Tanpamu Ku Sepi

Friday, January 27, 2006

Otak Kanan - Teknik Jepun..

Nak kongsi ILMU...dapat dari member yg tah dari mana dia dapat agaknya....

Shichida Methods... Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebif effektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal nak mampus, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, kelas sichida ni satu semester aku rasa sama macam kos satu semester si Noni buat master....tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain. Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

Sekadar Gambar Hiasan..He..He..He..

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah....Boleh gak practisekan kat husband ke, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ...tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kak nana sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad...tu ...kelemahan sikit lah..........

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar nana ABC-Z guna card seminggu je sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a...b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb....guna english jgn guna melayu........

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe.........satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat dieorang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.......

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama. kalau lama-lama kang jadi cam Rajib...he...he.. Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks....tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......

... p/s: kita yg dah tua tak berapa tua ni tak tau lah leh diamalkan ke idak.....buat para ibu bapa sesuailah ni kot......

Wednesday, January 25, 2006

Back Drop Hasil Tangan AJK AD Sendiri

Buleh tak kalau tak nak tulis bebanyak tapi letak gambar jerk sbb dah tulis cite kat MasFC. Annual Dinner SCM 2005 di hotel Royal Adelphi Seremban. AD terakhir buat MD Mr. KH Park yg tahun 2006 dinaikkan pangkat & pulang berkhidmat di Korea (HQ) .
Gambar2 ni masa 2nd day of 2 nights AD. Terpaksa buat 2 mlm sbb kilang running 24 hours a day, 365 days a year. Songkok den yg MD pakai tuh tau...he..he..he.. Maybe berkat 'kepala' den MD dpt naik pangkat agaknya....


MD Diarak Masuk Ballroom

Opening Gambit
Makan Time
Food Presentation (Pheewitt...)

Meja VIP
MD Dimeja Nepalist

Table To Table Visit

Best Dress - Wak Aloi


MC Jaafar On





Noraniza Idris ...Gulp....

Penari2 Noraniza Yg Mencuri Tumpuan








Nash Dok Sibuk Menyakat Nepal Sampai
Termelatah
Acara Penutup..All AJK AD05

Ish...Si FF Pun Tak Nak Lepaskan Peluang Bergambar Dgnku...






Tuesday, January 24, 2006


Alhamdulillah....lepas main tarik2 tali dgn masa, tarikh yg sesuai...dgn peruntukkan budget... Hajatku nak buat kenduri doa selamat masuk rumah dpt dilaksanakan dgn aman. Dah hampir sebulan masuk tapi disebabkan kebzzzan dan kesulitan mencari masa nan sesuai telah mendelaykan majlis kecil2an ini. Niatnya supaya memohon keberkatan yg maha ESA memulakan hidup ditempat baru & insyallah menghalau mana2 yg tak patut tu...Maklum laa kawasan rumah baru dibuka.

Biarpun tak semua yg dpt hadir....malam itu agak meriah. Plan nak buat bacaan Yassin & doa selamat lepas magrib ditunda sedikit selepas Isqa' sbb tunggu korum. Kawan my wife yg diimport dari Puchong yg diminta mengetuai bacaan Yassin & doa selamat.

Masa yg ditunggu2 ialah dinner time. Nasi byrani ayam yg sebenarnya ditempah sebanyak 100 pax. tapi since me & my wife selalu beli nasi byrani nie kat pasar mlm TTJ setiap hari Selasa rasakan daging pun sodap. So tambah lauk daging another 50 pax. RM3.50 per pax plus acar and siap bekas makanan. Additional daging RM1.50 per pax. We all tambah papadum yg digoreng sendiri. But disebabkan bekas papadum tak ditutup selepas diambil...papadum pun LEMAU... Ahlamdulillah..yg budget yg terhad... hadiran memuji nasi byrani yg dihidangkan. Nasi juga mencukupi utk ditapau kepada mereka2 yg tidak dpt hadir & tapau juga utk Pak Guard yg bertugas.

Terima kasih diucapkan kepada yg sudi melaungkan masa dtg kemajlis yg tak seberapa GRAND ini...dari dekat dan juga dari jauh. Yg tidak dpt hadir......takde rezeki gamaknya...tapi ingatan anda jua saya dahulukan dgn ribuan terima kasih (bunyi cam ayat Surat Rasmi jerk ...ha..ha..ha..) Terima kasih jua pada yg memberi2 buah tangan, buah kaki dsb. Semoga anda dan kita semua dimurahkan rezeki.

p/s : Tak sangka pula ada yg MENGIDAM choclate Langkawi. Mmg ada niat nak edar2kan pada kenkawan rapat.... Idok ler banyak..tapi bak kata Leman Dawi "hati gajah sama dikenduri, hari nyamuk sama dikongsi". Maklum ler malam tuh dah bzz layan tetamu...buleh lupa lak den.


Dah memasing letak gambar anak dl BLOG mereka….takkan den tak letak kot…. Yelah anak kan HARTA kita yg paling berharga.

Cite pasal anak….anak den so far baru sorang yo. Yg bestnya selama 8 bulan dlm kadungan, after scanned kami dah expect dpt putera sulung. Siap panggil nama lagi….beli barangan baby pun warna2 yg MASCULIN…NO PINK COROR…. Final scan nak buat
GRAND so gi scan yg 3D & COROR punyer…. Dr. ckp compo GIRL… Ayoyo…sudah panik oooo…nama pun takde lagik. Lastly came out with Nur Diyana Syahira. Lahir 7hb April 2003 dgn berat 4.2 kg….wah….paling berat dlm generasi kedua BAKOB.

Saat paling touching masa jadi AYAH….Syira tgh nangis semasa den 1st time pegang dia. Sebelum nie rasanya tak pernah sbb tak berani nak pegang NEW BORN babies nie. Bila telinganya di QAMATkan…terus Syira terdiam & lena dilenganku….terharu gilos…. For 1st few month mmg my wife & wannya (wife berpantang di kampungnya) tak senang duduk dan tido sbb Syira mmg kuat menangis. Terjaga satu rumah bila dtg TIMINGnya. Rupanya Syira mudah kena kembung perut…Syira juga alah kepada LAKTOSA maka terpaksa guna susu soya - ISOMIL.. Peh buleh tahan harga susu nie…gulp. So mmg standby GRIPR WATER dan minyak panas bila dia melalak. At one time tetiba tergerak nak CUBA, TRY, TEST botol susu ANTI-COLIC…alhamdulillah…dah kurang pun 'tangisan marhain' Syira. Sampai laa nie wan dia terindu2kan tangisan Syira… (lawak gak mak mertuaku nie)

Skg dah masuk 1 tahun 9 bulan pun susah nak capai 10kg..he..he..he…. Dulu bila Syira sakit we all hantar kat klinik pakar nie (Dr. Liew). Sbb sometime Syira alah jugak pada some ubat kat klinik biasa. Inject pun kat Dr. Liew… Mmg tak menangis Dr. Liew buat injection. Yg bestnya since dr. dah kenal, bila ada stock Dr. Liew akan supply susu isomil (pek promotion)…so jimat gak kos… One time Syira kena sesak nafas sampai Dr. Liew kena bagikan INHEALER. Sampai skg Syira fobia bila jumpa Dr. Liew biarpun sbb selsema or demam biasa. Bila Dr. Liew pegang jerk badan dia….terus MELALAK tak kesian…Syira…Syira….

Biasalah kalau bersalin melalui pembedahan nie…dr advice 3 tahun for the next pregnancy. Biasalah some cases mmg ada yg tak menyempat… As for me….belum bersedia lagi nak KONGSI kasih sayang pada Syira….

Monday, January 23, 2006

Eleh.....cam bagus ada BLOG nie...ha..ha..ha... Ekau tu dah ler tak pandai merapu cam org lain yg ada BLOG....maklum ler org pendiam lagi pemalu...tapi hensem..he..he..he....