Tanpamu Ku Sepi

Wednesday, July 26, 2006

20hb ari tuh mem dijadualkan pulang ke tanah air. Seronot gak rasanya hari itu dapat menghilangkan rindu pada 2 org WANITA yg paling penting dlm idup den - mem & anakanda. Sepanjang mem Eating Air (Makan Angin) mmg tak balik kampung jenguk anakanda disebabkan melayan rombongan dari JB & planning gi memancing ngan rakan seperbujangan BAKOB den. Last year masa mem gi trip ke Bangkok...mmg rindu takde kesian...but kali nie rindu gak...cuma rindu kat anakanda terlebih2 laa pulak. Sampai dengar iklan The Chicken Rice Shop kat radio pun teringat kat anakanda sbb iklan fav dia & dia selalu sing along especially part 'Nacik Ayam...nacik ayam' tuh.

Mlm tuh rasanya macam nak gi 1st dating…PHHIIWWIITTT…Den nie mmg jarang menyemat tapi mlm tuh dgn pakai sluar slack & kemeja long sleeve…sembur minyak wangi takde kesian…. Sekilas pandang cam nak gi ngorat pramugari2 kat airport jerk tapi apa salahnya dress-up utk the woman that I love yea tak...he..he..he... JIWANGSSSS.... Lepas amik mem terus balik Rembau..anakanda dah lena sbb dah tgh malam....

Friday den gi kerja half day sebelah petang….tulung hantarkan skali roll2 film gambar mem Eating Air tuh. Balik dari keje gambar pun dah siap & we all tgk ler bersama2 dgn family my inlaws bagai. Biasa ler gambar2 kat Disneyland HK, kat Madamme Tussards dsb. Yg lawaknya bila anakanda melihat sekeping gambar mem. Actually gambar tu was 'mis-shot' mem tgh terbersin. Anakanda bercakap dgn den:
"Yah…ibu nangis…"

Den pun nak bergurau..
"Ha'ah….Siapa Buat?"
Anakanda Menjawab...
"Syia.."

Dgn tak semena2 anakanda mula CHEMBENG…..pas tuh terus nangis…. Pelik tapi lawak ler pulak….anakanda rasa bersalah ker? He..he..he… maybe sbb dah lama rindukan ibunya kot….

Tuesday, July 18, 2006

ARBAIE TAK BERAPA NAK BUJANG
===========================



Minggu nie seperti yg diwarwarkan den kebujangan…. Mem dah selamat berangkat ke China/HK pada pagi Ahad jam 8.10am… Peh kul 5.00am dah bertolak dari kampung Rembau sbb hantar anakanda station di rumah MIL. Pulang dari KLIA dok kemas mengemas rumah serba sedikit.... and dpt call yg ahayanda, bonda & nenda hendak turn ke Seremban dari JB & station kek rumah den 2 mlm.

Tapi sebelum rombongan dari JB sampai…sempat gak menjalankan aktiviti bujang bersama rakan seperbujangan BAKOB (wife dia tgh pantang bersalin). Kami gi layan Superman Return kat wayang. Manyak SYIOOK laa itu citer tuh…. Tak sesia berpindah dari JJ S2 ke Terminal 1 sbb seat2 menarik dah sold out. Rombongan dari JB tiba dekat2 magrib sebelum den sempat lelap dek bangun awal pagi itu menghantar mem ke KLIA.

The next morning was birthday den… Den nie bukan jenis yg suka memperbesarkan hari lahir pun…jarang sangat celebrate… Paling grand bila BAKOB buat surpised b'day party ku di sebuah kolam pancing kek Soromban few years back. Terima ucapan b'day melalui sms serta YM…. Since 2 org awek terpenting takde disisi semasa b'day ku kali nie...tuhan gantikan dgn another 2 orang aweks yg jugak dlm carta top 5 den - my mom & my nenda. Mlm tuh my mom ajak gi makan2 diluar sempena celebrate my b'day. Sebelum keluar dpt pelukkan b'day from my mom.... he..he..he... syahdunyer... Just before berangkat keluar mem call dari Shenzen ucap happy b'day dan lapuran selamat udah selamat sampai.

Just this morning rombongan ahayanda, bonda & nenda berangkat pulang ke JB. Dan kehidupan bujangku akan bermula malam ini..HE..HE..HE… Bukan nak buek apa pun…maybe cari port gi lepas gian memancing kot dgn geng BAKOB tuh tadi…

Tuesday, July 11, 2006

"Menghitung hari detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari"

Gitulah nyanyian JIWAKU (chewah…jiwangz ler konon) menanti hari2 BUJANGS ku yang bakal bermula pada 16hb ~ 20hb Julai nanti.

Hajat nak bersama2 mem & anakanda bersuka ria ke Hong Kong tidak kesampaian diatas ke'selambaan' den & ke 'tah apa-apa' an firm mem.

Last Friday den, anakanda & mem gi ler ke jabatan immegration Soromban..dgn niat murni nak buek passport tuk den & anakanda so that buleh teman mem ke HK. Dah amik borang gi ler amik 'gambar segera' tuh…nak suruh anakanda amik gambar punyer ler siksa… Segan lak kat orang tgh Q tuk giliran mereka pulak…lepas penat pujuk & gunakan 'trick2' yg sepatutnya berjaya gak (sambil lengan mem pun masuk dlm gambar tuk passport anakanda tuh)

Bila dah isi borang & nak amik no giliran baru ler den diberitahu yg kes passport hilang procedurenya lebih rumit - kena ada police report, signature pesuruhjaya sumpah and sebulan masa baru buleh dapat passport…walhal trip ke HK tak sampai lagi 2 minggu. Tuh ler….baik dari study dulu passport main cecampak jerk…tak terfikir nak gi obersea laie….Firm mem pulak satu hal…buat trip bagi short notice. Den tak kisah sangat tak dapat gi....sbb blanja pun banyak kena labur bagai.... tapi sian gak kat mem especially tak leh nak bawak anakanda. Mem tak confident nak handle anak sensorang (tgh stage lasak nie) yg lain sure sibuk dgn family memasing...gi theme park cam Disneyland lak tuh....

Maka..dgn itu secara rasminy den akan jadi 'Arbaie Bujang Kembali' mulai 16hb hingga 20hb Julai. Waduh…b'day mem jauh diperantauan tuh….sob..sob….

Wednesday, July 05, 2006

IN-DOOR GAMES
-------------------------
Tak leh tulis pepanjang sbb banyak gambar. Last Saturday my company buek In-door Games…utk member2 kilang hilangkan stress keje. As usual den lagi jadi AJK…Antara gamesnya…
i. Dam Haji (cepat habis)
ii. Chess
iii. Chiness Chess
iv. Dart
v. Carom
vi. Dam Ular
vii. Arm Wrestling (Male & Female)
viii. Lawi Ayam
ix. Teka Jumlah Kacang
x. Congkak
xi. Batu Seremban
xii. Limbo ROCK
xiii. Cari Barang Segera
xiv. Makan Pisang

Mmg meriah gak…hadiah2 diborong kek Nilai 3 (den pun poie membeli hadiah hah). Paling BESH was pertandingan Makan Pisang. Kali nie kitoarang buat dajal…suruh peserta 10 orang duk dulu tempat memasing sambil letak paper plate & sebotol mineral water ditempat memasing. Kemudian baru keluarkan pisang...JENG..JENG..JENG...TU DIA...PISANG TANDUK SEBESAR LENGAN setiap seorang. Memasing muka terkejut. Bagi masa 3 minit..kalau tak abis panjang balance pisang akan diukur utk tentukan pemenang. Juaranya warga Nepal (service worker) tak payah tunggu 3 minit....under 1 minit GONE....