Tanpamu Ku Sepi

Monday, October 30, 2006

Wah…lamanyer cuti….bukan takat BLOG…Kerusi den kat opis pun dah bersawang…hu..hu..hu..

Most blog belum laie masuk N3 lepas raya…..2,3 blog lak tak leh nak excess (sawang dah TERLAMPAU kot..hu..hu..hu..)

Last day Ramadhan
Den kono masuk kojo..hu..hu..hu… Apo nak buek warga Safety kena gilir2 masuk sejam duo sepanjang cuti rayo nie..takut bebudak main mercun kat production line..he.he.he.. Jam 1:00pm balik rumah MIL yg dah jadi station sejak 21hb laie. Siap2 tuk balik JB...tapi kena gak tunggu lomang yg FIL den masak kek belakang rumah dulu....adik bongsu den kirim.... Mmg tradisi MIL/FIL masak lomang tetiap tahun....maka dok tunggu 3pm ++ baru bertolak. Rushing gak sbb dah plan nak buko pose bersama keluarga kek JB - first & last buko poso samo2 tahun nie. Biarpun rumah in-laws...nak tinggalkan rumah mereka sehari sebelum raya agak berat bagiku..

Alhamdulillah highway clear & sampai rumah my mom just in time waktu berbuka. Lepas berbuka, magrib den bawa my wife & anakanda bersama2 ayahanad & bonda ke rumah nenda….tempat dimana sedara2 port setiap raya. Sebelum tuh gi singgah ke pekan Tiram…bukan apa...syok tgk suasana mlm raya kat sana - masih ada peniaga menjual baju2, tudung, songkok & APAM BALIK???? kek bazzar rayo. Den pun sempat gak beli songkok rayo he.he.he..
Dirumah nenda 5 pakcik/makcik & askar masing2 sedang menyediakan juadah raya esok hari…..as usual mmg meriah…Selalunya mmg den check-in rumah nenda..tapi raya tahun nie since rumah my mom yang 15 minutes away dah siap…dan mengelakkan kesesakkan dirumah nenda maka kali nie check-in kat rumah my mom jerk mlm raya tuh.

1st Raya
Tradisi semua anak2 & cucu my nenda akan berkumpul & upacara bermaafan di rumah nenda. Since den check-in rumah my mom, pagi tuh sebelum kerumah nenda, we all anak beranak bermaaf2an dulu. Around noon baru bertolak kerumah nenda. Ingatkan semua dah mengunggu kami...rerupanya ada lagi 'rombongan' yg tak datang. One of my auntie & bala rombongannya (anak2 & cucu2) dari JB...mmg tergendala program bermaaf2an sbb husband my auntie nie selalunya jadi 'kepala' majlis.

Lepas zohor baru ler rombongan tuh sampai….kul 2pm baru start majlis dgn bertakbir ramai2 yg diketuai oleh kesemua anak2 nenek & sedikit doa selamat. Maka bermulakan sessi bersalam2an & pengedaran duit2 raya secara meriahnya. Daripada 13 anak2 nenek, 3 yang takde pagi tu.

Pukul 3pm…kami rancang2 nak beraya ke rumah adik beradik nenek di Kluang & Batu Pahat serta rumah pakcik di Yong Peng & Simpang Renggam. 8 bijik kete - Nissan Sentra, Toyota Herrier, Avanza (2), Waja, Kia Spectra, Hyundai Matrix & Myvi berkonvoi gamaknya. Sampai 3rd house di Simpang Renggam dah 12:00tgh malam. Den keluar baris sbb nak menolong my mom since 2nd raya my mom buat open house utk sedara2 mara ini. Kiranya tahun nie ler rasanya paling lama menyarong baju raya (baju melayu) - record 12 jam…selalunya by ptg lepas majlis bermaaf2an dah surrender.

Tuesday, October 17, 2006

Since Sumarni nak cuti raya lama & akan bersawang hendaknya blogku ini maka buat N3 nan multiple subtopic:

1. Buka Puasa BAKOB
Kali kedua cuba kumpulkan geng2 BAKOB (tak semua pun at least yg aktif) tapi gagal gak nak berbuka pose sesama this year. Tradisi tahunan kali nie cuma berjaya dihadiri 3 pasangan BAKOB jerk yg lain terperangkap dgn komitment lain. Chelos Bakery nak kata matap sangat tuh idok ler..buffet agak murah RM9.90 main dish nasi byrani, nasi lemak & speggeti..buleh ler since perut den nie pun bukan pulun sarat2 pun S'ban pun tak banyak sangat buffet buka pose yang non-hotel nie...surau pun disediakan...




2. Lampu 'Lip Lap' Versi MALAZ
Apa nak hias external rumah tuk nampakkan suasana raya. Nak pasang pelita tak tahu & takde masa nak gi cari minyak tanah…. Masa sopping sesikit pakaian raya arituh dapat voucher Parkson RM20….tgk2 lampu lip-lap2 200 bijik lampu RM20.90…so what the heck tambah 90 sen jerk. Since den malas nak memanjat2 & memaku2...maka ku gantung2kan ajer lampu lip-lap nie menjalar kat my front grill....he..he..he... nak bukak pun sonang nanti....malaz ler tuh.




3. Ucapan AIDILFITRI
Well…this is my 1st time sambut raya sebagai seorang warga blogger.. Cuti raya??? Dapat ler sambung 26th & 27th tapi….22nd & 23rd kena 'jejak kaki' kat kilang sekadar sejam dua..buat patrol & hantar report pada management. Gini ler nasib warga Safety...itu pun kira den nasib baik dpt boss yg sporting sbb dia sendiri letakkan dirinya kena 'stand-by' on 1st day raya while 2nd & 3rd raya my other oficemate yg mmg cuma beraya di N9. Den..lepas masuk kilang on 23rd..the latest after Zohor, akan berangkat ker kampung halaman Felda Ulu Terbrau, Ulu Tiram...insyallah berbuka hari terakhir di sana.

Eh…terlalut dari nak buat ucapan tadi…makanya den sekeluarga dgn rasa rendah dirinya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan2 bloggers yg tak boring2 lawat blog den yg tak kesampaian ini…. Maaf juga sekiranya ada N3 mahupun komen2 yang den tinggalkan diblog2 abg2/kakak2/adik2 yg kureng dari segala segi mahupun yang buleh mendatangkan marah. Didoakan anada2 semua termasuk diri saya sendiri selamat pergi & kembali kekampug halaman masing2...pandu berhati2 yek...sob..sob....

Monday, October 09, 2006

API..KECIL MENJADI KAWAN....BESAR SENDIRI MAU HINGAT!
----------------------------------------------------------------------------------------
Bulan Ramadhan…salah satu weekend MUSTI akan diBOOKING oleh mem & rakan2 ex-UIAnya utk project 'buka-overnight-sahur' bersama2. Tak silap bermula 3 tahun lepas tradisi ini bermula dirumah den (rumah sewa dulu), last year berbukan di hotel UiTM Shah Alam & bermalam/sahur di Puchong. Tahun nie turn Seremban pula but bukan rumah den...another best friend of the mem lah.


Lokasi berbuka Glory Beach Resort, PD sbbnya rege buffet yg buleh dikatakan murah jugak ler RM22 nett perhead. Cuma kali nie penyertaan agak kureng dari biasa - Cuma 4 family yg dapat joint which is at least 1 family short. Makanan….macam biasa laaa….berbaloi jugak ler dgn RM22 tuh...cuma sesuatu yg istimewa was....ada persembahan ABANG API ler pulak..... 5 org Red Indian celup bermain2 api dimeja2 buffet ditepi pool. Kami yg amik table didalam (maklum ler senang sikit nak jaga anak2) duk ler melepak tepi tangga sambil menonton persembahan ABANG2 API tersebut. Dekat 1/2 jam jugak shownya……aksi penutup semua ABG2 API berpecah berjalan dari crowd ke crowd mempamerkan aksi memasing...and salah seorang singgah ke kawasan tangga termpat kami bertenggek. Tak sempat den nak keluarkan camera nak amik gambo close up tapi semburan api dari mulutnya hanya beberapa cm ajer dari 'jamban' ku...he..he..he...

8.30pm heading Seremban kerumah tuan rumah untuk event seterusnya. Sambil minum malam borak2 sambil layan cerekarama TV3…..habis cerekarama ingatkan nak layan ASTRO sbb ada game Euro Qualifiying dimana negaraku ENGLAND beraksi. Tuan rumah ada set ASTRO cuma accountnya dah lama tak diaktifkan...makanya den bawak card den ler. Pasang punya pasang..takde signal...tuan rumah siap pikul tangga dok betulkan dish ASTRO untuk dapatkan signal - ikut arah kiblat laaa, cam tuh laa..cam nie laa... Akhirnya sampai kul 2am dok godek ASTRO dish tuh tapi hampa. Pasang TV3 ajer lah...ada pulak another cerekarama best Sayang Salina (Cinta Si Penggali Kubur 2).

Tidur jam 3 am ++…tengah syok2 tido tetiba terdengar bunyi kuat 'duuunnggg' semua kaum bapa yg tido diruang tamu terjaga… Semua menjenguk ketingkap.. Den ingatkan kete den terundur ker (pernah jadi dgn kete satria lamaku dulu - hand brake OUT) pastu ingat ASTRO dish tuh ker tumbang lepas kami dok godek2 selama 2,3 jam. Dengan tenang tuan rumah cakap 'tuh bunyi buah mangga aku jatuh kat atap'......HEK ELEHHH.....

Monday, October 02, 2006



SUMARNI & MERAPU
================
Mana tah Sumarni..maid yg den upah utk cuci sawang blog seminggu sekali tuh? Maybe bulan pose nie dia letih sikit kot..he..he…he..

Sebelum buang sawang blog…tinjau dulu blog2 yg rajin buang sawang tuh…..dah mula bersawang jugak…he..he..he..bulan pose kot…

Belanja harian dibulan pose:
RM10 - RM15 ~ Bagi mem yg incas beli lauk tuk berbuka & sahur sbb bulan pose mem baik keja awai kul 4pm...

RM 2 - RM4 ~ Beli air. RM4 tuh paling mahal beli air tebu kat bazaar Tampin semalam…hu..hu..hu…

RM 1, RM3, RM5 ~ Beli kuih muih biasanya paling banyak RM2 jerk sbb mem jarang buka makan kuih. Den jerk balun and sometime Syira enterprame. RM 3 tuh kalau beli roti john if takde kuih yg berkenan dihati. RM5 tuh merupakan belian murtabak yg julung2 kalinya den beli. Tapi mmg puas hati.. Kat banner ditulis murtabak Kg Melayu Majidee, JB. Mmg glamer murtabak nie even pada masa bukan pose…Cuma den gak tak jumpa2 lokasi sebenar murtabak ni dijual di Kg Melayu Majidee itu. RM5 tuh murtabak special (ditabur serunding daging diatas murtabak), RM3 bagi yg biasa.

RM2 - RM6.50 ~ Den selalunya jarang terus berbuka makan nasik. So sebagai ganti den selalunya beli laksa penang. Rege antara RM2 ~ RM2.50. Last week cuba 3 buah gerai, Cuma 1 yg menepati citarasaku. RM6.50 tuh sbb beli Rojak Singapore….best jugak…Cuma tak buleh beli selalu nanti bangkrup sbb mahal..he..he..he..