Tanpamu Ku Sepi

Thursday, June 29, 2006

3 Barangan IKEA & Kemalangan
-----------------------------------------------
Hari Senin…anakanda tak sihat - demam, batuk & selsema. Balik2 dari babysitter dah terlelap ketidak-sihatan so kami baringkan at the middle of the ruang tamu/dinner so that not too close to either kipas. Next to my daughter sebuah meja Jepun IKEA, ada sebijik mug IKEA atas meja Jepun tuh & bertentangan dgn meja Jepun tuh pula sebuah sofa IKEA gak.

Ada gak anakanda merengek2 bila dia batuk 3,4 das tak berhenti2. Seketika dia tgh lena tido…tangan den pun gatal capai satu bantal kek atas sofa IKEA nie tadi. Dengan satu swing the bantal yang dicapai melanggar mug atas meja Jepun tuh…SUUUSSSHHHH…..mug tuh menyinggah kat kepala anakanda yg sedang lelap. Tuh dia.....dgn beberapa saat kepala anakanda berlumuran darah.....

My wife dah panic….den yg bueh dikatakan AGAK BERSALAH dalam kemalangan nie cuba mententeramkan keadaan…. Den rasa berguna gak gi one day First Aid training kat kilang ari tuh....so den tak ler panic. Kulit kepala anakanda tidak terkoyak, berlekuk few CM dimana darah tuh keluar. Den tekap luka tuh to ease the bleeding & sapu minyak gamat. Kesian anakanda...nak meraung kesakitan pun tak berdaya sbb tak sihat.

Kesian Kat Mem
-----------------------
Dahsyat jugak kerja law firm nie…. Bonus tgk jugak firm ler….ada yg ada, ada yang tidak, ada yang lebat, ada yang tidak. Tapi so far law firm nie mmg rajin bagi 'opis trip' utk staff2nya. Last year mem gi Bangkok…..itu semasa bekerja dgn firm lain (firm Cina), this year dgn firm melayu (dato)...ada 2,3 branch gak firm dato nie. For KL branch for this year firm buat opis trip ke Australia. Mem's firm pada awalnya nak gi Korea..tak jadi, nak gi Bali...pun tak jadi... Rasanya kali nie almost confirm... akan ke Disneyland Hong Kong.

Sedihnya dihati sbb last year tak ikut mem ke Bangkok sbb tak berminat + mem ada teman gi bujang. This time ramai staff nak bawak spouse and children. Kalau den nak ikut kena bayar RM1900….kalau bawak anakanda maybe another RM800. Belum masuk belanja, makan minum kat sana lagik tuh.... Pergi lak mid next month...kalau awal tahun ada gak duit bonus... Kesian kat mem yg nak pergi tapi nak pergi sendiri takde staff lain yg gi bujang...kalau tak pergi pun bukannya firm bagi cash instead...mmg rugi gilos ler kalau tak pergi. Bukan den tak nak gi...tapi rasanya buat masa & ketika sekarang agak DILUAR kemampuan diri.

Thursday, June 22, 2006

Ada org dah bosan ler cerita satay.... Den pun suka tgk blog bersawang.....takde lak aktiviti menarik nak dilaporkan... Pernah terbaca N3 yg diceroboh pasal tandas awan. Kek kilang pun kebersihan tandas jadi isu... contengan ada tapi kurang ler tapi kebersihan tandas tak terjaga biarpun ada cleaner (service workers). Bau pun buleh hilang nafsu nak buat pelaburan besar mahu pun kecil. Dgn kes merokok lagi (dimana merupakan major offenses kek kilang - Safety Issue)

Thus the management buat ler Toilet Competition... Lumayan tuh hadiahnya(utk jabatan):

Tandas Lelaki

Juara : RM 1,500.00 , Sijil & Hamper
Naib Johan : RM 1,000.00, Sijil & Hamper
Ketiga : RM 700.00, Sijil & Hamper

Tandas Wanita
Juara : RM 500.00 , Sijil & Hamper
Naib Johan : Hadiah : RM 300.00 , Sijil & Hamper

Saguhati (Lelaki & Perempuan) RM 100.00 setiap satu

Sah2 tandas lelaki lagi FAIL dari tandas perempuan...tuh sbb hadaiahnya lebih grand.... Gambar2 nie di ambil merupakan Juara Tandas Lelaki.... Tandas nie pada mulanya mmg KOSONG jerk...

Monday, June 19, 2006

Last Friday, den sekeluarga gi makan diluar meraikan 2 occasion :
ii. Father's Day for my father
ii. Hari Persaraan my mother
We all dine-in kek cawangan Restoran Hj Samuri di dataran Senawang. Ingat Senawang ini COKIA sgt ker? He.he..he… cawangan ke-15 Hj Samuri tuh…..hebat jugak yek pak aji tuh…..

Yang Diraikan.....
My mom menamatkan khidmatnya sebagai jururawat hospital kerajaan setelah 33 tahun 5 bulan berkhidmat. Sempat menabur bakti dihospital Batu Gajah (dimana den di TERlahirkan - itu yg TERsesat IC Perak tuh), GH Seremban & terakhir & paling lama di hospital Jelebu - 24 tahun. Pernah beberapa kali dipanggil interbiew utk promote jadi SISTER..tapi takde REJEKI....so cuma capai taraf Pemangku Sister jerk sehingga bersara.
My mom kiranya orang terakhir of my family yang meninggalkan tanah Jelebu. Anak2 yang lain 'merantau' selepas melanjutkan pelajaran, my father pulak duk di Johor sbb kerja disana few years back. Sempat jugak merasa Bukit Tangga jadi LURUS….jalan yang dulunya memang terkenal dgn LAP2 MAUT sehinggakan den masa memula dulu muntah2 melaluinya. Biasa gak dengar cerita2 misteri kek Bukit Tangga tuh tapi so far yg den pernah buek paling gilo was driving alone kul 4am sambil buka tingkap (masa bujang2 baru balik dating)...alhamdulillah takde apa2.
Nyum...nyumm
Minggu nie my mom memulakan hari persaraan beliau duk bersama2 my father di rumah yang mereka beli puluhan tahun dahulu kek pekan Tiram, JB.

Tuesday, June 13, 2006


Cantik jugak 'sawang2' hiasan kat BLOG den nie yek……

Semalam F,M ,B & SIL datang mai rumah den. Menghantar anak saudara yg bermalam dirumah den sbb keesokkannya nak naik bas pulang ke Utara Tanah Air.

Meriah jugak rasanya semalam…..my wife memasak dgn jayanya. Den mmg jarang suruh my wife masak….. Kita pun faham masing2 penat balik kerja… Makan lak 2.25 orang jerk…. Cam tak berbaloi lak kerumitannya…. Only kalau we both dah takde idea nak beli makanan apa diluar baru ler my wife mengunakan kithcen kabinet yg berharga RM6K++ tuh..he..he.he…

Lauk2 dimasak simple jerk - siakap sweat sour, ayam masak kicap, sup sayur, dan few accessories such as sambal belacan, ikan kurau masin & telur dadar. Of course sebagai SUAMI CONTOH SENAWANG 2005/2006 den tolong2 jugak mana yg buleh….kupas bawang2, bancuh air sambil dok layan diari AF4 & World Cup. Ikan kurau masin mendapat sentuhan ala2 kedai Tom Yam dgn hirisan cili api & bawang serta perahan air limau. Dah kecut rupanya limau2 tuh..he..he..he..tapi den buat gak..... Ikan masin tuh akhirnya mendapat sambutan paling hangat. My biras (suami SIL - betul tak istilah nie Zino?) yg mmg fussy pasal makanan puji..."...kalah Johan Tom Yam"

Sambil2 makan layan WC - Jepun VS Australia…..KECIWA….. Tapi besh gak ada 'KAKI' layan WC….kalau tak den sorang jerk bersorak dpn TV cam beruk makyeh..he..he..he… Majlis bersurai almost 11:15pm….F, M , SIL & biras balik ke Rembau. My wife dah FLAT…..den sempat gak bertahan sbb nak layan re-run MONK kul 1:30am...sambil2 tuh jenguk WC - Chec VS US.

Tah haper2 den merapu.....sbbnya nanti MASK (Majlis Anti Sawang Kebangsaan) bagi surat notice pulak...he..he..he..

Wednesday, June 07, 2006

Nak cuba try test buat N3 4in1...buleh biarkan blog bersawang lama skit... he.he.he..

1. Cikgu Bedah
Harap2 takde bloger seperti nama diatas…he..he..he.. Lama tak amik gambar anakanda…so amik gambar aksi paling den tak leh tahan nak gelak. My wife belikan sunglases utk anakanda since den sokmo pakai masa driving siang. Banyak2 design sunglases Camner ler boleh pilih stail cikgu bedah nie….Paling tak tahan bila anakanda parking the sunglases atas kepala…chewah..cam org2 dewasa lak

2. Hampir Accident
Saturday afternoon bawa F & MIL ke kenduri kahwin kat KL. Jalan kampung diCengkau mmg ngam2 utk 2 bijik kereta..kalau bertembung bas or lori mmg kena mengalah keluar dari jalan sikit… So masa tuh my FIL duk depan (co-pilot), my wife, MIL & daughter duk belakang. Bawak dlm 60~70km/hr tapi jalan kecik rasa cam laju gak. Sampai satu selekoh sebijik motor dari arah bertentangan…dgn lajunya amik lap sampai makan jalan den. 2 orang budak belasan tahun, tanpa helmet & den confident mmg takde lesen (biasa ler bebudak kampung). Den secara relfexnya mengelak hingga almost separuh jalan off the road….itu pun still terdengar bunyi 'prapp' seperti ada yang bergesel. Penumpang dlm kereta dah panik & keluar juga sedas dua sumpahan. Sampai jalan besar den pull over utk tgk mana2 ada kecederaan pada kereta sbb bunyi 'prapp' tadi....takde apa2 kesan laa pulak. Maybe just kena side mirrors mahupun hujung2 kaki bebudak motor tuh. Alhamdulillah…..lebih2 lagi pada budak2 motor tuh….seinci dua den tak elak mmg mereka berdua akan melambung & maybe ada yg INNALILLAH. My FIL memuji den sbb TENANG jerk semasa mengelak motor tuh …(KEMBANG JAP)…my wife menambah 'kalau den mmg dah menjajau masuk parit' sbb only 3,4 kaki off the road mmg parit.

3. Accident
Biras den…(adik kepada isteri adik den) kemalangan semalam. Beliau nie budak lagi….baru abis SPM tahun lepas… Since last year mmg dok dgn his sister (my SIL nie) kek S'ban. Kebetulan mmg dia membonceng motor nak ke hospital sbb sakit kaki. Mereka bertembung dgn lori yg dipandu oleh TINTED mabuk, cuba mengelak & masuk jalan arah bertentangan & berlanggar dgn kereta. Pemandu motor (kawan my biras) tuh meninggal dunia….. INNALILLAH...My biras bernasib baik cuma luka luaran….dan kecederaan dibahagian tengkuk akan diperiksa hari ini.
4. 06/06/06
Cantik tarikh hari nie…… Over the world remake filem The Omen dilancarkan since the date & no 666 dipercayai oleh orang2 kafirun merupakan symbol anak setan. Macam2 ler omputeh nie…. Ingat gak filem2 OMEN dulu masa kecik2…..seramnyer….. For me…this date merupakan my 3rd Anniversary….wah…dah 3 tahun jadi laki orang nie. Tak nak tulis ayat leleh2 nanti org kata den nie cam 'kaum ibu' laa pulak. Cuma mendoakan semoga rumahtangga tambah bahagia , berkat serta kasih sayang. Dan semoga den juga tambah dewasa & matang menjadi pemimpin for my wife & daughter.

Thursday, June 01, 2006

Rabu lepas HR local boss suruh organized Friendly Ping Pong match dgn Jabatan Imegresen N9. Memandangkan den nie buleh dikatakan organizer sukan yg agak macho lagi bermutu terlibat jugak 80% dari preparations sampai ke majlis penutup, dari beli souvenir, sediakan minuman & tempah dinner selepas games.

Chewah.....posing takde kesian memasing... Sebelum mula match

Mmg dah jadi tradisi company to build a good repo dgn government bodies nie like JAS (DOE), JKKP (DOSH), Jabatan Buruh, Jabatan Imegresen, Polis etc. Bukan bermaksud RASUAH…Cuma yolah kita nie manusia….kita layan orang dgn baik….moga2 mereka buleh layan kita dgn baik... Undang2 tetap kena patuhi.....dlm bahasa opmutih tuh 'can give us some SLACK' lah.
Anyhow…last year beraksi main badminton dgn mereka (Jab Imegresen N9)….Of course sebagai atlit negara den pun beraksi jua…(biarpun kalah masa tuh..he.he..he…) Kali nie ping pong atas permintaa Pengarah Jabatan Imegresen N9 sendiri. Friendly match nie buleh jugak dikatakan farewell utk pengarah tuh sendiri since Jun ini beliau akan diposting ke London...(wah syioknyerr...)

Selepas Menjinakkan Lawan
3 singles & 4 doubles beraksi kesemuanya dan den barmain double. Actually baru tahun nie den mula belajar main ping pong dgn agak serious. Masa bestprend Zul masih bekerja di opis yang sama selalu practice & double partner dgn dia. Out of 7 games, my kilang's team menang kesemua games... Turn up mereka pun agak TANGAN BANGKU jugak...he..he..he... Itu pun bukan semua pemain2 negara yg turun & kami cuba sedaya upaya bermain dgn seselamba yang mungkin.

Abis perlawanan gi memakan kat Doll Tomyam (dpn JPJ Senawang) dimana kedua2 belah pihak saling bertukar souvenir.