Tanpamu Ku Sepi

Thursday, April 27, 2006

Hari Selasa 25hb April 2006…didalam kesibukkan den memantau program Derma Darah semepena Hari HR & Safety syarikat, my wife sms…..ada minor bleeding & mengadu sakit perut bagaikan dtg period. Actually my wife dah gi check-up & positive mengadung and expected due date 13hb November this year. Thus lepas kerja bawa my wife ke Private Hospital di Soromban.

Disebabkan Syira terpaksa dibawa bersama, den bawa Syira minum ptg - pekena roti canai kat restoran mamak infront of the hospital semasa doctor take a look of my wife. Dah habis check-up my wife sms. Jumpa dia dilobi hospital dgn air mata bercucuran. Den dah dpt agak....'belum rezeki lagi Syira nak dpt adik nie rasanya....'. Belum sempat my wife explain, the on call doctor pass by & breif it to me. It was a 'misabortion'. Dr. cakap to wait until next week if the fetus akan keluar sendiri & if not kena dr. kena keluarkan... Memula injection...kalau the injection boleh keluarkan semuanya...tak payah ler 'dicuci'...kalau tidak...have too lah nampaknya.

Dah lama tak tgk my wife menangis….runtuh hati pulak rasanya. Mmg my wife dah target dpt 2nd baby lepas Syira dah 2 or 3 tahun. Den 'terima' saja…kalau mmg dah rezeki dapat this year…alhamdullilah…. Kalau tak kenalah teruskan berusaha. My wife was 4th kes keguguran dlm BAKOB. 2 of them gugur kandungan sulung... Lagi ler sedih kalau keguguran kandungan pertama. Alhamdulillah 2 BAKOB friend tuh dah dapat babies sekarang.


P/S : Semalam dah bleeding quite a lot. Gi sepital lagi & jadual today untuk buat D&C. As at now my wife dah masuk OT utk buat sedative D&C while den kena masuk opis atas kerja urgent kojap. Maybe ptg nie dah buleh keluar (day care saja). Bye for now.

Monday, April 24, 2006

Early this week gamaknya tiada apa2 yg 'PANAS' nak dilaporkan. Last weekendjatuh pada 4th Saturday dimana Sabtu yg tidak bekerja. Tempat kerja den mengamalkan cuti Saturday pada minggu ke-2 & ke-4 pada asalnya ingin memberi peluang kepada para2 pekerja menguruskan urusan2 bank yg dulunya bercuti pada Sabtu pertama & ke-3. Abihnya sekarang almost all bank sudah mengamalkan kerja 5 hari seminggu.....hari Sabtu gamaknya digunakan utk upacara2 umum seperti balik kampung, membungkang sepuas hati, mengemas rumah dsb.

Makanya on Saturday den bawak my family ke Seremban Center Point atau nama glamernya OCEAN. Org rumah nak sopping baju anakanda, daku nak mencari barang2 utk bowling tournament kilang. Sementara tuh kereta diletakkan dibasement parking utk dibasuh. Maka adalah disitu tempat permainan kanak2 - dgn play houses 2-3 bijik, gelonsor mini, bola2 & bouncing castle. Rasanya kat KL banyak juga tempat permainan kanak2 sebegini tapi kat Seremban rasanya ini kot satu2nya. Charge bayaran RM5 utk seorang kanak2. Ibubapa tak payah bayar ler sbb tak main pun (bukan tak buleh....segan ler..hi..hi..hi...) Takde time limit.

Masa kami masuk tak ramai kanak2 yg bermain…ada la 3-4 orang gitu. Masuk2 letak anakanda kat bouncing castle….anakanda tak berani. So dia hanya bermain kat play house2. Akhirnya bermain2 dgn seorang budak lelaki she call him 'adik'. Bila 'adik' tuh main boucing castle, den cuba provoke anakanda supaya berani mencuba. Akhirnya berjaya provokasiku. 'Adik' yg naik boucing castle tuh pulak yg tak sampai few minutes turun sbb tak berani. Anakandaku pulak.....dah syiok....dia pulak yg sibuk ajak 'adik' tadi tu naik semula. Akhirnya lebih sejam didlm kawasan permainan tersebut. My wife sempat gi gunting rambut, den sempat gi cigarette break segala. After few moment, tempat tuh mula ramai kanak2 joint. Anakanda dpt lagi sorang rakan permainan she called 'kakak'.

Time nak balik…risau jugak….takut anakanda melalak tak nak keluar. Den ayat dia ajak gi minum….agaknya dia pun dah PUAS main…. Berjaya bawa dia keluar dgn aman damai. Kami menghilangkan dahaga kat A&W pekena Rutbeer Floor…wah enaknya… Kemudian baru sambung acara mencari baju2 anakanda.... Belum sempat berakhir sopping...anakanda dah PENGSAN dlm dukungan. Rasanya berbaloi jugak RM5 pabila melihat kegumbiraan anakanda. Lain kali buleh ler dtg lagi.... anakanda duk bermain sementara den & my wife buleh bergilir2 gi sopping biarpun hanya berwindow sopping aja.
p/s : Gambor2 anakanada selebihnya TERPAKSA diletak dlm album kerana aksi2 yg agak GANAS..hi..hi..hi..

Thursday, April 20, 2006

Hatiku semalam agak rungsing…. Sbbnya kisah one of my immediate saudara nie….buleh dikatakan 'celebrity' jugak. Nak dedahkan identity pun tak best sbbnya kisahnya ada antara saudara terdekat pun tak tahu. So as a 'celebrity' one of the magazine keluarkan kisah & gambar2 dia. Ada gambar dia dgn seorang wanita & dibawahnya ditulis ' X dgn isteri tersayang Y'. Quite alarming coz nama & rupa Y bukannya isteri beliau yg den kenali.... so den ingat "musti kes salah printing kot..." Tapi risau juga...maybe ada 'perkara tak baik' yg berlaku dgn my saudara nie dgn his wife sbb den dah lama tak contact mereka. Dulu mmg sokmo melepak rumah mereka, bermalam dsb. Memandangkan my saudara nie & her wife jarak umur tak jauh dgn den & my wife so buleh get along ler.

Thus den sms my saudara nie (X) & bertanya…

"X, sapa Y nie?"

Then he reply..

"Y mana pulak nie?"

Den reply semula..

"Dlm majalah M.."

Almost 1/2 jam kemudian my saudara nie call. Dia bertanya khabar lepas tuh tanyakan pasal apa kisah dlm majalah tersebut. So den citer ler pasal article & gambar tuh so dia katakan yg Y tuh geng dia. Then he slowly & calmly said…

"For your info, X dah tak bersama J lagi…." (J referring my saudara's wife yg daku kenali)

Waduh…terkejutnya masa tuh… Last time jumpa mereka takde masalah pun yg den nampak. Anak dah 4 orang….semua cukup sihat, comel2, bijak pandai….He sambung…

"Tapi belum ramai saudara yg tahu, parents & adik beradik dah tahu…nenek tak pasti lah tau ker tidak…"

Den cuba selindung perasann terkujatku….so then tanya ler anak2 tinggal dgn siapa, dia tinggal kat mana sekarang, etc. Den nie kalau bab2 nan SENSITIP nie mmg den fail ler nak tanya lebih2...Diakhir perbualan dia ajak dtg rumah 'bujang' dia di KL kalau hendak tahu kisah sebenar.

Tergerak hati nak tanya kisah nie pada one of my uncle kat KL. My uncle nie mmg almost all anak buah rapat dgn beliau including me. Tapi terfikir pulak kalau my uncle nie belum tahu kisah, den nie pulak cam PEMBAWA MULUT maka tak jadi nak tanya. Bukan begitu niat ku….sbb hati rasa tak tenteram... sbb belum ada dlm my big family (pak/mak saudara, cousins) yg berpisah... Inikan pula saudara yg buleh dikatakan quite close.....
Tak tahu either tahun nie dpt berhari raya dgn anak2 saudara ku, anak2 X...

Tuesday, April 18, 2006

My sister in-law ditakdirkan tidak dikurniakan zuriat setelah hampir 10 tahun berumah tangga. Thus she & her husband decided to ambil anak angkat Nov 2005….a boy..Anas tak salah namanya. Urusan2 document tak menjadi masalah since my wife lawyer kan…. Kisahnya kononya ibu anak tuh baru kehilangan suami (suaminya MIA) dan baby tuh anak keduannya. Suami my sister in-law memberi 'saguhati' kepada ibu baby itu RM3K dan urusan document semuanya selesai & ibu baby tuh pulang ke tempat asalnya diutara tanahair.

Belum pun sebulan, baby tuh mula tidak sihat….memula dimasukkan ke hospital Tampin sbb demam panas. Sembuh selepas 2-3 hari….but lepas seminggu baby tuh mengalami masalah pernafasan. Muka baby pun dah jadi biru and terus dikejarkan ke hospital Tampin. Hospital Tampin tak buleh handle and rush the baby to GH Seremban. The baby dikatakan mengalami jangkitan kuman diparu2nya. Almost 3 weeks baby ditahan di GH Seremban and my sister-inlaw have to station at my house bagi memudahkan beliau menjaga baby dihospital. Kesedihan beliau hanya tuhan yg tahu. Things getting worst bila kuman dah merebak ke dalam otak baby. Ibu kandung baby itu masa ini tak dapat dihubungi utk memaklumkan dan bagi pihak hospital menyiasat medical history bagi both baby & the mother. Kata dr kuman tuh bukan jangkitan dari luar... Akhirnya tubuh kerdil itu mengalah......baby pulang kehadrat Illahi dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran dgn rumah mak mertuaku (Rembau).

M.Ausiff
Alhamdulillah my sis inlaw menerima dugaan ini dgn tabah….tak sampai sebulan rezeki mereka mengambil seorang lagi anak angkat lelaki. Mabye sbb my sis inlaw dah merasa sekelumit KEMANISAN menjadi seorang IBU disebalik segumpal KEPAHITAN dlm masa nan singkat itu. Selepas belajar dari pengalaman, kali ini latar belakang baby dipastikan. Parents baby kali nie mmg org N9 jerk...org susah & anak ramai. Muhammad Ausiff nama diberi.....Now dah masuk 6 bulan...alhamdulillah sihat, montel & tak banyak kerenahnya.


Last Friday den membawa bapa mertua balik dari sehari admitted di GH Seremban sbb sakit kencing berdarah. Dr. suruh dtg semula minggu depan utk check buah pinggang. Sampai rumah mertua tgk ada sebuah MPV Honda Odyssey parking luar rumah. Lepas bersalam2an lepak ler kat dinning area - dinner & layan FMI. Lepas kul 11:30pm baru tetamu balik tetapi pelik pulak ada baby yg ditinggalkan. Bisik punya bisik dgn my wife rupanya my sis inlaw amik lagi seorang anak anak - perempuan pula kali nie.... Umur dalam 2 bulan.

Siti Nur.......(tak ingat)
My wife ckp yg my sis inlaw tak approved sgt amik the 2nd anak angkat nie. Yelah Ausif pun baru jerk 6 bulan….dah amik yg baru. Maybe my biras tuh dah teringin sangat or terlalu ghairah nak anak perempuan pulak sbb tgk keletah Syira. But this time dikhuatiri kesilapan dgn 1st adopted baby berulang semula...latar belakang parents baby tuh agak GREY.... Mlm pertama semua panik sbb baby..menangis kuat tak henti2.... Sejibik cam Syira masa tempoh pantang dulu.... However over the weekend nampaknya SITI dah okey. Semuga iparku & suaminya berbahagia dgn kehadiran kedua2 anak2 angat mereka ini....

Monday, April 17, 2006

JADI TOURGUIDE LAGI.....2nd group nie mostly dari Secondary Level International School dtg last Saturday. Kisah membawa 1st group dulu (Primary Level) dah diceritakan. So kali nie tugas ESCORT pun sama cam ari tuh. 3 kali pusing production line. Organizer (seorang Korean executive) den dah sound. Ada ke patut tak sediakan apa2, not even a drinks utk ESCORT2 yg tulung bawakan tetamu2 under her.... Kali nie dia dah janji nak sediakan air.... HARAM... sampai ke hari nie tinggal JANJI JANJI MANIH MUH....

Awek Paling CUN Dlm Rombongan Kali Ini >>>>

Thursday, April 13, 2006

Sehari masuk kerja, 11hb cuti semula sempena Mulidur Rasul. Hati berbelah bahagi samada nak tunai janji ke PD mahupun masuk kilang buat OT since banyak kerja menanti. Akhirnya kenkawan BAKOB ajak buat masak2. Rumah den jadi mangsa.....since my wife pun tak larat nak masak2, we propose buat POT LUCK. Setelah ber'sms2'....tuan rumah disuruh hanya masak nasik, the lauk pauk utk lunch ditaja oleh kenkawan BAKOB yg lain.

So gi breakfast & sopping bebarang dapur sesikit kat GIANt Senawang. Even tho hanya disuruh masak nasik, rasa cam tak patut pulak so I propsed to my wife tuh goreng sikit ayam (utk kanak2 sebenarnya) & buat sikit sambal belacan & ulams2...tapi cuma timun jerk yg available.

Pas tuh beli ler small cake utk anakanda sbb dok tertangguh jerk nak buat. The smallest cake since majlis pun tak ramai org (sbb tunggu the grand b'day celebration dgn BAKOB next month). Target kul 1pm, akhirnya lunch kul 2pm. Dimulakan dgn makan tengahari. Banyak gak lauk.....ayam goreng tuk kanak2 akhirnya diserbu jugak oleh mak2 & bapak2 budak. Pastu lepak2 - bapak2 gi smoking, ibu2 mengemas & membasuh pinggan. Lepas tuh layan tayangan perdana VCD Buli Balik. Even memasing minat filem2 Aflin Shauki, tapi since ada anak2 kecik nie susah nak cari masa tgk wayang.

Mmg LAYAN abis especially si Adlin Aman Ramli yg even kecil jerk watak tapi LAWAK SELAMBA...bagai nak pecah perut bila tiba dialog 'It is a free country Tan Sri..' ha..ha..ha..ha..

Majlis minum petang cuma menghidangkan keropok ikan goreng & kek b'day daru upacara memotong kek. Sebahagian kek diberi kepada jiran sebelah so mmg takde yg terbazir. Sebelum bersurai, geledah stor sbb sorang tuh nak pinjam buaian anak. Mmg BAKOB sometime pinjam meminjam barangan kanak2 cam permainan, walker, buaian sbb cam membazir beli bebanyak & kebetulan 'rotation' pengunaan mengizinkannya setakat ini. Pas tuh keluarkan album BAKOB sementara mengimbau zaman2 BAKOB tgh aktif dulu. Rakan2 bersurai kul 6pm.

Akhirnya semalam den TAKDE MOOD langsung nak bekerja. Nak MENCEROBOH BLOG pun rasa tak bermaya. 1/2 hari rasa bersalah gilos cam makan gaji buta...... itulah bahana cuti lepas sehari bekerja....Rabu pun jadi cam BLACK MONDAY.

[Gambar2 lain disimpan didalam http://gabanzz.fotopages.com]

Monday, April 10, 2006

Bila Anakanda Disuruh Senyum
Utk Amik Gambar

Isk…..berterabur planning weekend ari tuh…. Biasalah…"kita punya perancangan, tuhan juga punya perancangan dan sesunggunya perancangan tuhan itu leboh sempurna". Plan nak ke PD Saturday morning ditunda ke petang kul 4pm sbb ada 2 family of my BAKOB friends nak joint. Memula nak tgk selection My Team yg juga berlangsung pagi tuh kat S'ban. Tapi dah hari cuti....semua pun malas nak keluar pepagi. Thus den bawa my wife & Syira ke JJ lepas Zohor.

Jeling2 sikit kat GSA...yg dtg are Azwan Ali, Sazzy, Rosma, Khai, Ekin, Elliza, Zahid & Edlin. Since Idayu takde….den tak ler concentrate sgt tgk GSA tuh…..Buleh tahan gak ramai org…tak tak seramai masa JJ buat 1st members sale early this year sampai all the parkings penuh & terpaksa parking di bahu2 jalan. Takde hadiah Syira yg berkenan kat JJ..cuma belikan selipar (sbb selipar Power Puff Girl dia dah putus mlm sebelum tuh) & botol susu dah pass teh due dates 3 bulan and makan di KFC. Ptg tuh...seperti yg dijangka...hujan.... thus plan ke PD dibatalkan.... and den ingat nak postponed the next morning. Singgah ke The Store belikan 'gitar mainan' sebagai hadiah anakanda....Sampai rumah almost magrib tgk ramai org taman tgh kecoh2.....

Rerupanya Senawang dilanda RIBUT. Ada diantara rumah2 yg atap gentingnya ditiup angin. My wife bergegas masuk ke rumah utk periksa any damaged….2 bilik tidur tingkat atas dimasuki air melalui atap rumah. Mostly rumah2 tepi (end lots & corner lots) yg paling teruk effected atap ditiup angin. Mlm tuh jugak mamat2 indon panjat & periksa atap tapi yg lawak panjat tak bawak lampu picit ler pulak. Dah malam & bukan semua rumah ada street lights. Maybe lepas ramai penduduk complains, mamat2 indon tuh dipaksa sambung kerja that Sunday morning.

Menolong Lipat Kain (Kononnya...)
Mlm tuh bila den keluar rumah nak beli dinner…. Baru nampak keosakkan di taman den yg dilanda ribut. Mostly signage2 yg guna stand besi either patah atau bengkok. Small guard house pun buleh tumbang….lawak sungguh. On Sunday masuk newspaper berita Senawang dilanda ribut nie...he..he..he.... Tak sempat nak amik gambar...Sunday morning developer dah betulkan semua....pantas sungguh....Pagi tuh plan ke PD ditunda lagi sbb dok sibuk mengemaskan kesan2 air hujan yg masuk kedlm bilik2.

Thursday, April 06, 2006


Isk....buntu sungguh apa nak tulis minggu nie.... Bak kata org Portugis yg menjajah Melaka tuh 'Mental Block'....eh...betul ker???

Mmg pantas masa berlalu...pejam celik...pejam celik...ye lah...kalau pejam tak celik2 bahaya gak....he..he..he... Esok anakanda sulung den GENAP 2 TAHUN. B'day setahun buat parti grand..... K.Sya pun datang kan? Geng2 BAKOB pula dah discuss nak celebrate b'day anak2 bersama2 kat McD Senawang next month. SO den & wife tgh dok fikir nak buat small celebration tuk Kakak Syira nie....utk kami 3 beranak. Nak beli hadiah apa, nak bawak dia makan kat mana.....

Nak makan kat McD? Favourite dia nugget or sometime french fries. Kalau KFC belikan dia drumstick OR. Dulu masa kecik2 ajar dia makan whipped potato...tak jalan. Dah besar nie dia minat lak makan....confuse den. Actually cuba pantangkan makan2 junkies, meggi & organ2 dalaman..... cuba ikut pantang larang Amelina 17A..he..he..he... insyallah. Pemakanan ais krim pun dipantau....sekali sekala buleh ler benarkan... Tapi sometime terlepas gak meggi bila dgn babysitter....dah kanak2 sepenjagaan makan.....mau dia tak mintak...

Terpanggil dek blog dr. NBB...insyallah nak bawa family gi 'tengok' laut kat PD this Saturday. Lama gak lak layan stone tepi pantai. Masa bercinta den pernah beritau my wife, den suruh my wife REMIND me kalau dah lama tak bawa dia ke tepi laut or jeram dan yg sewaktu dgnnya. Plan nak gi PD seawal mungkin...balik dari PD gi layan Tour Gempak Selebriti Astro kek JJ Seremban 2.

Emmm......hadiah apa lak nak bagi kat my daughter.... CD beli Barney ari tuh tak jalan...nak gak tgk CD doremon & ultraman. Baju2 tak yah tunggu b'day...ada sales & ada yg berkenan mmg slalu beli (selalu my wife yg rajin beli baju2). Ada gak plan nak beli set buaian & gelonsor kanak2 yg very the colourful tuh...tapi kat S'ban tak banyak choice, quite expensive & bulky sgt. Ingat nak belikan mainan kot.....gitar yg tekan2 cam mini keyboard tuh ker... My wife ingat nak belikan set masak2....sbb nak elakkan anakanda dok 'menolong' kecah barang2 kat dapur. Or any ideas from the floor? ....chewah.....

Monday, April 03, 2006


Sabtu lepas my factory diSERANG dek kanak2 KOREA dari International School sekitar KL. Ramai jugak….total 6 biji bas, dibahagikan kepada 3 kumpulan.

1st group rasanya kanak2 dlm darjah 3 & 4, 2nd gorup dlm darjah 1 & 2 and 3rd group dlm darjah 5 & 6. Sebilangan (tak semua) antara parents kanak2 nie berkerja di Samsung. Ini kiranya 'class trip' ler konon2nya.

Ketiga2 group nie tidak dtg serentak, kemungkinan mereka rotate antara group2 ini dengan ketiga2 buat kilang Samsung di Senawang nie. Setiap group akan buat quick tour dlm production line (around 20 minutes) dan den antara 'escort2' mereka….Biasa lah kanak2 tgh nak 'ambil tahu'....bahaya kalau tak diawasi ketat semasa line tour nie. Bila habis tour, kanak2 masuk bas & the other group pula sampai dan escord2 akan ulang semula routine yg sama. End of the day, escort2 telah meronda 3 kali ke production line ari tuh....HONGEH....

Paling best masa bawak kanak2 dlm 2nd group…..COMEL2 nyer kanak2 Korean yg girl tuh……
dgn mata2 sepet mereka….he..he…he…
Escort2 Lepas Gian Berposing Lepas Rombongan Berangkat Pulang