Tanpamu Ku Sepi

Tuesday, May 30, 2006

Seriously…kali nie mmg dah takde idea nak merapu…

Weekend lepas mmg takde aktiviti selain pergi ke jemputan perkahwinan anak babysitter on Saturday. Angkut F & MIL sekali yg berhajat nak pergi.

Last weekdays berulang dari Rembau since anakanda duk dikampung sementara babysitter bercuti sempena persiapan kenduri kawhin anaknya. Cuma on Monday tak balik ke Rembau since my wife take court case unlike any other days thus kena masuk opis at 8:30am sharp after hantar den masuk kilang. Means kalau dari Rembau kena keluar at least kul 7:00am which is so early (for my standard) & air dikolah bilik air dikampung tuh tersangat ler sejuknyer..gggrrrrrr... Setakat nak wuduk okey lagik....

That one night yg tak balik ke Rembau jumpa anak digunakan utk menonton wayang (kira menangguk di air yg keruh ler) Lama sungguh tak tgk wayang..susah jugak nak bawak anakanda tgk wayang. Nak tinggal sampai lewat malam kat babysitter pun rasa cam tak besh. Mmg the only way samada amik cuti or 1/2 day sementara anak still hantar ke babysitter mahupun anakanda diexport ke kampung baru ada peluang nak tgk wayang. Nak tgk X-Men belum tayang lagik….pilihan antara MI 3 atau The Da Vincci Code…Man Laksa??? SORI LER…. Selain filem Adflin Shauki laa nie rasa tak berbaloi nak tgk kat wayang.

Last2 tgk gak cite The Da Vincci Code….not bad gak citenya….Cuma menyesal bila tgk art muzium yg berupa piramid kaca kat Paris tuh sbbnya dah sampai kesana masa cuti summer ketika belajar di UK dulu... tapi apesal ler den tak masuk kedalam muzium tuh at the time.....tak salah masa tuh Q panjang sangat nak masuk muzium tuh...kan skg dah menyesal...he...he..he...

Alhamdulillah anakanda takde masalah tinggal dikampung. One of anak saudara my wife yg sedang belajar di IPT pun sedang bercuti utk tulung Wannya menjaga 2 + 1 cucu2. Cuma ada 2 mlm badan anakanda agak panas….dan ubat demam terpaksa diberi. Cuma terasa cam ngeri gak bila terpaksa drive lelaju sebab lewat bertolak dari Rembau ke tempat kerja. Maklum ler pemandu berhemat...tak pernah bawak 110km/hr kat jalan biasa.....

YEY!!! Berjaya merapu....

p/s : Berkesan jugak promosi karipap IKEA den ari tuh yek...he..he..he...

Tuesday, May 23, 2006

SEPETANG DI IKEA

Sabtu lopeh den turun ke KL…… Den mmg jarang turun KL sejak dah berkeluarga nie….dgn minyak mahalnya…dgn malas nak berhadapan dgn kesesakkan jalanrayanya…. Kali ini mendapat jemputan dinner dirumah kawan my wife….parti BUDU… Sementara tunggu tibanya dinner, kami sekeluarga jenguk di IKEA. Sometime tuh bukannya ada benda nak dibeli....but me & my wife kadang2 suka tgk barang2 IKEA yang INNOVATIVE & CREATIVE dan juga ambil2 ilham dari susunatur showroom2nya. Sometime terjumpa juga artis2 kat sana seperti Faizal Hussin & whole family (including Hussien Abu Hassan), Zalina Azman, Subi & pengacara lelaki NTV7 yg den pun dah lupa namanya.

Beli barang ataupun tidak….paling tak buleh miss is KARIPAP IKEA. Siapa penjungung tegar IKEA yang tak kenal penangan KARIPAP BERHANTU nie mmg malang ler. Rege dia seketui RM1, selalu orang termasuk den akan beli sekali 1/2 dozen at least RM5. Kelmarin ada orang tuh beli sampai 2&1/2 dozen....manggai 30 bijik tuh.... Den pun heran pasal apa buleh minat KARIPAP nie walhal den mmg tak minat karipap berinti kentang....sokmo balun karipap sardine jerk. Maybe rahsianya berada disalah satu penjuru karipap ini...ialitu sepotong telur rebus yang membuatkan karipap ini unik & sodap. Anakanda pun habis makan seketul hari tuh..selalunya mmg kami buangkan inti bila anakanda makan karipap lain (takut pedas) tapi kali nie habis termasuk inti2nya skali. Letak KAS2 agaknya karipap nie....

Kat IKEA nie ada 5,6 jenis trolley…so bergantung dgn plan nak beli apa. Besar barang lain trollynya, barang2 kecil tapi banyak gunakan troilley can kat GIANT atau super2 market. Ada trolley yg siap seat 'baik punya' for babies, ada yg jenis where we can hanged the shopping plastic bag at the end & kanak2 duduk at the other end, dan ada satu trolly khas untuk kanak2. Miniature size of trolly kita biasa guna di super2market dengan tiang tinggi sebagai tanda menegsan trolly tersebut disebalik himpunan barang2.

So at first den amik trolly dengan pemegang plastik dihadapannya & dudukkan anakanda at the near end. Tak sampai 1/4 perjalanan anakanda dah malas nak duk kat trolly. So turunkan anakanda utk berjalan bersama2….. Tak sampai beberapa langkah…anakanda sibuk nak menolak trolley yg dinaiki tadi... tu dia...trolley sekali ganda lagi tinggi dari anakanda...tetapi dia tetap jugak nak menolak. Tak sabar nak turun to ground floor dimana trolley kanak2 disediakan. Masa nak tukar trolley pun anakanda hampir mengamuk....ingatkan nak amik terus trolley dia.

Wah…dah tukar trolley lagi ligat sikecik tuh…. The trolley setinggi paras hidung dia…..comel sungguh…. Tapi yang tak tahan tolak laju semacam… rasa2nya..
  • 20 kali den ckp 'tolak perlahan2….pandang depan.."
  • 15 kali hampir2 nak langgar orang2
  • 10 kali nak langgar barang2
  • 5 kali langgar kaki den, 2 kali tuh dgn sengaja sebab den 'gertak' nak tinggalkan dia sbb dok meluru laju meninggalkan kami dibelakang

Pantang sungguh orang cuit trolley dia even sbb nak betulkan arah & kedudukan trolley tersebut. My wife nak tumpang letak barang pun dia marah….akhirnya den kena amik another trolley utk barang2 lain. Anakanda menolak trolley sehingga sampai ke counter. At this time den dah cuak....takut dia buat DRAMA pulak nak lepaskan TROLLEY KESAYANGAN dia tuh. Den ler pulak yg kena dukung & pisahkan dia dari trolley tuh....dah mengamuk intro dah...nasib baik ler TAKTIKKU menjadi.....berbisik kat telinga dia.."Syira nak chocolate tak? Nanti ayah bagi dlm kete".... alhamdulillah...berjaya....

Friday, May 19, 2006

Semalam petang den skali lagi terlibat dgn aktiviti company. Kali nie jadi AJK merangkap UMPIRE perlawanan persahabatan ping-pong diantara division yg melibatkan local managers & boss2 Korea. My MD dgn sportingnya turut bermain….hebat juag skillnya tetapi akhirnya tewas dgn local GM (Chinese) yg sememangnya pernah bermain peringkat state zaman2 remaja beliau.

Tgh2 dlm kesibukkan menjadi UMPIRE, my wife called. She was being harassted by a ROAD BULLY. My wife selalu pulang dari opis melalui PLUS highway dari Seremban ke exit Senawang, pick up my daughter kat babysitter & then pick up me di kilang. On the highway, one OLD Volvo car sedang duk dilane kanan (lane pecut/laju)...drive dgn LEMBABnya. My wife was driving behind this Volvo. All the other cars pun memotong this Volvo using the left lane. My wife dah hilang sabar pun bagi BEAM supaya Volvo tuh masuk le lane kiri. Den pun jenis pantang kereta2 begini...duk lane kanan & bawak cam kekura sedangkan lane kiri was empty.

So segalanya pun bermula….The Volvo driver mungkin MARAH dengan tindakkan my wife BEAM him. So everytime my wife try to overtake him, he will block my wife. My wife gi lane kiri, dia pun duk lane kiri….my wife masuk lane kanan, dia pun sama. Pastu buat2 emergency brek. My wife kata after that the guy buat isyarat tangan MENCARUT (isyarat F**K). My wife sempat juga tengok ada perempuan tua bertudung duk sebelah the driver, most probably his wife. The drive siap keluarkan kamera amik gambar my wife whlie she try to overtake him. My wife tak berjaya overtake sampai ler exit Senawang.

Sampai susur keluar exit Senawang, the driver try to make my wife to pull over. My wife buat tak tahu jerk & terus ker plaza tol. Nasib baik my wife mengunakan Tounch & Go while the driver kena Q utk membayar tol. Akhirnya my wife berjaya melarikan diri lari pemandu Volvo yg mengerikan itu. Den tanya laa sama ada dia or the car TERCEDERA dalam kes BULI nie..... alhamdulillah takde apa2. Cuma my wife call sbb dia rasa SERAM SEJUK & TENSION so dia luahkan kat KEKANDA dia nie. She also tak buleh nak recognized the volvo's plat no sbb my wife nie agak rabun jauh.

Maybe the volvo's driver berani buat begitu lepas tgk my wife was driving alone. Kalau den ada masa tuh…..siap ler ko… Den dah sap2 call askar2 BAKOB stand-by kat tol Senawang…. Bukan dia yg suruh den pull over tapi sebaliknya.

Wednesday, May 17, 2006

Takde issue, aktiviti & drama menarik utk dilapurkan buat masa kini so I think I have to merapu sedikit in order to kept my humble blog dari bersawang lebih2 lagi utk mengelakkan orang2 anti sawang dtg mengomel...hi...hi..hi....

Den nak share sikit perkataan2 NGERI lagi GANAZ yg biasa digunakan especially dikalangan BAKOB. Most of them mmg takde dlm kamus DBP, some of it mungkin pernah didengari atau digunakan secara meluas. Tidak sesuai utk kegunaan mereka2 dibawah 18 tahun.

Arbok ~ Golonggan 'lembut2 keras' a.k.a NYAH....

Candu ~ Rokok...saja jerk nak bunyik lagi ganaz

Tinted ~ Bangsa India sbb ayat Kel**ng agak sensitip utk digunakan dikawasan terbuka

Lampi ~ LAMbat PIck-Up a.k.a LEMBAB ler. Tapi kalau dah PARAH sangat akan di up-grade menjadi:

Lampi Napus ~ LAMbat PIck-up NAk mamPUS...he..he..he..

Kepala Paip ~ Kira2 menyumpah tanpa mencarut, ayat yg dimodified dari Kepala *TUT* (yg tersangatlah mencarutnya)

Contoh ayat dimana perkataan2 ini boleh digunakan:

"Cis...Kepala Paip punya Tinted....dah ler Arbok...Lampi Napus lak tuh.... Ada ker buang puntung Candu bersepah2..."

Kalau ada perkataan2 pelik & menarik...meh ler kita berkongsi2....he...he...he...

Friday, May 12, 2006

Wah…ari nie kat opis berlaku satu drama… Kisahnya begini:

Last year my company menang satu award yg dipertandingkan diantara anak2 syarikat Samsung WORLDWIDES. So dept yg berkenaan telah announce to give each and every employee sehelai jaket sebagai Token Of Appreciation. Simbolik penyerahan dilakukan semasa AD syarikat hujung tahun lepas dimana MD memberi & menyarungkan sehelai jaket tersebut pada seorang local GM. Tempahan jaket untuk semua dilakukan selepas acara simbolik ini berlangsung.

Tah hapa masalah 'birokrasi'nya, jaket yang ditempah hanya tiba kesemuanya semalam (10/05/2006), hampir 5 bulan selepas acara simbolik penyerahan jaket dilakukan...800++ helai kesemuanya. Even tho dept lain yang incass proposal & pembelian jaket ini, my dept diminta tolong untuk membuat pengagihan kepada semua members. My opismate Mrs M, yg diberikan tugas oleh my boss untuk membuat agihan. Memo telah diedarkan supaya wakil2 dept untuk datang collect the jaket. While my local boss today pergi ke Stadium Bukit Jalil untuk rehearsal perarakkan Hari Buruh pada hari esok (13/05/06), Mrs M dengan bantuan few opismate yg lain menjalankan tugan pemberian jaket.

Dgn tiba2 my Korean boss mengarahkan Mrs M menghentikan serta merta pemberian jaket tersebut didepan members2 lain yang sedang menunggu giliran mengambil jaket utk dept masing2. Mrs L dipanggil masuk kedalam opis dan dihadapan opismate2 yg berada didalam opis ketika itu (termasuk den) Mrs M dimarahi & ditanya bertubi2 oleh my Korean boss tentang pengedaran jaket ini. Sayangnya my local boss tiada diopis bagi mempertahankan tindakkan Mrs M yang sememangnya datang dari arahan beliau sendiri. Den tak masuk campur sbb mmg bukan bidang tugasan den plus den at the time tak tahu apa hujung pangkal kejadian drama ini. My opismate, Mr. R yang sememangnya terlibat secara tak langsung dgn pengagihan jaket nie cuba membela Mrs M. Mr. R mengatakan the Korean boss bertindak tidak professional kerana memberi arahan memberhentikan pengagihan jaket dihadapan members2 sedangkan memo rasmi telah dikeluarkan.

Den kemudian membawa diri keluar dari opis……bukan tak nak bersuara tapi mmg tak layak masuk campur sbb diluar bidang kerja den. Other opismate yg cuba memberi perhatian perbualan antara my Korean boss dgn Mrs M & Mr R, diminta keluar opis oleh the Korean boss. Episode drama ini berakhir dengan Mrs M dipanggil 'berbincang' dgn the Korean boss alone dlm private meeting room & pembahagian jaket diberhentikan. Namun hampir 1/3 jaket tersebut telahpun terlepas kepada members yg 'bernasib baik' termasuk den....Mrs M keluar dari bilik meeting 1/2 jam kemudian dgn mata yang merah....kesiannya...

Issue nya Cuma my Korean boss tidak tahu tentang pemberian jaket tersebut adalah pada hari ini since memo rasmi dihantar kepada semua members dlm bahasa M'sia. Mr local boss pun TERlupa nak maklumkan kepada beliau….maybe thinking benda nie pun small matters. Lagipun members dah 5 bulan menunggu & tertanya2 ttg jaket nie thus dia tak mahu melambatkan lagi pemberian. Tapi dlm KEPALA HOTAK this Korean boss nie lain pulak fikirnya. Dia nak MD terlibat dalam pengagihan jaket nie sbb semasa simbolik penyerahan dilakukan, it was the different & previous MD. Mmg satu opis geram & tak puas hati dgn tindakkan that Korean boss....Nak MENJILAT MD jerk kerjanya...HAMPEH!!!

Thursday, May 11, 2006


Semalam anakanda kena diarrhea & muntah2. Mujur my wife still on MC thus bawa ke doctor pakar kanak2 (Dr. Lieu). Dr. suspect nie kerja2 cacing….. So bagi ler ubat kembung perut, ubat usus, air garam. Masuk petang.....demam pulak mari....Mmg the whole day anakanda tak buleh makan & minum benda lain selain 'plain' water. Segala makanan, air, susu, vitagen yg masuk....akan keluar balik tak lama kemudian bersama2 muntah. Mmg semalam anakanda FLAT habis....berbaring sepanjang hari. Risau sungguh den dibueknya...Akhirnya malam tadi anakanda & wife tido depan TV diruang tamu dan den terlelap on the sofa.

Terjaga pagi tadi tgk anakanda dah buleh bergurau. Mata den cuba2 mencari botol susu anakanda…..alhamdulillah luak juga 3/4…patut ler mulut anakanda dah becok semula. Lega lak rasanya……maybe serasi & berkesan jua ubat yg Dr. Lieu berikan semalam.

Tah macamana ler bahana tertido kat sofa membuatkan den didatangi mimpi yang LAWAK.
Den mimpi pergi kerumah IDAYU…HA..HA.HA… Yg peliknya rumahnya cam rumah kampung biasa jerk…. bukannya banglo mewah. Macam2 ler den interview Idayu and lastly bergambar dgn Idayu gunakan camera hp my wife.... Macamana ler mimpi KELAKAU nie buleh enterframe. Maybe sbb ada yg mencadangkan den jadi President Idayu FC ari tuh agaknya.

Esok mostly tak bekerja sbb cuti Wesak Day….sure highway JAM takde kesian mlm nie….he…he..he…. For me….kerja cam biasa sbb my kilang tak amik Wesak Day sebagai hari bercuti kami….. Apo nak buek…datang yo lah kojo hah…. Pado yg balik ke kampung halaman tuh.... balik lagi ker?? Tak puas2 lagi balik kampung minggu lopeh...ha..ha...ha... cam bernada jeles jerk....he..he..he.. Tak ler...berhati2 lah dijalanraya &semoga selamat pergi & kembali.

Tuesday, May 09, 2006


Den & wife dlm dilemma…chewah… Tau2 jelah bila dah cuti sekolah nie…. Memacam majlis…yg berkhatan tuh berkhatan ler…yg dah berkhatan pula sibuk mendirikan masjid….termasuk ler babysitter my daughter. MM nie sebenarnya makcik kepada best prend my wife. Mengofferkan diri jadi babysitter Syira selepas Syira di'reject' oleh seorang babysitter selepas menjaga selama sebulan. Kesnya sbb dulu Syira kuat menangis - kes colic. Sedih my wife bila that babysitter cakap tak sanggup nak jaga Syira....yelah...ibu mana yang tak sedihkan?

Rupanya mmg ada hikmah tersembunyi disebalik kejadian tersebut. MM menjaga Syira cam anak sendiri…alhamdulillah… My wife syukur sangat thus tak nak berkira bila Syira tak dihantar seminggu kalau we all balik kampung, etc. MM pun jarang amik cuti….apatah lagi cuti
panjang....

Kali nie anak dara sulong MM yang nak nikah cuti sekolah nie. Tetau jer lah persiapan perkahwinan org perempuan nie… MM segan nak beritau directly to my wife pasal dia nak cuti seminggu dari menjaga Syira. MM beritau kepada anak saudara beliau (best prend my wife).... Actually kami tak kisah mahupun keberatan cuma.... begini...

SIL yg den ceritakan sebelum nie (yg amik anak angkat) & her husband tinggal dgn my MIL & FIL bersama2 seorang anak saudara my wife (darjah 4). So currently my MIL menjaga AUSIF sementara my SIL bertugas mengajar di sekalah (sessi pagi). Bila SIL amik 2nd anak angkat (Siti), mmg ler tak larat my MIL nak jaga sekali 2 orang baby serentak.....thus Siti dihantar kepada jiran sebelah rumah MIL untuk dibabysit. Bila SIL proposed kepada MIL untuk amik helper/maid...MIL tak setuju dgn alasan my MIL tak reti nak menyuruh2 maid tuh ttg kerja2 yang perlu dibuat.

Tapi tu lah….kesian juga tgk MIL sbb last week demam sampai kena injection. Balik dari injection tuh terus dia flat sempai next morning. Yelah…..dah tetua….mungkin tak larat ker…. Itu sebabnya berat hati jugak nak tinggalkan Syira dengan MIL semasa MM minta cuti seminggu nie. MIL mmg ler suka cucu kesayangan dia tinggal dikampung. SIL pulak belum cuti masa tuh sbb MM minta cuti pada minggu terakhir sebelum cuti sekolah. My wife takut nak apply cuti sbb baru jerk MC 2 minggu lepas D&C ari tuh.... Ada anak saudara sorang yg sedang bercuti 2 study bulan, ingat nak minta dia tolong my MIL sementara Syira disana....tapi dia nak buat temp job pulak... Tapi rasanya mmg den takde pilihan lain dari terpaksa tinggalkan anakanda di kampung dgn MIL & FIL. Can only hoped anakanda will be on her best behaviour tinggal dgn WANnya...gulp..

Friday, May 05, 2006

Minggu lopeh sebenarnya den bzz yaa amat… Selain dari hal2 personal (wife admitted daycare buat D&C) ada 3 event utk company yg den kena organized. 25hb & 26hb diadakan HR & Safety Days. Hari dimana2 beberapa badan kerajaan mahupun swata dijemput membuka 'booth' bagi warga2 kilang membuat urusan seperti membayar saman trafik (dgn discount), hantar borang BE pada Income Tax, KWSP, Tabung Haji,dsb. Den personnally incas of 2 sub-event:

25hb ~ Hari Menderma Darah dgn GH Seremban. Mmg acara tahunan tak pernah miss. Selalu penderma2 darah juga diberi saguhati berupa voucher McD atau KFC sebanyak RM5 (diberi oleh pihak syarikat). Target 50 penderma darah however cuma berjaya dapat 45 orang saja (termasuk den) serta 9 orang direject sbb tak FIT utk menderma.

Hari nie jugak den hantar borang BE by hand kat LHDN yg buka counter kat sini. Memula kira cam banyak jerk LHDN berhutang kat den... ada ler RM1K++ Bila pegawai LHDN check....RM20 jerk yg den terlebih bayar....keciwa....he...he...he.....

26hb ~ Health Screening Program. Simple check-up sekadar check kolestrol & glukose dlm darah, BMI, lemak dlm badan & nasihat dari dietitian. Bayaran RM10 seorang dikenakan sebagai derma kepada Yayasan Jantung M'sia.

29hb ~ Den menjadi organizer boling antara jabatan. Kali ini sambutan paling meriah sbb sebelum nie pihak syarikat cuma menyediakan hadiah, lane para pemain kena bayar sendiri. Kali nie pemain cuma bayar RM5 untuk 3 games seorang. Tu dia….memula hadkan 24 pasukan jerk, akhirnya 30 pasukan yg register. MD (Korean) actually nak joint this event tapi clash pulak dgn cooperate golf dgn DYMM Yang Dipertuan Agong so dia hantar 2 team Korean main bersama termasuk Production Director & Finance Director.

Habis kesemua 24 lane di Seremban Parade kami 'conquer'..HAVOC habis… Den sebagai organizer sangat bangga biarpun games den MELINGKUP tapi bebudak kilang happy beraksi ptg tuh, boss2 Korean yg bermain pun puji & seronot tgk bebudak semua riang ria melupakan masalah di kilang. Itulah kali terakhir den beraksi dgn 'kembar'ku Zul dlm acara bowling anjuran syarikat since hari itu hari terakhir Zul di SCM. Since score KOYAK....mmg satu hadiah pun tak dapat.... Mujur pihak gelanggang bowling memberikan 14 games free pada penganjur.... buleh ler den turun praktis sampai muntah..ha..ha..ha...

Tuesday, May 02, 2006

Hari ini….langkah kakiku seakan berat…..menuju ke opis…. Bukan saja sbb hari nie 1st day kerja selepas 2/3 hari bercoti…. Tapi ada sesuatu yg biasanya menungguku diopis….tidak ada mulai hari ini……

Maka N3 kali ini den tujukan khas buat opismate 'kembar'ku merangkap sahabat BAKOB merangkap rakan lunch, smoking, surau, karoke, bersukan, mengumpat, dsb … ZULHAKIM. Hari nie merupakan hari pertamannya di tempat kerja baru beliau di LHDN Melaka. Merupakan rakan BAKOB yang ke-4 meninggalkan SCM selepas Che Dinz, Midi & Yena.

Zul yg mula bertugas di SCM akhir tahun 2001 den pandang 'cam kerek' jer pada awalnya. Lelama jadi kamcheng….. Dalam BAKOB pun Zul diorentasi sebagai JURUGAMBAR pada mulanya sebelum joint the group. Dari jabatan Admin, transfer ke HR. Acapkali jugak berbulu dengan boss2 Korea. Akhir 2004 beliau aktif apply jawatan menjadi kakitangan kerajaan. Akhirnya final stage (interview) utk LHDN utk beliau jatuh pada hari yg sama wife beliau admitted di hospital utk bersalin anak sulung. Rezeki anak agaknya beliau dapat tawaran dibahagian pentadbiran LHDN.

Yg bestnya selepas kahwin, Zul berulang dari Melaka ke Senawang since his wife kerja di Melaka. Sebelum his wife bersalin, his wife mintak transfer kerja di Seremban & berjaya thus Zul pun pindah ler ke Seremban. Tetiba dpt kerja LHDN cawangan Melaka laa pulak.... dah dia kena berulang semula dari Seremban ke Melaka...he..he..he...

Kepada Zul…selamat memulakan tugas 'utk negara' ditempat yang baru. Den mmg akan terasa kehilangan ko especially seminggu dua nie…. Ko pun jgn ler RINDU sangat kat den….sikit2 udah ler…he..he..he… Dah tentu weekends buleh kumpul & lepak2 cam biasa…..