars beraya rumah my uncle di Bandar Sri Permaisuri. Balik S'ban around 3pm selepas singgah Macy & Nilai 3. Sampai Nilai 3 badan anakanda panas so rush balik S'ban. Since di dataran Senawang banyak klinik still tutup (lagipun Sunday) klinik yg bukak ramai orang and mostly pesait2nya were kanak2.
Gitulah kisah raya sakanku. Sori berjela sikit..malas nak buat 3rd N3. Turn raya di JB mmg meriah sbb susah nak berkumpul ramai2 gitu - my turn pun 2 tahun sekali and kalau tahun depan (insyallah) buleh balik JB pun maybe 3rd hari raya lepas turn beraya di Rembau pulak.